Friday, November 26, 2010

NEGARA ISLAM MODEN

Baru2 ni aku ada terbaca pasal Malaysia diiktiraf sebagai Negara Islam Moden oleh Perdana Menteri Australia *kalau x silap la*.

Majoriti rakyat Malaysia cukup bangga dengan pengiktirafan ni *termasuk aku*.
Ada jugak segelintir yang rasa pengiktirafan tu macam satu penghinaan *mcm mana pulak tu? confuse aku*.
Lagipun, berita tu tak dilaporkan secara detail.
Tak berani aku nak komen banyak2.
Tapi sebagai rakyat Malaysia...aku cuma bagi pendapat je.

Pada pendapat aku...
Ianya satu pengiktirafan.
Sebab...
Negara luar memandang Malaysia sebagai negara Islam yang menuju ke arah Negara Maju.

Cuma...
Jadikan keadaan Turki sekarang sebagai pengajaran.

Dek kerana inginkan kemajuan...
Turki menjadi sebuah Negara Islam Sekular.
Norma-norma Islam hampir pupus *dek kerana komplot Yahudi*

Selepas kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniyah...
...Sekolah2 Agama dihapuskan!
...Tulisan Jawi dihapuskan!
...Undang2 Islam diganti dengan Undang2 Moden!
...Azan dilaungkan dalam bahasa Turki!
...Masjid2 ditukar menjadi gereja!

JANGANLAH SAMPAI JADI MACAM TU!
AMIN!

Friday, November 19, 2010

KAU PUN NAK JUGAK...!!!

Alalalalalala...bucuk bucuk...
...kau pun nak jugak???
Jeles eh...pasal 'bini no. 1' aku dapat masuk blog???
Tak adil la kiranya tu eh???
Ye la...ye la...!!!
Kau pun masuk jugak la.



Kau pun mengancam jugak...kalau tak mengancam, aku tak ambik kau de!!!

Dan, sebagai untuk membuktikan aku sayang jugak kat kau...aku akan senaraikan make-up2 yang sesuai untuk kau.

Lebih mengancam la kau nanti ek!!!


Make-up No. 1 :
Gril depan aku tukar IMPUL Editon.














Make-up No. 2 :
Tinted bagi gelap lagi.















Make-up No. 3 :
Hood bagi terjulur lagi - IMPUL Edition.













Make-up No. 4 :
Sport Rim bagi yang 17" punye.
Tayar bagi 205/45.















AMACAM...???
SETUJU...???

Saturday, November 13, 2010

"kau yg ku sayang...dari DULU...KINI...dan SELAMA-LAMANYA

Pehhh...macam cermin sehhh dia punye kilat!!!

Ni la kreta aku yg banyak berjasa...
...time susah...dan time senang.
Tak banyak meragam...
Tak banyak mintak duit...
Tak banyak peningkan kepala aku...
Pendek kata...serba-serba tak menyusahkan aku.

Sebab tu aku jaga dia elok-elok...
Lebih-lebih sekarang ni dah salin baju lain.
Dulu baju Gray...sekarang baju Cool Amber ***"Gua sayang lu beb"***
***Lu nampak lebih 'garang' dari dulu la beb...bila pakai baju ni!!!***


Cuba tengok side view depan pulak...
v
v
v

Pehhh...mengancam!!!

...dari side view belakang pulak...
v
v
v

Pehhh...mengancam jugak!!!


EHHHHHH....APA PULAK NI...???


Monday, November 8, 2010

dengar-dengar

Salammmmmm.....
Waduh waduh waduh...
Kok udah lama banget enggak online dong???

Betul la...dah lama sangat tak ber'blog'ging.
Sibuk ngalahkan Pak Menteri.
Dah tanggungjawab maa...
"Kita boleh lari dari masalah tetapi bukan dari tanggungjawab".
Heh...heh...heh...

Dengar-dengar...
Insan macam aku ni layak di'increase'kan salary hingga 71%!!!
Pergghhh...mcm tak pecaye je aku.
Ngalahkan Tuan Residen Engineer je.
Kalau betul la...

TAK SABOR PULAK NAK NUNGGU
Syukurrrrrr (panjang muncung Alhamdulillah...!!!

