Tuesday, December 21, 2010

Tersebut Al-Kisah

"Mi, jangan lupa 18 Disember nanti...masa tu la kau tau asal-usul keturunan kau".

Awal Disember aritu pak cik aku kat Segamat pesan...supaya aku datang gathering sedara mara jauh dan dekat. Kalau yang dekat aku kenal la. Tapi yang jauh memang tak kenal. *kadang-kadang yang dekat pun x kenal...cheh!*

Ok jugak tu...at least aku dapat tau siapa nenek moyang aku. Katanya, bukan calang-calang orang.
Hahahahhahaha....tergelak dalam hati aku. Tapi tak sampai guling-guling la.

Lagipun, aku selalu baca n kaji tentang asal keturunan Yahudi...tang keturunan sendiri pulak tak tau!

Maka, sampai la aku kat kampung ayah aku kat Segamat.
Pehhhh....ramai sehhhh.
Then, aku tengok satu banner besar *mak aiii...jenuh nak trace*


*ni la rupa banner tu...tertulis salasilah asal keturunan aku*


*wahhhh...pangkal nama aku ada 'wan'???*


"ITU LAH ASAL KETURUNAN KAU MI...KETURUNAN RAJA TEMENGGUNG MUAR"

Aku terkebil-kebil...tercengang-cengang...betul ke ni...atau mimpi siang hari kat bandar Segamat.






Thursday, December 16, 2010

Hati Menangis Siapa Yang Tahu

TARIKH : 6 DISEMBER 2010

MASA : 8.30 am

LOKASI : HENTIAN SEBELAH KULAI, LEBUHRAYA UTARA-SELATAN

DESTINASI : SIMPANG RENGGAM

PERISTIWA :

Wira Cool Amber melalui laluan kanan dgn kelajuan 120km/j...bercadang memintas lori 10 tan tanpa muatan dgn kelajuan yg hampir sama. Sisa-sisa batu kerikil dari lori kelihatan jatuh melantun-lantun pada permukaan jalan.

Hati Wira Cool Amber berdetik..."nak potong ke tak"..."nak potong ke tak"... Bimbang dgn lantunan sisa kerikil..."kena cermin ni mau retak seribu kang". Setelah sisa kerikil kelihatan mula berkurangan..."potong je la".

Pecutan horsepower Wira Cool Amber ditingkatkan...mula menghampiri bontot lori... "Ting...ting...ting..."...sebijik sisa kerikil yg tak sebesar mana menghampiri Wira Cool Amber.
Pejam...celik...pejam...celik mata Wira Cool Amber sambil mengharapkan lantunan berhenti segera.

"Tam..." (kasar bunyinya tu!!!). Wira Cool Amber berdetik..."kena bumper je sikit. calar je la kot". Perjalanan diteruskan dgn hati yg mengharapkan..."jangan la calar...jangan la calar".

Sampai ke destinasi...pemeriksaan ke atas Wira Cool Amber dilakukan.

"WWWWAAAAAAAAAAAAA......."

"TENGOK LA NI...."

"HUHUHUHUHUHUHUHU..."


Wira Cool Amber menangis tak berlagu


Tuesday, December 14, 2010

Mari Mengenal Taurat - Bhg 1

Mungkin banyak persepsi yg timbul bila baca tajuk ni.
Terpulang pada diri masing2.
Tapi yang nyata, sebagai umat Islam...kita wajib mengimani Rukun Iman yang Enam.
Salah satu daripadanya adalah PERCAYA KEPADA TAURAT, ZABUR, INJIL dan AL-QURAN.
Yang merupakan kitab2 samawi (wahyu langit) yang diturunkan Allah.

Taurat diwahyukan kepada Nabi Musa a.s. sebagai pengajaran dan penjelasan setiap syariat dan hukum-hakam...sebagai pegangan dan amalan Bani Israel.

Nabi Musa a.s. menerima wahyu setelah bermunajat kepada Allah selama 40 hari di Bukit Thur Saina'.

"KAMI telah menulis pada Lauh-Lauh (Taurat atau papan batu) itu bagi Nabi Musa. Terkandung padanya pelbagai nasihat, pengajaran dan penjelasan setiap perkara (syariat dan hukum-hakam). Oleh itu, terimalah dan amalkanlah ia wahai Musa dengan bersungguh-sungguh. Suruhlah kaummu berpegang dan mengamalkannya sebaik mungkin. AKU akan perlihatkan kepada kamu sebuah negeri orang-orang yang fasik."
- Surah al-A'raf:145

Sekembali Nabi Musa a.s. kepada kaumnya, hanya sebahagian dari mereka bersama Nabi Harun a.s. (abang Nabi Musa a.s.) yang masih beriman kepada Allah. Mereka yang lain tidak lagi beriman tetapi menyembah patung anak lembu emas yang dibuat oleh kaum Yahudi yang bernama al-Samiri.

"Apabila Musa kembali kepada kaumnya, dia begitu marah dan amat kecewa (kerana mereka kembali kufur) lalu Musa berkata: Alangkah buruknya amalan yang telah kamu lakukan selepas pemergianku. Apakah kamu cuba mendahului janji Tuhan (tidak sabar menanti kepulanganku selepas bermunajat). Kemudian, Musa melempar Lauh-Lauh (papan batu atau Taurat) itu lalu memegang rambut saudaranya (Harun) sambil menarik ke arahnya. Harun berkata: Wahai anak ibuku! Sesungguhnya kaum ini menganggap aku seorang yang lemah dan mereka hampir membunuhku. Oleh itu, janganlah engkau menjadikan musuh-musuh gembira melihat engkau memperlakukan aku sebegini. Janganlah juga engkau menjadi seorang yang zalim." - Surah al-A'raf: 150

Setelah patung anak lembu dimusnahkan oleh Nabi Musa a.s., Bani Israel mula bertaubat kepada Allah. Lauh-Lauh (Taurat) dihimpun semula oleh Nabi Musa a.s. dan menyuruh kaumnya membuat Tabut (kotak) sebagai tempat menyimpan Lauh-Lauh (Taurat). Isi kandungan Lauh-Lauh (Taurat) diajar kepada Bani Israel.

