Friday, February 18, 2011

Sebesar-besar Penyelewengan terhadap Taurat : Tuduhan terhadap Rasul 5


"Taurat yang diselewengkan menfitnah Nabi Harun sebagai pencipta patung anak lembu daripada emas untuk disembah".

32:2 Lalu Harun berkata kepada mereka : Tanggalkan anting-anting emas yang ada pada telinga mereka serta menyerahkannya kepada Harun.

p/s : sumber Wikipedia

32:3 Lalu seluruh bangsa itu menanggalkan anting-anting emas yang ada pada telinga mereka serta menyerahkannya kepada Harun.

32:4 Setelah menerima segala yang diserahkan oleh mereka, lalu dibentuknya dengan pahat serta diukir ketulan emas itu berbentuk anak lembu tuangan. Kemudian mereka berkata: Wahai Bani Israel, inilah Allahmu, yang telah mengiringi engkau ketika keluar dari bumi Mesir.

32:5 Ketika Nabi Harun melihat perbuatan itu, dia sendiri telah mendirikan mezbah di hadapan patung anak lembu itu. Kemudian, Harun menyeru mereka sambil berkata : Esok adalah hari raya bagi Tuhan.

Cisss...!!!
Disamakan Allah dengan anak lembu???


p/s : Sumber petikan YAHUDI Menurut Al-Quran, Hadis, Taurat dan Injil, Israelimages dan Wikipedia

Thursday, February 17, 2011

Sebesar-besar Penyelewengan terhadap Taurat : Tuduhan terhadap Rasul 4


"Taurat yang diselewengkan menyifatkan Nabi Musa sebagai seorang ahli sihir hingga mampu memukau dan menjadikan orang-orang Mesir bermurah hati. Seterusnya, Nabi Musa merampas harta orang Mesir sebelum membawa keluar Bani Israel dari bumi Mesir". *nauzubillah*

3:21 Aku akan sihirkan orang Mesir agar bermurah hati terhadap bangsa ini. Apabila kamu pergi nanti, kamu tidak akan pergi dengan tangan kosong.

p/s : sekadar hiasan...

3:22 Tetapi, setiap wanita akan mampu memperdaya jirannya dan juga wanita yang tinggal di rumahnya. Mereka juga akan merampas barang-barang seperti perak, emas dan kain-kain yang akan kamu pakaikan kepada anak-anakmu sama ada lelaki atau perempuan. Demikianlah kamu akan merampas harta benda orang-orang Mesir itu.

* patut la sekarang ni, ikut suka hati mak bapak korang je nak rampas tanah orang Palestin. Ikut 'kitab' korang la ye kononnya tu??? Piiirrraaahhh mabuk!!! Dengan ladang zaitun pun korang kebas...*

p/s : Sumber petikan YAHUDI Menurut Al-Quran, Hadis, Taurat dan Injil dan Israelimages

Sebesar-besar Penyelewengan terhadap Taurat : Tuduhan terhadap Rasul 3

p/s : sekadar hiasan

Sebagaimana fitnah bangsa Yahudi kepada Nabi Daud, tidak ketinggalan juga kepada Nabi Sulaiman.

"Taurat yang diselewengkan menggambarkan Nabi Sulaiman sebagai seorang kaki perempuan sehingga mampu mempunyai 700 orang isteri dari golongan bangsawan dan 300 orang gundik". *nauzubillah*

11.:1 Raja Salomo (Sulaiman) terlalu cintakan orang asing. Di samping anak Firaun, dia juga mencintai perempuan-perempuan Moab, Amon, Edom, Sidon, dan Het.

11:2 Padahal, Tuhan telah berfirman kepada orang Israel tentang bangsa-bangsa itu : Janganlah kamu bergaul dengan mereka dan mereka pun tidak boleh bergaul dengan kamu. Ini kerana, dibimbangi mereka akan memesongkan hatimu kepada Allah mereka. Hati Salomo telah terpaut kepada mereka kerana cinta.

11:3 Dia mempunyai 700 orang isteri dari golongan bangsawan dan 300 orang gundik. Baginya, isteri-isterinya berjaya menarik hatinya melebihi Tuhan.

11:4 Ini kerana, pada waktu Salomo sudah tua, isteri-isterinya itu cuba memesongkan hatinya kepada Allah lain menyebabkan hati Salomo tidak berpaut sepenuhnya kepada Tuhan, Allahnya seperti Daud (ayahnya).

p/s : Sumber petikan YAHUDI Menurut Al-Quran, Hadis, Taurat dan Injil dan Israelimages

Wednesday, February 16, 2011

Terima Kasih Mohd. Zubir Zakaria

Gua salute sama lu Bro Zubir sebab menyuarakan pendapat lu dalam artikel Utusan Malaysia.
Bagi yang tak suka kenyataan Bro Zubir...is up to you.
Bagi yang suka pun...is up to you.
Walau macamanapun, kenyataan is kenyataan...fact is fact.
Sekurang-kurangnya, artikel ni sedikit sebanyak berupa nasihat sesama kita.

Gua pun ada Hari Kekasih yang gua sambut...
...birthday dan anniversary wife gua...heh heh heh!!!

p/s : sumber Utusan Malaysia

Nasihat Sang Cartoon

Sempena dengan so called 'perayaan' nih...jom tgk cartoon ni kejap.

Gua ambik dari paper Utusan Malaysia...sentap beb...kih...kih...kih!!!!


p/s : JANGAN MARE AAAAA.....

Monday, February 14, 2011

Sebesar-besar Penyelewengan terhadap Taurat : Tuduhan terhadap Rasul 2





"Yahudi memfitnah Nabi Daud sebagai seorang kaki perempuan walaupun sudah tua". *nauzubillah*




1:1 Ketika Raja Daud telah tua dan usianya telah lanjut, walaupun badannya sentiasa diselimuti, badannya tetap kesejukan.

p/s : sekadar hiasan je...

1:2 Lalu, para pegawainya berkata : "Sebaik-baiknya hendaklah dicari seorang anak dara yang masih muda untuk Tuanku supaya dapat melayani dan merawat Tuanku. Biarlah dia berbaring di sebelah Tuanku sehingga badan Tuanku menjadi panas".

1:3 Dengan itu, dia memerintahkan agar dicari seorang gadis yang cantik di seluruh daerah Israel. Lalu mereka menemui Abisag (gadis Sunem) dan dibawa menghadap kepada Raja Daud.

1:4 Gadis itu amat cantik dan dia menjadi jururawat raja serta melayani baginda.

p/s : Sumber petikan YAHUDI Menurut Al-Quran, Hadis, Taurat dan Injil dan Israelimages

Tuesday, February 8, 2011

Sebesar-besar Penyelewengan terhadap Taurat : Tuduhan terhadap Rasul


Sebesar-besar penyelewengan yang terdapat di dalam Taurat adalah penghinaan/tuduhan terhadap para RASUL *nauzubillah*

NABI LUT sebagai seorang peminum ARAK dan BERZINA dengan anak sendiri sehingga melahirkan dua keturunan yang besar iaitu Bani Moab dan Bani Amon.

19:30 Lut telah keluar dari Zoar lalu menetap di pergunungan bersama-sama dengan kedua-dua anak perempuannya. Ini kerana, beliau tidak berani tinggal di Zoar. Oleh itu, Lut terpaksa tinggal di dalam sebuah gua dengan anak-anaknya.

19:31 Anak perempuannya yang paling tua berkata: Ayah kita telah tua. Sekarang ini, tidak ada seorang lelaki pun yang mampu menghampiri kita seperti kebiasaan orang di luar sana.

19:32 Marilah kita beri ayah kita minum anggur (arak) supaya dia mabuk dan kita dapat menidurinya. Dengan ini, kita dapat menyambung zuriat keturunan ayah kita.

19:33 Pada malam itu, mereka telah memberi ayah mereka minum anggur (arak). Kemudian, anak perempuan sulungnya telah meniduri ayahnya. Sedangkan, ayahnya tidak sedarkan diri dan tidak tahu perbuatan anaknya itu. Apabila bangun dari tidur,

19:34 Keesokan harinya, kakaknya berkata kepada adiknya: Malam tadi aku telah tidur bersama ayah. Eloklah pada malam ini kita lakukan seperti semalam. Berilah ayah minum arak itu supaya kita dapat menyambung zuriat keturunannya.

19:35 Pada malam itu, mereka sekali lagi memberi ayah mereka minum arak. Kemudian, adiknya terus masuk meniduri ayahnya. Ayahnya juga tidak mengetahui perbuatan anaknya itu hingga dia terjaga dari tidur.

19:36 Lalu kedua-dua anak Lut itu mengandung anak hasil dari benih ayah mereka.

19:37 Yang lebih tua melahirkan seorang anak lelaki lalu dinamakan sebagai Moab. Dialah bapa Bani Moab yang ada sekarang ini.

19:38 Yang lebih muda juga melahirkan seorang anak lelaki lalu menamakannya Ben-Ami. Dialah bapa Bani Amon yang ada sekarang ini.

p/s : Sumber petikan YAHUDI Menurut Al-Quran, Hadis, Taurat dan Injil