Monday, May 10, 2010

Bersyukur lah!!!

Salam....

Rinduku makin membara.
Kenapa??
Rindu kat kereta aku...wawawawawa.

Aritu pegi tgk sat kat bengkel.
Nak tau dh jadik mcmana??

Ni ha!!! Dah telanjang. Do overall paintwork.
Kenapa tak cat luar jek? Kan kereta buat pegi keje jek?
Ehem...excuse me!! Ni la kereta yg banyak berjasa pada aku tau. Dah banyak dia tolong aku. So, now ni masa yang sesuai aku balas jasa dia. Kasi hias cantik2 sebagai tanda terima kasih. Takpe la...tunggu lama sikit utk orang repair n make upkan dia.



For the time being, terpaksa aku merelakan diri guna kereta bapak mertua aku ni.

Flat Black sehhh!!!

Tapi...serba kekurangan. Al-maklum...kereta tua.

Sebenarnya, wife aku dh offer biar dia guna kereta ni...aku guna kereta dia. Wowowo...mana bole! Sayang bini woi!!! Biar la aku yg menanggung ketidakselesaan ini...heh heh heh.

Sejak guna kereta ni...baru aku terpikir. Dengan serba kekurangan dan tak selesa...at least dapat jugak aku pegi keje dengan selamat.
Macamana agaknya keadaan orang yang takde kereta ek?? Lagi susah agaknya.

"Bersyukur la Mi dengan apa yang ada".

Insaf aku...lepas ni tak nak beli kereta lagi la....hmmmm!!!

Friday, May 7, 2010

Moga-moga Ada Pengganti

Sebelum ni aku dah kongsikan serba sikit tentang hal2 semasa berkaitan Palestin.
Siap tunjukkan gambar siapa dalang yg mencetuskan keadaan huru hara kat sana...berpunca dari cita2 nak tubuhkan negara sendiri...Erezt Yizrael.
Tapi, ada jugak yang menentang iaitu golongan ulama bangsa tu jugak.

Salah satu pertubuhan ulama yang menentang adalah pertubuhan yang dinamakan Naturei Karta.
(Naturei Karta pernah menyertai persidangan di Iran bagi menafikan peristiwa Holocaust...peristiwa yang dipercayai sengaja direka bagi meraih simpati masyarakat dunia terhadap 'bangsa pilihan'). Pehhh...kena cari bahan holocaust pulak ni nanti.

Baru-baru ini, disiarkan di dalam akhbar tempatan, pemimpin Naturei Karta telah meninggal dunia.

Diharapkan ada pengganti bagi merencatkan cita2 kotor 'bangsa pilihan'.

Aminnnnnnnn.....
Boring sehhh arini. Macam takde mood nk buat keje.
Nak buat entry apa pun tak tau.

Hah...arini team pilihan aku main lagi.
Dgn lawan yg sama. Aritu dah kalah. Takkan arini kalah lagi kot. At least, seri pun ok la. Kalah pun takpe...tapi kena la kalah bermaruah.

Harap2 ada live kat tv.
Harap2 aku tak tergolek2 tgk game tu.
Huuuuuuuuuu....

Thursday, May 6, 2010

Who Is The Thy Seeds?

Sebelum ni aku dah kongsikan pasal sebahagian petikan Old Testament, kepada Nabi Ibrahim a.s.

"...unto thy seed have I given this land, from the river of Egypt unto the great river Euphrates..."
- Genesis 15:18

Petikan ini digunakan oleh pengasas Zionis untuk menubuhkan negara sendiri.

Kalau macam tu, kemasukan 'bangsa pilihan' ke Palestin...pencerobohan dan pengusiran rakyat Palestin adalah perkara yang betul dan sah dilakukan??? Ada ke ugama dalam dunia ni yang membenarkan perkara-perkara macam tu. Hmmm...I don't think so.

Jom kita tengok...

Ada banyak kajian dibuat sebagai penafsiran terhadap "thy seed" yang berhak ke atas bumi Palestin;

"Generally supposed that these promises were made to the Jews and no to the Jews alone. But that is not what the Bible says. The words to thy seed inevitably include Arabs both Muslims and Christians who claim descent from Abraham through his son Ishmael" - Dr. Alfred Guillaume

Hasil kajian dia;

- keturunan Isaac (Ishak) digelar Israelites (Bani Israel).
- Jacob (Yaakub) digelar Israel.
- keturunan Ishmael (Ismail) anak Ibrahim dinisbahkan kepada Abraham (Ibrahim) dan layak digelar "thy seed".

Maka, pewarisan Bumi Kan'an (Palestin) diberikan kepada keturunan Ismail pada ketika upacara berkhatan Ismail. Ishak belum dilahirkan pada ketika itu dan tidak layak digelar "thy seed".