Berikutan faktor alat-alat penulisan yang masih belum terkenal, itulah satu-satunya Taurat yang kekal ketulenan riwayatnya. Taurat kekal terpelihara di dalam Tabut sehinggalah Nabi Musa a.s. dan Nabi Harun a.s. wafat.
p/s : Sumber petikan YAHUDI Menurut Al-Quran, Hadis, Taurat dan Injil

Sunday, November 28, 2010

SKYLINE GTR

Musim2 sekolah ni...byk betul jemputan kawen.
Tak dtg kang...tak ngaku sedara pulak.
Kena jugak datang berbekalkan niat yg ikhlas.

Semlm aku n family pegi jemputan cousin aku kt Segamat.
Aku mmg jarang ke Segamat.
Bknnya apa...distance nya agak jauh dari rumah aku.
Takde highway pulak tu.
Exit Tol paling dekat kat Yong Peng Utara.
Lps tu...kena ikut jalan lama.
Aduiii...punye la bosan.
Had laju 60km/j.
Lagi la aduiii.
Tau2 je la kalau drive 60km/j.
Ngantuk...dan memungkinkan accident...
Heh...heh...heh...(alasan).

Setibanya aku kt Cha'ah...ada roadblock.
Aku diarahkan ketepi.
Aik? Apahal pulak ni?

"Encik, hadlaju 60km/j...encik bawak 88km/j".

Aduiii...kena saman la ni!

88km/j????
Tak berbaloi betul.
Lain la kalau aku bawak macam kreta ni....



BILA LA AKU BOLEH MEMILIKI KERETA MACAM NI!!!

Friday, November 26, 2010

NEGARA ISLAM MODEN

Baru2 ni aku ada terbaca pasal Malaysia diiktiraf sebagai Negara Islam Moden oleh Perdana Menteri Australia *kalau x silap la*.

Majoriti rakyat Malaysia cukup bangga dengan pengiktirafan ni *termasuk aku*.
Ada jugak segelintir yang rasa pengiktirafan tu macam satu penghinaan *mcm mana pulak tu? confuse aku*.
Lagipun, berita tu tak dilaporkan secara detail.
Tak berani aku nak komen banyak2.
Tapi sebagai rakyat Malaysia...aku cuma bagi pendapat je.

Pada pendapat aku...
Ianya satu pengiktirafan.
Sebab...
Negara luar memandang Malaysia sebagai negara Islam yang menuju ke arah Negara Maju.

Cuma...
Jadikan keadaan Turki sekarang sebagai pengajaran.

Dek kerana inginkan kemajuan...
Turki menjadi sebuah Negara Islam Sekular.
Norma-norma Islam hampir pupus *dek kerana komplot Yahudi*

Selepas kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniyah...
...Sekolah2 Agama dihapuskan!
...Tulisan Jawi dihapuskan!
...Undang2 Islam diganti dengan Undang2 Moden!
...Azan dilaungkan dalam bahasa Turki!
...Masjid2 ditukar menjadi gereja!

JANGANLAH SAMPAI JADI MACAM TU!
AMIN!

Friday, November 19, 2010

KAU PUN NAK JUGAK...!!!

Alalalalalala...bucuk bucuk...
...kau pun nak jugak???
Jeles eh...pasal 'bini no. 1' aku dapat masuk blog???
Tak adil la kiranya tu eh???
Ye la...ye la...!!!
Kau pun masuk jugak la.



Kau pun mengancam jugak...kalau tak mengancam, aku tak ambik kau de!!!

Dan, sebagai untuk membuktikan aku sayang jugak kat kau...aku akan senaraikan make-up2 yang sesuai untuk kau.

Lebih mengancam la kau nanti ek!!!


Make-up No. 1 :
Gril depan aku tukar IMPUL Editon.














Make-up No. 2 :
Tinted bagi gelap lagi.















Make-up No. 3 :
Hood bagi terjulur lagi - IMPUL Edition.













Make-up No. 4 :
Sport Rim bagi yang 17" punye.
Tayar bagi 205/45.















AMACAM...???
SETUJU...???

Saturday, November 13, 2010

"kau yg ku sayang...dari DULU...KINI...dan SELAMA-LAMANYA

Pehhh...macam cermin sehhh dia punye kilat!!!

Ni la kreta aku yg banyak berjasa...
...time susah...dan time senang.
Tak banyak meragam...
Tak banyak mintak duit...
Tak banyak peningkan kepala aku...
Pendek kata...serba-serba tak menyusahkan aku.

Sebab tu aku jaga dia elok-elok...
Lebih-lebih sekarang ni dah salin baju lain.
Dulu baju Gray...sekarang baju Cool Amber ***"Gua sayang lu beb"***
***Lu nampak lebih 'garang' dari dulu la beb...bila pakai baju ni!!!***


Cuba tengok side view depan pulak...
v
v
v

Pehhh...mengancam!!!

...dari side view belakang pulak...
v
v
v

Pehhh...mengancam jugak!!!


EHHHHHH....APA PULAK NI...???


Monday, November 8, 2010

dengar-dengar

Salammmmmm.....
Waduh waduh waduh...
Kok udah lama banget enggak online dong???

Betul la...dah lama sangat tak ber'blog'ging.
Sibuk ngalahkan Pak Menteri.
Dah tanggungjawab maa...
"Kita boleh lari dari masalah tetapi bukan dari tanggungjawab".
Heh...heh...heh...

Dengar-dengar...
Insan macam aku ni layak di'increase'kan salary hingga 71%!!!
Pergghhh...mcm tak pecaye je aku.
Ngalahkan Tuan Residen Engineer je.
Kalau betul la...

TAK SABOR PULAK NAK NUNGGU
Syukurrrrrr (panjang muncung Alhamdulillah...!!!

Cepat la hendaknya masa tu sampai...
Sara hidup makin tinggi beb...
RON97 pun dah naik 5¢

Wednesday, October 13, 2010

SINDIRAN SANG CARTOON

p/s : sindiran yang cukup baek punye *bak kata Dafi*

Hah...???
Tahun 201101 baru jumpe Osama Bin Laden...?? *dah kiamat kot masa tu*
Tu pun jumpe fosil je.

Awat lama sangat nak cari Osama ni.
Kalau tengok pada teknologi ketenteraan korang * sebagaimana korang war-warkan*
- teknologi korang la yang paling canggih.
- radar korang la yang paling tepat cari sasaran.
- senjata korang la yang paling tepat tuju sasaran.
- ...dan macam2 paling la yang korang ada.
Ni nak cari sorang pun tak jumpe2!!!
Apa cerite beb!!!

Aku rasa la kan...korang bedek je ni!!!
Kalau ikut hukum akal...tak logik kalau tak jumpe mamat sorang tu.
Hmmm...

Macamana kalau aku bagi pandangan aku pulak.

* Teknologi ketenteraan korang memang canggih...
...sebab korang nak jual segala macam senjata korang. Boleh untung besar maa...!!!

* Teknologi ketenteraan korang memang canggih...
...sebelum korang jual, korang kasi test la. Takkan nak test kat tempat korang kan...!!!

Terpikir pulak aku...
Entah2 Osama tu memang dah mati kot! *teknologi ketenteraan korang kan canggih*

Tapi korang saje je cakap *ikut sedap korang* tak jumpe lagi...
...sebab

kalau dah jumpe...
...korang kena balik kampung...tanam jagung. Kena keluar dari Afghanistan.

kalau korang balik kampung...
...tak tercapai la misi Israel nak bina Eretz Yizrail/Israel Raya (negara impian Israel menganjur dari Lembah Nil hingga Euphrates).
...tak dapat la korang nak duduk keliling Eretz Yizrail (untuk kawal Yahudi dari ancaman luar).

Pandai korang eh!!! *pandai membohong*
Bergeliga kepala otak...boleh buat batu cincin.

Patut korang ni dibaling bertubi-tubi secara berjemaah dengan buku je...

"KAU BOLEH...ORANG LAIN TAK BOLEH"

Baru-baru ni berita mengkhabarkan Israel menyatakan keberangannya di atas persetujuan kerajaan Russia untuk membekalkan 72 unit peluru berpandu P-800 Yakhont kepada kerajaan Syria.

Israel berpendapat, urusan penjualan berkaitan akan mengganggu kestabilan rantau Timur Tengah. *ye ke stabil skrg ni? rasa macam tak stabil je*

Kalau cerita pasal 'kestabilan'...
Aku rasa Israel lah yang buat Timur Tengah tu tak stabil.
Kalau semua negara Arab kat Timur Tengah tu ada senjata-senjata yang canggih...macam Negeri-negeri Bersatu Amerika (USA), baru lah masing-masing tak berani jadi 'hero'.

Yang Israel sibuk dengan urusan negara orang tu apasal!!!
Yang USA bekalkan senjata selama ni...kira macamana pulak???
Tak gugat kestabilan Timur Tengah???

Tup...tup...
USA pulak buat urusan dengan Israel untuk jual 20 jet F-50.


Dan, Israel cakap...
"urusan penjualan jet ini akan meningkatkan kestabilan rantau Timur Tengah".

"Ooo...kau buat boleh! Orang lain tak boleh!"

Yang nyata...
"urusan penjualan jet kepada Israel akan meningkatkan ketidakseimbangan kuasa di rantau Timur Tengah".

"Makin kuat la kau buli orang eh!!!"

Tuesday, October 12, 2010

FESYEN LEPAS RAYA

Syawal dah berlalu.
Macam biasa tempat aku line clear main mercun.
Heh...heh...heh...
Bapak dah macam anak.
Main mercun tak ingat dunia.
Lepas Penyimpan Mohor Besar isytihar "Esok Raya"...
...dum...dam...dum...dam...
Dah macam perang dah.
Asap penuh sampai ke tengah jalan...macam kabus di kala subuh je!

Alhamdulillah...
takde yang putus jari...
takde yang kudung tangan...
takde yang hilang telinga...

Tapi...
Awatnya lepas raya jadi lagu ni jang!!!


p/s : fesyen lepas raya anak sedara...bahana meriam buluh.
"Macam mumia dah aku tengok kau!"

gaya seorang bakal IR

Bila bekerja dalam bidang construction ni, perkara paling utama adalah SAFETY.
Tak kira kau ni kerja kat site ke...atau pun pelawat yang masuk ke site.

Cuba bayangkan tengah duk lalu kat building yang under construction...tiba2...berdebub...batu bata jatuh dari tingkat 5...timpa atas kepala!
Mau meninggal orang tu.
Jangan cakap batu bata la...plier jatuh atas kepala pun bole meninggal.
* tang ni kena mintak ahli fizik kira momentum plier tu bila kena kepala...dengan mengambilkira jarak, (h) tinggi bangunan dengan kepala, halaju, (v) angin dsb.*


So, bagi mereka2 yang pegi ke site...diingatkan...
SAFETY FIRST
Demi keselamatan anda.

Lihat contoh di bawah :
p/s : engineer muda melawat progress kerja di tapak.

Tapi...macam nak pecah perut pulak bila tengok gambar ni :

V
V
V
V
V
V
V


...macam tak kena pulak pesen nyer.

Anyway
SAFETY FIRST

Saturday, October 9, 2010

* JOM JADI FOLLOWER GADIS KAMPUNG *

Alamak...!!! Ada contest la...!!!
Hadiahnya RM101...
Ok la tu...siapa nk bagi kan.
Kalau RM1001 ke...RM1010 ke...lg best kot!
Hehehehehe...lebih2 pulak gua ni...!!!

Cuba je la masuk contest ni. Mana la tau Gadis Kampung berbesar hati nk bagi hadiah...ok gak tu.
Lagi pun Gadis Kampung dah jemput via http://nukilangadiskampung.blogspot.com/
Tak baik tolak jemputan orang...ye tak!

Contest Gadis Kampung ialah contest nk cari follower dia yg ke-1010...sempena anniversary dia.
Aduyai...aku follower ke-146 kot.
Takde chance la gamaknya nih...!!!
Takpe...takpe...join je contest ni. Bukan rugi pun.
At least...selalu jugak aku lepak kat blog dia.
Blog Gadis Kampung ni menarik...tak banyak gadget...tak lambat nak bukak blog dia nih...tak banyak cekadak * kalau banyak gadget, lama sehhh nak tunggu*.

p/s : dapat la hendaknya hadiah dari Gadis Kampung....Aminnnnnn.

Ehhh...mcmana nk copy banner Gadis Kampung nih...!!!!

Friday, October 8, 2010

BILA IDEA TAK MARI

Dah lama tak berblog * bz sgt la tu konon *.
Heh heh heh...tapi memang betul.
Lepas cuti-cuti raya ni...banyak pulak kerja nak di'settle'kan *elehhh...bulan puasa aritu kan dah banyak relax*.
Nak ber'blogging' pun tak sempat...tak larat nak pikir apa yang nak ditulis *tapi sempat surf blog follower & di'follow'*.
Aku merapu sekarang ni pun kira takde idea nak tulis la ni...

Ok la...
Aku nak solat maghrib dulu.
Malam kang tengok la nanti...kalau rajin, aku sambung.
Kalau rajin tido...
...aku ZZZZZ jek!!!

Wednesday, September 29, 2010

Korang Tak Ingat Ke...???

Esok 30 September 2010...
penghujung bulan September...
dah nak masuk Oktober pulak.

September...dunia akan tertumpu pada peristiwa yang sekaligus merubah tanggapan dunia barat ke atas dunia Islam.

Apalagi...

Peristiwa Serangan World Trade Center 11 September 200...
Tahun beerapa ek? 2000 ke...2002?? Tak ingat pulak!

Rata-rata dunia akan ingat peristiwa tu yang mengorbankan lebih 3000 orang.

Rata-rata terutamanya Negeri-negeri Bersatu Amerika (United States of America @ USA) akan mengadakan majlis memperingati peristiwa tu.

Siap dengan kalungan bunga lagi kat bekas tapak World Trade Center.

Ada jugak malaun yang siap nak bakar Al-Quran lagi!...Subhanallah.

Tapi...

Ramai yang tak ingat peristiwa yang hampir sama musibahnya.
Sampai nak abis bulan September...takde siapa pun yang nak buat majlis memperingati peristiwa tu.
Takde siapa pun yang nak letak kalungan bunga kat bekas tapak peristiwa tu.

Apalagi...

Peristiwa Sabra & Shatilla 16 September 1982

Takpe lah...

Biar aku sorang yang hadiahkan Al-Fatihah kepada mangsa-mangsa Zionis di bawah arahan Ariel Sharon (Menteri Pertahanan pada ketika tu)...

Amin.


Saturday, September 25, 2010

BUTTON PUN BUTTON LAH!!!

Kejadian dipercayai berlaku semasa aku solat Jumaat.
Patut la aku tengok lain macam jek crocs aku.

Button kena rembat


Thursday, September 23, 2010

Beautilicious: :: Syirik..ramai yang tidak sedar....maka bacalah! ::

Entri ni aku baca dari blogger yg selalu aku pegi melawat.
Untuk semua...jom baca dan renung2kanlah.
Adios...

Beautilicious: :: Syirik..ramai yang tidak sedar....maka bacalah! ::

Wednesday, September 22, 2010

JANGAN MAIN-MAIN DENGAN FATIHAH

Para Jumhur Ulama' telah memutuskan bahawa adalah haram dan berdosa untuk menukar atau mengubah tulisan Al-Quran kepada tulisan rumi.

Kerana tulisan rumi tidak dapat mengenengahkan hukum tajwid yang menjadi dasar kepada pembacaan Al-Quran yang betul.

Berhati-hati bila membaca Al-Fatihah.

Silap baca...secara tak sengaja kita akan sebut nama syaitan atau iblis.

Nama syaitan dan iblis yang dimaksudkan ialah :

dulillah, hirob, kiyaum, kana', kanas, ta'alaihim & bi'alaihim

Kat mana dalam Al-Fatihah kita boleh jumpa nama-nama ni???
Jom sama2 kita tengok...

Contoh pembacaan Al-Fatihah jika di'rumi'kan :
(tanda '/' menunjukkan tempat dimana kita biasanya memotong kalimah atau sukukata. Kalau di dalam jawi, tanda '/' adalah di kalimah atau sukukata yang berbeza) :

* Alham/dulilla/hirob/bil/a'lamin

* Mali/kiyaum/iddin

* Iyya/kana'/budu Waiyya/kanas/ta'in

* Sirotollazinaan'am/ta'alaihim

* Ghoirilmaghdu/bi'alaihim



p/s : Maklumat di atas adalah untuk tujuan kebaikan. Menggunakan nama-nama syaitan/iblis di atas sebagai nama band black/death metal adalah di luar tanggungjawab penulis.


* Alhamdu/lillahi/robbil/a'lamin

* Maliki/yaumiddin

* Iyyaka/na'budu Waiyyaka/nasta'in

* Sirotollazinaan'amta/'alaihim

* Ghoirilmaghdubi/'alaihim

INDAHNYA FATIHAH

Al-Fatihah mengandungi :

7 Ayat,
27 kalimah,
140 huruf

Hanya 7 huruf yang tidak kedapatan iaitu :

Tha,
Jim,
Kho,
Zai,
Fa,
Shin,
Za

Kerana 7 huruf ini mempunyai kaitan dengan nama Neraka :

Thabur,
Jahim/Jahannam,
Kholidin,
Zamharir,
Fariqoh,
Syaqowah,
Zulmah

Tuesday, September 21, 2010

GOOD...GOOD...GOOD...



...HAIL...

THE BIRTH OF CHAOS

Perrrggghhhh...
Tajuk entri tak agak2.
Macam tajuk lagu Thrash/Death/Industrial/Black Metal.

Sebenarnya aku nak ceritakan pasal pertubuhan Yahudi yang mula2 ditubuhkan sebelum dari Zionis lagi.

Pertubuhan yang ditubuhkan sejak pada zaman Nabi-nabi lagi.

Pertubuhan yang motif utamanya menentang agama selain dari agama Yahudi.

Pertubuhan yang secara realitinya lebih ganas dan kejam dari Zionis.


Tapi...
Nanti la ye aku sharekan.

Korang tengok dulu image ni.
Sure dah tau pertubuhan apa.


Siapa Ada Nampak???



Mana nk carik menatang nih...!!!
Jenuh pegi rata2 hypermarket...x jumpe2.

Monday, September 20, 2010

Salah Kempen



Aku mmg cukup setuju dgn berita dari tajuk akhbar ni. Mmg patut sangat diadakan kempen mcm ni.
Tengok je la fesyen girls nowadays. Bukan setakat nmpk underwear yg bermacam-macam brand...Renoma la...dan ntah apa2 lg la.
Ada yg nmpk tali je...G-String
Dan lebih dahsyat lagi siap nmpk lurah dendam...perghhhh!!!
Jgn ckp aku...pak haji dan pak lebai pun bole gigil!!!
Tak kira lg ada lurah dendam yg berkarat...ishhhh!!!
Ditambah pulak dgn angin lintang yg sedia ada...huuuu!!!



Kalau dah tahap mcm tu...jgn la salahkan sangat pada kaum Adam eh...!!!
Kitaorang ada nafsu beb...setan pulak duk keliling kitaorang. Iman kitaorang tipis macam kulit bawang.


Ehhh...??? Tp awatnya kempen ni utk lelaki pulak!!!


Patutnya untuk pompuan kan???

NAMPAK LAIN KE?

Cuti hari raya adalah waktu yg cukup sesuai utk berkumpul dgn sedara mara.
Rasanya ramai yg setuju dgn statement aku sbb kalau cuti-cuti lain mcm raya cina ke...deepavali ke...thaipusam ke...hari kebangsaan ke...ramai yg dapat cuti tp tak dapat balik kampung.
Dan bila dh berkumpul ramai2...mcm2 la cerita yg keluar. Termasuk jugak aku. Nak tau cerita apa???
Heh...heh...heh...

"Apasal aku tgk muka kau mcm lain jek? Agak lain mcm jek texture kulit muka kau. Kau cucuk botox eh? Tak pun pki susuk eh?"

Chissss...agak kurang berlapik mulut manusia nih! Ada kang yg mkn ketupat cicah rendang gigi ni kang!

"Wak luuuu! Mana ada beb. Gua manusia beriman...tak main la susuk2 ni. Botox utk org yg byk duit bole la!"

Hahaha...kulit muka gua cantik eh?...hahaha.
Cantik amendenya? Bekas jerawat ada la...parut mafia lg.

Kulit aku mmg sensitif sikit. Kena jaga elok2. Tapi...al-maklum, lelaki macam aku mana nk tgk benda2 renyah mcm ni semua. Sikit2 tu ada la. Kena pulak keje aku lasak. Tu yg texture kulit muka terjejas.

Sebelum ni ada la set penjagaan diri aku guna tp yg biasa2 jek. Aku bukan artis pun...hahaha.

Anyway...aku setuju sgt2 dgn korang punya komen. Texture kulit muka aku nmpk lebih 'mengancam' nowadays. (puji diri sendiri...nk harap org lain puji? isshhh...buruk perangai). Tqtqtq...heh heh heh. Ok la sikit. Tu pun lepas guna produk ni...1 hari dh nmpk kesan. Power sehhh...berbaloi. Parut mafia/lanun pun dh mcm x berapa clear lg (kira bole tengok pakai pembaris ukur garnier la). Ermmm...kira puas hati lah!




Tu untuk penjagaan luaran. Untuk dalaman pun aku ada guna. Dan, mmg dh lama aku guna. Jaga luaran tak cukup beb. Dalaman pun kena jaga. Serupa la macam 'maaf zahir dan batin'. Zahir je tak cukup.


Kalau korang nk guna @ cuba produk ni bole contact aku. Berbaloi beb...tak rugi. Alahhhh...korang ni. Time2 raya melaram ratusan ringgit bole pulak...! Takkan untuk penjagaan diri tak bole ber'habis' sikit kot.

SELAMAT HARI RAYA

Monday, September 6, 2010

MASIH TERSERLAH "SKILL"MU

Semalam sambil menunggu waktu berbuka...tak tau nak buat apa.
"Tak tau nak buat apa?!?!?"
Statement yang sepatutnya dibalas dengan backhand smash!!!
Patutnya, bawak2 la ngaji ke kan! Lebih la sikit pahala tu...
Heh heh heh...

Hahhh...ni siapa punye magic cube???
Tengok condition macam dah lama tu...sompek sana...sompek sini.
Awat?? Tension tak dapat buat la tu.
Mehhh...bak mai aku try surround. Kot kot masih berbisa skill aku!!!


V
V
V
V
V
V



Tadaaaaa...
Hohohoho...
Berjaya Mengekalkan Kegemilangan Lampau

MASIH TERSERLAH SKILLMU

Wednesday, September 1, 2010

TAK BOLE JADIK NI...KENA UBAH SIKIT NI.

wahhh...x bole jadik nih!
x brape nk cukup...byk commitment.
ada je benda nk kena buat.
banyak yang keluar dari masuk.
dekat2 raya ni ok la...masyuk sikit.
lepas raya...?
apa cerite...?
x kan nk duk kat takuk lama.

malam ni jumpe kawan lama.
nampak macam ada peluang utk aku...
...peluang utk orang macam aku yang x berape nk rajin ni.

harapan besar aku dlm bisnes ni!
yang penting aku kena usaha lebih...
...dan yg penting...
...x lah lebih sangat usaha.

NANTI AKU SHARE DENGAN KORANG YANG BERNAMA 'SAHABAT'.

gua caLU sama YA...heh heh heh

Ramadhan tahun ni aku memang puashati dengan salah satu program 'sementara menunggu waktu berbuka'...macam program Jejak Rasul la jugak.
U all mesti tau program tu.
Program yang memaparkan kisah YAHUDI.
Kalau tak silap...YAHUDI DAN BANI ISRAEL.

Antara lain kandungan program tu yang buat aku teruja adalah...

TANAH PALESTIN ADALAH HARAM UNTUK YAHUDI...berdasarkan perintah Allah ke atas kaum Nabi Musa yang sesat dan kufur.

JUDAISM BUKAN ZIONISM...berdasarkan ulasan ahli pertubuhan Yahudi yang anti-zionist iaitu Naturei Karta.

Besar harapan kiranya pembohongan Zionist mendapat perhatian dan tindakbalas aktif masyarakat dan kuasa dunia.

Untuk TV3...gua caLU sama YA!!! Keep it up, bro!!!

p/s : kau dah lapo eh Mi??? bahasa apa kau pakai ni???



Friday, August 27, 2010

Dah Dekat Nak Raya Ni...

Tinggal 2 minggu je lagi nak raya.
Dengar macam lambat lagi...macam tak lama je lagi pun ada jugak.
Dah 39 tahun sambut raya...rasa suasananya tetap macam dulu jugak...HAPPY, GEMBIRA, SAYU...bercampur-campur.

Bila sebut raya je...banyak benda nak kena readykan untuk mak, ayah, family.
Ni yang den fenin ni...sebab belum beli lagi.

Aku punya ada la...
Nak tau apa bendanya...???

Ni ha...!!!


MURAH JE...RM10 DAPAT 3

OK TAK???

Thursday, August 26, 2010

BLOG DAH BERHABUK

Bulan-bulan puasa ni aku mmg ada sikit berat nak berblog
Pasal tu la dah lama aku x update blog aku ni
Bukan apa...
Balik dari site...ni la time yang sesangat la sesuai utk melelapkan mata
Dibuai air-cond 16 darjah celsius
Bersandarkan kerusi empuk
Nak online pun malas
Nanti ter'surf' benda yang bukan2 pulak
Lagi kurang pahala puasa aku ni....

ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ

Wednesday, August 18, 2010

BERANGAN JE LE KAU NI...

Sesuai sangat la tajuk entri ni dgn aku...
Bukan calang-calang punye berangan...tapi berangan tahap gaban!!!
Memang tahap gaban kategori tak ingat dunia...
Heh heh heh...
Pasal ni ha...!!!

Kan aku dah cakap berangan tahap gaban!!!
Gaban pun tak berangan macam tu.

Ni satu lagi...!!!




Yang sebenornya, aritu aku drive nak pegi keje...
ikut highway...ikut lane kanan...lari 150km/j (kire abih laju la tu konon).

Tengah syok2 memotong sambil dengar lagu Amr Diab...tengok cermin pandang belakang.

"Hisss...laju semacam jek kereta dari belakang aku ni".
Kejap je nampak besor kat cermin.
Aku terus masuk lane kiri.

Perrrghhhh....
Vroom...vroom...vroom...
Ada la lebih kurang 20 bijik Ferrari tengah konvoi.
F40...Modena...Testa Rossa...semua model ada.
Plat no. JFF1...QMH11...BKU6...dan macam2 no. sikit yg menandakan bukan calang2 orang yg drive kereta tu.
Agaknya harga plat no. tu sama dgn harga kereta aku ni.

Kena kawen dgn anak sultan baru aku bole pakai kereta ni kot???
Memang sah kau berangan Mi....

Friday, August 13, 2010

BULAN PUASA...ENTRI PUN PUASA KE...

Bulan puasa ni takde idea pulak nk buat entri apa...
Actually ada...tp malas nk penatkan kepala memikir what to write.
Salah tulis...lari fakta...naya je!!!
Jalan2 pegi blog kengkawan pun ok la.
Dapat la baca entri kengkawan...buat ilangkan ngantuk.

Dah kul 6.05 petang...
Sejam lg nk berbuka.
Arini x yah pikir apa nk beli kt bazaar.
Ada orang sponsor...

Nk makan apa ek???
"Chocolate Lover"
"Spaghetti"
"Lamb Chop"


Hmmmm...duk kt sana la baru pikir nk makan apa!!!

Wednesday, August 4, 2010

ANAK SAPA LA NI EK?


Jam pukul 3 pagi...konkrit x abis lg.
Bosan pulak menunggu.
Lastly, buat la entri yg x sepertinya ni.

Balik kampung atuk kat batu pahat.
Jumpa pulak gambar dolu-dolu.
Dah nampak tanda-tanda nak rosak...nasib baik tak koyak.
So...aku snap je. Bole simpan dlm pc.
Tak pun simpan kat arkib negara.

Keh...keh...keh...
Gambar masa umur aku 7 tahun (rasa2nya la kot!)
Anyway, cute gak :)

Tuesday, August 3, 2010

"KENGKAWAN, COULD U DO ME A FAVOUR PLS"


Aritu aku balik bpahat. Atuk pompuan (orang lain panggil nenek) kesayangan aku kembali ke rahmatullah. Maka, kurang la sorang warisan bugis dlm family tree aku.
Tp hal ni xde 'kene menenge' dgn tajuk di atas...mau pun gambo yg tertera nun.

Masa kt rumah atuk aritu, abg aku bluetooth gambo ular tedung selar kepala lima tu.

Dia pun dpt dari hpon mmbr dia via bluetooth.
Ceritanya macam ni....

"Empunya hpon (mmbr abg aku) dpt mimpi suruh datang rumah makcik dia (lokasi aku terpaksa rahsiakan).

Dlm mimpi tu...arahan diterima sebab nak tunjukkan sesuatu di belakang rumah makcik dia.

Mmbr ni pun pegi.
Sampai rumah...bagi salam...masuk...terus menonong bukak pintu dapur.

Zassss...makhluk tu kat atas penutup lurang najis. Snap sekali...berundur tanpa menoleh ke belakang. Agak2 selamat...toleh belakang nak panggil makcik dia. Toleh depan balik...makhluk tu dah takde."

Aku musykil dgn gambar tu.
Ni yang nak mintak tolong kat korang ni.

PLEASE REPLY/INFO KALAU2 KORANG PENAH TERIMA GAMBAR NI VIA EMAIL ATAU ANY OTHER SOURCES.

Aku macam susah nak percaya. Mana la tau...SUPERIMPOSE ke kan!

Wednesday, July 28, 2010

HAIL TO IRAN

Malam tadi aku rasa teruja sangat...tengok Astro 553-National Geographic.
Nak tau pasal apa?

Malam tadi segmen "Don't Tell My Mother" (jangan bagitau kat mak aku!)
...mengisahkan lawatan ke Iran, sebuah Republik Islam yang sehingga kini menjadi negara yang paling kuat memusuhi Israel.
Sehingga kini menjadi satu-satunya negara yang mempunyai visi yang cukup berani - MENGHANCURKAN ISRAEL.

Dalam segmen tu ada diselitkan tentang komuniti Yahudi yang menetap di Iran.
Apa yang aku terlopong ialah pasal komuniti Yahudi di Iran yang...
...hidup aman bersama bangsa lain tanpa gangguan dari kerajaan.
...bebas bergaul tanpa permusuhan.
...bebas beragama - terdapat 25 buah Synagogue (tempat ibadat Yahudi) di Iran.
...bebas berpolitik - ada kerusi di parlimen.

Sehinggakan penulis rancangan tu macam tak percaya dengan apa yang dia tengok di Iran.

p/s : salah sebuah Synagogue (bukan di Iran)

Kesimpulan yang aku dapat dari rancangan tu...

...Barat menggambarkan Iran sebagai negara Paksi Kejahatan kerana visi Iran untuk menghancurkan Israel atau Yahudi, hanyalah propaganda Barat supaya dunia melihat Iran sebagai amat merbahaya.

...komuniti Yahudi di Iran menolak tanggapan bahawa Iran sebagai memusuhi Yahudi secara keseluruhan. Iran hanya memusuhi Yahudi Zionis sahaja - yang mempunyai visi untuk menghancurkan semua bangsa dunia.



Kepada insan yang bernama Mahmoud Ahmadinejad dan Ayatollah Ali Khamenei...

"I SALUTE U...MAY ALLAH BLESS U...HAIL TO IRAN"

Tuesday, July 27, 2010

LU GUA PUNYE....

Mungkin kebanyakan daripada kita hanya tahu Zionis adalah satu2nya gerakan Yahudi yang bergerak untuk orang2 Yahudi.
Mungkin juga ada yang tahu bahawa Freemason juga gerakan Yahudi yang mempunyai tujuan yang sama.
Cuma kita tak biasa dengar Freemason.
Zionis tu memang selalu dengar.
Dalam kes ni, tak boleh nak salahkan sesiapa sebab;

1. Kat media massa kerap keluar berita tentang Zionis. Ada dengar berita tentang Freemason??
2. Zionis bergerak secara terang2an. Freemason secara sembunyi atau halus.

Secara kasar, Freemason dibahagi2kan kepada banyak pertubuhan yang bersifat kebajikan untuk mengaburi pergerakan gerakan itu sendiri.

Aku akan sharekan tentang Freemason. Tapi bukan sekarang. Cukup dengan info kat bawah ni dulu.


p/s : muka depan USD1


p/s : muka belakang USD1

Not US ni direkacipta oleh Pat Robertson.
Seorang anggota Freemasonry daripada Pertubuhan Illumanity.

Kat belakang not ni ada lambang piramid dan tulisan2 lain.
Keseluruhan lambang dan tulisan2 ini merupakan lambang Pertubuhan Illumanity.

v
v
v
v
v
v
v

Lambang piramid merujuk kepada "The Great Pyramid" di Giza, Mesir.
Piramid adalah lambang ilmu sihir dan diketahui berdasarkan batu2 piramid yang disusun di dalam 13 barisan.
Lambang piramid juga merujuk kepada piramid yang terdapat di Segitiga Bermuda yang menjadi tempat tinggal Dajjal laknatullah, yang merupakan pusat pemerintahan Iblis.

Tarikh pada tapak piramid menunjukkan tarikh penubuhan secara rasmi Pertubuhan Illumanity oleh Adam Weishaupt pada 1 Mei 1776. Bukannya merujuk kepada tahun kemerdekaan Amerika Syarikat pada 4 Julai 1776.

Simbol air yang mengelilingi piramid adalah air laut di sekitar Segitiga Bermuda.

Simbol mata di puncak piramid melambangkan mata tuhan Lucifer (Iblis) yang sedang memerhatikan seluruh alam semesta.
---- (maknanya...bila USD sebagai tukaran utama wang, "mata" ada dimana-mana).

Perkataan "NOVUS ORDO, SECLORUM" bermaksud "ORDER BARU SEKULAR".

Perkataan "ANNUIT COEPTIS" bermaksud "PERJUANGAN (PAKATAN SULIT) KITA UNTUK ORDER BARU SEKULAR".

Nanti aku sharekan dengan korang tentang pertubuhan2 lain yang mempunyai agenda atau hala tuju yang sama dengan Zionis.

Tak perasan kita semua dah dikuasai Yahudi secara halus hingga susah nak menidakkannya.
Dan, Yahudi ketawa terbahak-bahak ibarat Lucifer...

..."Lu orang kutuk kita orang pun kita orang tak kisah punye. Lu orang kita dah pegang maa...!!!"

Friday, July 23, 2010

NI GRAFITI @ VANDALISME NI...

Tengah duk ronda2...jumpa pulak hasil seni mat-mat indon.
Ni kira Grafiti ke Vandalisme ni???


Patut la aku tengok terhegeh-hegeh buat keje.
Rupa2nya korang belum dapat gaji la ye...
Kesian korang.
Aku nak tegur cara korang buat keje pun rasa macam tak sampai hati pulak.
Abistu nak buat macamana?
Kalau aku tak tegur korang...aku pulak yang kena tegur.
Aku kena jaga periuk nasik aku jugak.

