Monday, May 17, 2010

Huh...Patut la

Sebelum ni aku pernah tulis nak listkan siapa yang ada di belakang Obama.
Macam panjang sangat nak taip...hehehehe.
Lain kali la ek???
Aku sharekan yang ni dulu.


Aku dapat gambar ni dari salah satu sumber yang aku baca.

Yang sebelah Obama tu adalah Ketua Staf White House...jawatan paling kanan dan paling rapat dengan Presiden.

Siapa pulak nama mamat ni??

Namanya Rahm Emanuel...atau secara panjangnya Rahm Israel Emanuel. Pergghhh...namanya je dah menggambarkan empunya diri.

Mamat ni anak kepada Benjamin M Emanuel, seorang bekas anggota kumpulan militan Israel yang dinamakan Irgun, bergerak aktif di Palestin di sekitar 1931 - 1948.

Nama Rahm dipilih bapanya sempena nama anggota separa tentera Israel, Lohamei Herut Israel (Lehi) iaitu Rahamin.

Lehi adalah gerakan bawah tanah Zionis yang antara lain bermatlamat untuk mengusir tentera Britain dari Palestin (buruk betul!...dah Britain yang bawak masuk diaorang ke Palestin, dia nak halau diaorang pulak! Macam lepaskan anjing tersepit je!) dan membenarkan kemasukan Imigran Yahudi dari luar bumi Palestin tanpa had.

Bapak si Rahm ni pulak pernah berkhidmat dengan tentera Israel yang berpengkalan di utara Israel semasa Perang Teluk 1991.

...dan pernah dilantik sebagai ketua kakitangan di White House semasa era pemerintahan Bill Clinton.

...dan pernah berkata selepas perlantikan Rahm di White House;

"Adalah jelas bahawa beliau akan menggunakan pengaruh ke atas Presiden supaya menjadi pro-Israel".

So...tak hairan la kalau korang ada terbaca dalam paper baru2 ni;

"Obama Sokong Biaya RM697 Juta Sistem Pertahanan Roket Israel"

"Abistu...Aku Dapat Apa Pulak??"


Wah...wah...wah...kau!!!
Makin naik lemak la kau eh...
Mentang2 la ada orang backing kau.
Suka hati mak bapak kau la ye nak lanyak orang lagi.

Nampaknya, bertambah2 takde mana2 negara yang berani usik Israel. Nak serang pun buat perabih boreh je.

Tak lama lagi diaorang dapat Iron Dome - sistem penangkis serangan roket dari wilayah Palestin yang tinggal seciput je luasnya.

Diberitakan, sistem ni mampu menangkis serangan selepas beberapa saat roket dilancarkan ke arah Israel.

Peggrrhhh...canggih...canggih. Amerika buat keputusan bagi dana tu berikutan hasil kajian yang menunjukkan Israel layak dapat bantuan tu untuk mempertahankan diri.

Abistu...Palestin dapat apa??
Diaorang tak layak dapat bantuan ke??
Diaorang tak layak mempertahankan diri ke?? Walhal...Israel yang ambik tanah Palestin.

Cuba bayangkan, rumah kita yang kita duduk sekarang ni sejak dari nenek moyang kita. Tengah syok2 duduk...tiba2 orang lain datang duduk kat halaman rumah kita. Kata, tu tanah nenek moyang dia. Bole mcm tu?? Nak bagi je ke tanah tu?? Kalau aku...sori la beb!!!

So Far, So Good

Sabtu aritu pegi tengok2 kreta aku.
Sihat ke dia...??
Apa progress agaknya ek??


Wahhh...baru apply undercoat dah nampak cantik.
Kalau dah apply colour yang betul2 mcmana agaknya ek??
Sure lagi cantik.
Makin sayang aku pada dia.

Sabo eh...duduk elok2 kat situ.
Tunggu.
Nanti sampai masa aku ambik kau.

hohohoho...