Arthur Koesler antara lain menyatakan;

"Kebanyakan 'bangsa pilihan' yang datang ke bumi Palestin adalah dari keturunan Ashkenazi iaitu puak Tatar-Turki kuno, yang mendiami utara Kaukaz (Soviet). Mereka memeluk agama Yahudi pada kurun ke-8 M".

(Kalau macam tu...pegi la balik kampung hang kat Russia nun. Ni buat onar pulak kat tanah orang!!!)

"Yahudi Ashkenazi bukan dari keturunan Bani Israel kerana langsung tiada hubungan dengan Nabi Ibrahim".

Maka, tidak bertepatan dengan "thy seed".


Maknanya, selama ni 'bangsa pilihan' tu kena tipu bulat2 la dengan atuk, nenek moyang diaorang....hahahha. Diaorang ingat Palestin tu la tanah diaorang. Rupa-rupanya kena kencing je...yang jadi mangsa...orang Palestin.

Ataupun, diaorang tau tapi buat2 tak tau. Almaklum...bangsa yang ego.

Ada banyak lagi penipuan2 dan putar-belit diaorang ni. Nanti aku kongsikan lagi. Penat la nak menaip ni.....

Like Father Like Son II

Semalam telinga aku berdesing!...darah aku berderau!
Pasal cerita anak aku dikatakan membuli budak sekolah sampai berdarah telinga.

Tapi, la ni aku dah kembali normal...heh heh heh.

Aku : "cikgu ada bagitau apa2 tak kat sekolah tadi?"

Haziq : "takde pun..."

Aku : "telinga budak tu ok tak?"

Hazig : "nampak ok je"

Aku : "telinga dia bole dengar tak?"

Haziq : "mana Ajiq tau dia dengar ke tak"

Aku : "cuba la jerit kat telinga dia...kalau dia buat tak tau, maknanya, telinga dia yang berdarah tu dah rosak la".


Kalau anak aku didapati bersalah....sah kena tuntut gantirugi.

Legaaaaa......

Wednesday, May 5, 2010

Like Father Like Son

Cikgu : "nama adik awak Mirza Nurhaziq kan?"

Haikal : "ye, cikgu"

Cikgu : "adik awak kelas mana?"

Haikal : "2 Ibnu Sina, cikgu"

Cikgu : "Hah, bagitau mak awak...adik awak buli budak sampai berdarah telinga"


Pehhh...berdesing telinga aku dengar bila wife tpon aku bgtau hal tu semalam. Berderau darah pun ye jugak.

Berdesing sebab anak aku jadi pembuli.
Berderau sebab kalau parah budak tu mcmana? Hilang daya pendengaran mcmana? Mau kena bg gantirugi ni...

Aku tunggu2 jugak kalau2 polis cari aku. Mana la tau jadi kes polis. Tapi, sampai la ni tak dapat apa2 berita. Tak serius kot (sedapkan hati).



Anak aku pembuli??? Mungkin ikut aku kot. Sebab dulu aku penah buli budak junior masa sekolah dulu...heh heh heh

Tapi, aku tau anak aku. Dia takkan kacau orang unless dia kena kacau. (Ikut aku jugak tu....like father like son).

Takpe2...tunggu dan lihat apa cerita esok.

Wahhh...sama la!!!

Malam tadi aku tgk bola kat tv. Bukan calang2 game tau...Liga Malaysia.
Kebetulan tengah lepak2 lepas balik keje terbukak channel tu. Bukan senang nak tgk game ni...lebih2 lagi yang melibatkan team pilihan aku. Kalau dah masuk tv sure best game ni...hehehehe. Best! Best! Best!

Memang best game tu. Sori la kalau aku cakap...best giler bergelak ketawa tgk game tu. Sampai tergolek2 aku kat sofa.

Bola sampai petak penalti je...sangkut. Sangkut bukan sebab back opponent power...tapi sebab attacker tak power. Dah dekat pintu gol pun nak gentel2 lagi. Member sebelah dah tunggu tak dikawal pun tak dipassnya. Bukan sekali dua...banyak kali pulak tu. Nak score sorang gamaknya...supaya terpampang nama kat scoreboard.

Lepas tu pulak, opponent main 10 orang...dapat score 2 bijik pulak tu (lagi ligat aku bergolek). Salah satu punca team pilihan aku ni kalah...aku rasa sebab player yang aku nampak sorang tu yang menyumbangkan punca.

Takpe la. Lipat gandakan usaha. Pasti akan berjaya satu hari nanti.

Abis game tu, aku tgk game lain pulak...LIVE SPANISH LEAGUE. Kali ni aku tak bergolek tengok. Tak mampu aku nak bergolek...walau dipaksa2.

Wahhhh...sama la dengan game tadi! Sama apanya? Game Quality ke?

Tak...BOLA SAMA BULAT!
Warghhh...warghhh...warghhh...

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA