Saturday, October 9, 2010

* JOM JADI FOLLOWER GADIS KAMPUNG *

Alamak...!!! Ada contest la...!!!
Hadiahnya RM101...
Ok la tu...siapa nk bagi kan.
Kalau RM1001 ke...RM1010 ke...lg best kot!
Hehehehehe...lebih2 pulak gua ni...!!!

Cuba je la masuk contest ni. Mana la tau Gadis Kampung berbesar hati nk bagi hadiah...ok gak tu.
Lagi pun Gadis Kampung dah jemput via http://nukilangadiskampung.blogspot.com/
Tak baik tolak jemputan orang...ye tak!

Contest Gadis Kampung ialah contest nk cari follower dia yg ke-1010...sempena anniversary dia.
Aduyai...aku follower ke-146 kot.
Takde chance la gamaknya nih...!!!
Takpe...takpe...join je contest ni. Bukan rugi pun.
At least...selalu jugak aku lepak kat blog dia.
Blog Gadis Kampung ni menarik...tak banyak gadget...tak lambat nak bukak blog dia nih...tak banyak cekadak * kalau banyak gadget, lama sehhh nak tunggu*.

p/s : dapat la hendaknya hadiah dari Gadis Kampung....Aminnnnnn.

Ehhh...mcmana nk copy banner Gadis Kampung nih...!!!!

Friday, October 8, 2010

BILA IDEA TAK MARI

Dah lama tak berblog * bz sgt la tu konon *.
Heh heh heh...tapi memang betul.
Lepas cuti-cuti raya ni...banyak pulak kerja nak di'settle'kan *elehhh...bulan puasa aritu kan dah banyak relax*.
Nak ber'blogging' pun tak sempat...tak larat nak pikir apa yang nak ditulis *tapi sempat surf blog follower & di'follow'*.
Aku merapu sekarang ni pun kira takde idea nak tulis la ni...

Ok la...
Aku nak solat maghrib dulu.
Malam kang tengok la nanti...kalau rajin, aku sambung.
Kalau rajin tido...
...aku ZZZZZ jek!!!

Wednesday, September 29, 2010

Korang Tak Ingat Ke...???

Esok 30 September 2010...
penghujung bulan September...
dah nak masuk Oktober pulak.

September...dunia akan tertumpu pada peristiwa yang sekaligus merubah tanggapan dunia barat ke atas dunia Islam.

Apalagi...

Peristiwa Serangan World Trade Center 11 September 200...
Tahun beerapa ek? 2000 ke...2002?? Tak ingat pulak!

Rata-rata dunia akan ingat peristiwa tu yang mengorbankan lebih 3000 orang.

Rata-rata terutamanya Negeri-negeri Bersatu Amerika (United States of America @ USA) akan mengadakan majlis memperingati peristiwa tu.

Siap dengan kalungan bunga lagi kat bekas tapak World Trade Center.

Ada jugak malaun yang siap nak bakar Al-Quran lagi!...Subhanallah.

Tapi...

Ramai yang tak ingat peristiwa yang hampir sama musibahnya.
Sampai nak abis bulan September...takde siapa pun yang nak buat majlis memperingati peristiwa tu.
Takde siapa pun yang nak letak kalungan bunga kat bekas tapak peristiwa tu.

Apalagi...

Peristiwa Sabra & Shatilla 16 September 1982

Takpe lah...

Biar aku sorang yang hadiahkan Al-Fatihah kepada mangsa-mangsa Zionis di bawah arahan Ariel Sharon (Menteri Pertahanan pada ketika tu)...

Amin.


Saturday, September 25, 2010

BUTTON PUN BUTTON LAH!!!

Kejadian dipercayai berlaku semasa aku solat Jumaat.
Patut la aku tengok lain macam jek crocs aku.

Button kena rembat


Thursday, September 23, 2010

Beautilicious: :: Syirik..ramai yang tidak sedar....maka bacalah! ::

Entri ni aku baca dari blogger yg selalu aku pegi melawat.
Untuk semua...jom baca dan renung2kanlah.
Adios...

Beautilicious: :: Syirik..ramai yang tidak sedar....maka bacalah! ::

Wednesday, September 22, 2010

JANGAN MAIN-MAIN DENGAN FATIHAH

Para Jumhur Ulama' telah memutuskan bahawa adalah haram dan berdosa untuk menukar atau mengubah tulisan Al-Quran kepada tulisan rumi.

Kerana tulisan rumi tidak dapat mengenengahkan hukum tajwid yang menjadi dasar kepada pembacaan Al-Quran yang betul.

Berhati-hati bila membaca Al-Fatihah.

Silap baca...secara tak sengaja kita akan sebut nama syaitan atau iblis.

Nama syaitan dan iblis yang dimaksudkan ialah :

dulillah, hirob, kiyaum, kana', kanas, ta'alaihim & bi'alaihim

Kat mana dalam Al-Fatihah kita boleh jumpa nama-nama ni???
Jom sama2 kita tengok...

Contoh pembacaan Al-Fatihah jika di'rumi'kan :
(tanda '/' menunjukkan tempat dimana kita biasanya memotong kalimah atau sukukata. Kalau di dalam jawi, tanda '/' adalah di kalimah atau sukukata yang berbeza) :

* Alham/dulilla/hirob/bil/a'lamin

* Mali/kiyaum/iddin

* Iyya/kana'/budu Waiyya/kanas/ta'in

* Sirotollazinaan'am/ta'alaihim

* Ghoirilmaghdu/bi'alaihim



p/s : Maklumat di atas adalah untuk tujuan kebaikan. Menggunakan nama-nama syaitan/iblis di atas sebagai nama band black/death metal adalah di luar tanggungjawab penulis.


* Alhamdu/lillahi/robbil/a'lamin

* Maliki/yaumiddin

* Iyyaka/na'budu Waiyyaka/nasta'in

* Sirotollazinaan'amta/'alaihim

* Ghoirilmaghdubi/'alaihim

INDAHNYA FATIHAH

Al-Fatihah mengandungi :

7 Ayat,
27 kalimah,
140 huruf

Hanya 7 huruf yang tidak kedapatan iaitu :

Tha,
Jim,
Kho,
Zai,
Fa,
Shin,
Za

Kerana 7 huruf ini mempunyai kaitan dengan nama Neraka :

Thabur,
Jahim/Jahannam,
Kholidin,
Zamharir,
Fariqoh,
Syaqowah,
Zulmah