Arini dapat Beautiful Blogger Award
...dari blogger yang beautiful.
hahhahaha...
Thanx SyuQ.

http://imori-toungue.blogspot.com/2010/05/beautiful-blogger.html

Sudi2 la visit blog dia (orgnya cun gak tau!!!)

Saturday, May 15, 2010

Nyaman nyerrr....

Cuaca yang begitu baik.
Tak panas...tak hujan.
Sungguh nyaman.

Waktu yang sesuai utk drive balik JB.

Kenapa?? Kalau tak nyaman tak sesuai balik JB ke??
Heh...heh...heh...

Bukan apa.
Kereta sementara ni takde aircond.
So...kalau cuaca panas, berjurai peluh.
...kalau hujan, berkepam dalam kereta.

Heh...heh...heh...
Anyway, alhamdulillah.
Dapat gak balik JB.
Tak payah susah2 kena naik bas atau teksi.

Chow....
Jumpa next week.

GET THE HELL OUT OF THERE!!!

Korang tentu kenal siapa yg belah kanan tu.
Yang belah kiri? Kenal?
Aku pun tak kenal.....wargh...wargh...wargh. (lawak saiful apek!).
Jangan marah aaa...
Tp mesti ada antara korang yg penah nampak kat tv atau paper.

Yang belah kiri tu...
Wartawan veteren White House.
Namanya Helen Thomas.
Dan sekarang dah bersara...
...secara rela.
...mungkin jugak dinasihatkan bersara.

Sebab baru-baru ni...
secara lantang mengecam Israel.
...antara lain berkata;

"berambus dari Palestin"
atau dalam bahasa inggeris...
mungkin...
"get the f**k out from Palestine".

Dia jugak ada tanya pd tuan presiden...
"bila nk panggil balik tentera yg ada kat Irag dan Afghanistan?...yang setiap hari membunuh dan dibunuh".

"harap tuan presiden tak bg jawapan sebagaimana presiden yang lepas...yang pernah berkata, kalau kita tak ke sana...mereka akan ke sini".

Pd aku...Helen mmg berani.
Sebab kat US sana ada undang-undang...
...siapa yang kutuk Yahudi, akan ditangkap.

Pehhhh...anak emas betul.

Nasib baik!!! ....kalau tak....issshhhh

Today is Saturday.
Hari yang paling santai untuk buat keje.
Lebih santai kalau semalam Malaysia menang badminton (huhuhu...).
Paper work banyak...tp takde mood nak buat.
Rasa mcm nak balik rumah cepat.

Disebabkan hari kerja yang santai, baik pegi ronda2 kat site.
Jalan2 kacau orang keje...hahahhaha.
Lepas satu tempat ke satu tempat aku pegi.

Dan, kat satu tempat tu...projek Apartment 10 tingkat.
Adalah satu peritiwa yang betul2 berlaku depan mata aku.


Gambar yang aku sertakan menunjukkan 'tangan' kren dah patah. Skru longgar ke...pin tercabut ke...wallahualam.

Kren tu tengah unloading besi perancah dari treler biru tu. Masa muatan di'lift' naik tiba-tiba 'tangan' kren tu patah. Muatan terus terhempas balik kat deck treler. Nasib baik orang kat deck tu sempat mengelak.

Tapi...kabel melibas dan kena pada orang kat deck tu. Phewww...kalau kena kat batang leher macamana??? Mau putus kepala mamat tu.

Dan nasib baik 'tangan' kren tu tak jatuh ke bawah. Kalau jatuh ke atas??? Lagi panjang cerita nanti (lawak bodoh).

So...safety first kalau terlibat dalam industri ni. Macam2 boleh berlaku tanpa kita duga.

Tu belum aku cerita hal2 mistik lagi tu. Nanti la...free2 aku ceritakan.
SERAMMMMMMM....HEEEEEEEEE!!!!!!