Cepat la hendaknya masa tu sampai...
Sara hidup makin tinggi beb...
RON97 pun dah naik 5¢

Wednesday, October 13, 2010

SINDIRAN SANG CARTOON

p/s : sindiran yang cukup baek punye *bak kata Dafi*

Hah...???
Tahun 201101 baru jumpe Osama Bin Laden...?? *dah kiamat kot masa tu*
Tu pun jumpe fosil je.

Awat lama sangat nak cari Osama ni.
Kalau tengok pada teknologi ketenteraan korang * sebagaimana korang war-warkan*
- teknologi korang la yang paling canggih.
- radar korang la yang paling tepat cari sasaran.
- senjata korang la yang paling tepat tuju sasaran.
- ...dan macam2 paling la yang korang ada.
Ni nak cari sorang pun tak jumpe2!!!
Apa cerite beb!!!

Aku rasa la kan...korang bedek je ni!!!
Kalau ikut hukum akal...tak logik kalau tak jumpe mamat sorang tu.
Hmmm...

Macamana kalau aku bagi pandangan aku pulak.

* Teknologi ketenteraan korang memang canggih...
...sebab korang nak jual segala macam senjata korang. Boleh untung besar maa...!!!

* Teknologi ketenteraan korang memang canggih...
...sebelum korang jual, korang kasi test la. Takkan nak test kat tempat korang kan...!!!

Terpikir pulak aku...
Entah2 Osama tu memang dah mati kot! *teknologi ketenteraan korang kan canggih*

Tapi korang saje je cakap *ikut sedap korang* tak jumpe lagi...
...sebab

kalau dah jumpe...
...korang kena balik kampung...tanam jagung. Kena keluar dari Afghanistan.

kalau korang balik kampung...
...tak tercapai la misi Israel nak bina Eretz Yizrail/Israel Raya (negara impian Israel menganjur dari Lembah Nil hingga Euphrates).
...tak dapat la korang nak duduk keliling Eretz Yizrail (untuk kawal Yahudi dari ancaman luar).

Pandai korang eh!!! *pandai membohong*
Bergeliga kepala otak...boleh buat batu cincin.

Patut korang ni dibaling bertubi-tubi secara berjemaah dengan buku je...

"KAU BOLEH...ORANG LAIN TAK BOLEH"

Baru-baru ni berita mengkhabarkan Israel menyatakan keberangannya di atas persetujuan kerajaan Russia untuk membekalkan 72 unit peluru berpandu P-800 Yakhont kepada kerajaan Syria.

Israel berpendapat, urusan penjualan berkaitan akan mengganggu kestabilan rantau Timur Tengah. *ye ke stabil skrg ni? rasa macam tak stabil je*

Kalau cerita pasal 'kestabilan'...
Aku rasa Israel lah yang buat Timur Tengah tu tak stabil.
Kalau semua negara Arab kat Timur Tengah tu ada senjata-senjata yang canggih...macam Negeri-negeri Bersatu Amerika (USA), baru lah masing-masing tak berani jadi 'hero'.

Yang Israel sibuk dengan urusan negara orang tu apasal!!!
Yang USA bekalkan senjata selama ni...kira macamana pulak???
Tak gugat kestabilan Timur Tengah???

Tup...tup...
USA pulak buat urusan dengan Israel untuk jual 20 jet F-50.


Dan, Israel cakap...
"urusan penjualan jet ini akan meningkatkan kestabilan rantau Timur Tengah".

"Ooo...kau buat boleh! Orang lain tak boleh!"

Yang nyata...
"urusan penjualan jet kepada Israel akan meningkatkan ketidakseimbangan kuasa di rantau Timur Tengah".

"Makin kuat la kau buli orang eh!!!"

Tuesday, October 12, 2010

FESYEN LEPAS RAYA

Syawal dah berlalu.
Macam biasa tempat aku line clear main mercun.
Heh...heh...heh...
Bapak dah macam anak.
Main mercun tak ingat dunia.
Lepas Penyimpan Mohor Besar isytihar "Esok Raya"...
...dum...dam...dum...dam...
Dah macam perang dah.
Asap penuh sampai ke tengah jalan...macam kabus di kala subuh je!

Alhamdulillah...
takde yang putus jari...
takde yang kudung tangan...
takde yang hilang telinga...

Tapi...
Awatnya lepas raya jadi lagu ni jang!!!


p/s : fesyen lepas raya anak sedara...bahana meriam buluh.
"Macam mumia dah aku tengok kau!"