Macam ni lah!!!
Korang buat mogok la...
Biar Main Contractor kelam kabut sikit.
No Money No Talk

:
:
:
:
:
:



Tapi yang ni aku sangat-sangat tak setuju!!!
Amende pulak Salary First???
Safety First la...!!!
Kalau tak safe...korang tak dapat pegang salary jugak...
Dah mati katak jatuh dari tingkat 8...macamana nak pegang duit salary tu!!!

Thursday, July 22, 2010

BOSAN TAHAP GABAN

Now ni aku kat Nissan Service Center Johor Jaya.
Customer terawal adalah aku...Helmi Sulaiman.
8.25am dah terconggok kat waiting room...center bukak 8.30am.
Kira kereta aku yang the first masuk dock.
Tapi start digodeh pukul 9am...sampai la ni tak siap2 lagi.
Staff n foremen datang lambat coz hujan melanda JB...jammed teruk.
Waduhhhh...bosan sehhh.
Aircond pulak tu sejuk macam kat kutub utara...ditambah hujan pulak kat luar nun.
Warghhh...bosan menunggu!

:( :( :( :( :( :( :( :( :(

Nasib baik awek receptionist ni cun!
:) :) :) :) :) :) :) :) :)

MUSIM RAMAI ORANG DEMAM

Sekarang ni musim ramai org demam.
Tak kira org dewasa atau budak kecik. Kalau org dewasa demam bole la control sikit...tang budak kecik yang ada rumit sikit.
Nak layan kerenah dia.
Apa bole buat...dah tanggungjawab.
Pandai 'bikin'...pandai la jaga!!!
(kira aku ni category bertanggungjawab la ni....warghh...warghh...warghh...puji diri sendiri!)

Minggu ni 2 org anak aku demam sekaligus.
The only 5 years old girl and the youngest 3 years old boy.

Yang boy ok la jugak...degree 38.9 (celsius ke fahrenheit ek?)
Tapi lasak sikit dia ni.
Jumpa doktor...backside insertion je...dah ok.
Siap bole panjat2 dalam bilik doktor.



Yang girl ni pulak...degree tinggi...40.0
Terperanjat beruk aku.
Patut la lemah je dia.
Lebih2 lagi dia ni ada manja lebih (girl la katakan!)
Kena pasang mask, dah gembeng.
Hahaha...girl...girl...

Hopefully, semuanya ok arini.
Aku pun rasa macam nk demam ni. Ongkosnya tinggi sehhhh!!!
Lebih2 lg kereta pun nak demam ni.
Sebelum kreta ni demam...baik aku gi hantar klinik.

MAINTENANCE ORANG TINGGI TAKPE...
JANGAN MAINTENANCE KERETA YANG TINGGI...

Tuesday, July 20, 2010

SHALOM URSHALEM

Pagi tadi terdengar lagu Zubir Ali...tak ingat pulak tajuknya.
"...Munir ditembak penuh luka tapi ajalnya belum tiba..."
Lagu pasal Peristiwa Sabra dan Shatilla...17 September 1982.

(sure ramai tak ingat...11 September 2002 ingat pulak tu!!!)

Disebabkan tak ingat lirik lagu tu...aku share puisi ni...

Shalom Urshalem, Shalom Al-Aqsa

1400 tahun lalu kau dibebaskan dek cengkaman salib-salib Romanise Tiranis
Oleh Khalid dan Umar al-Farooq

800 tahun lalu pula kau diselamatkan oleh Qutz
Dari digigit dan dimamah oleh Tatar al-Barbarik

Sejurus itu juga kau dibebaskan dan disucikan
Sekali lagi dari tangan-tangan najis Solibiyyin
Oleh Sallahuddin

Namun kini
tika Sang Khakham, Rabi-rabi, pengganas dan pemalsu Taurat
Menajisi dataranmu
Merancangkan keruntuhanmu
Seinci demi seinci

Dimana Khalid!!!
Dimana Umar!!!
Dimana Qutz!!!
Dimana Sallahuddin!!!

Hanya darah hangat si Khalid-Khalid yang kerdil mengalir
Dan membasahi tanah suburnya
Membajai benih-benih syuhada
Yang bakal melahirkan ratusan Khalid, ribuan Umar dan jutaan Sallahuddin
Di serata dunia, menyahut seruan
INTIFADA kali kedua

Namun
Apakah Khalid yang dinanti...
Bertangan kanankan Coca Cola dan Pepsi, di kirinya ayam KFC?
BerT-shirtkan Black Metal, Thrash dan juga artis-artis seksi?
Berseluar gengsi?
Bercukur keningnya?
Berambut dye perang?
Ber'contact lens'kan biru laut?
Berzikirkan West Life, Madonna, KRU, Awie dan Erra Fazira?
Hollywood kiblatnya?
Hip hop, Punk, Rap, Metal, Thrash, Liberalisme syariatnya?
Britney Spears idolanya?
Disko, panggung wayang, shopping complex dan gym masjidnya?
Seks bebas amalan hidupnya?
Pergaulan bebas ikutannya?
Alkohol zam-zamnya?
Superstar-superstar para anbiyanya?
Celebrity-celebrity para rasulnya?
FHM, URTV, Mangga, Ujang dan majalah-majalah hiburan Qurannya?

Mana mungkin ini Khalid kita!
Mana mungkin ini Umar kita!
Mana mungkin ini Sallahuddin kita!

Tapi...
Bagaimana pula janji Allah?!!

"Tidak akan datang hari kiamat sehinggalah kamu!!! Berperang, mengganyang, membantai, memusnahkan kaum Yahudi, lantas mereka bersembunyi di balik kayu dan batu. Sehinggalah batu dan kayu berkata: Wahai...muslim, wahai...Abdullah, ayuh kemari, di belakangku ada Yahudi...Bunuhnya!!!"

Janji Allah pasti benar
Janji Rasul juga benar
AlQuran itu benar
Al-Sunnah juga benar

Tapi bila?
Bagaimana? Dimana? Siapa?
Aku, atau kamu, atau mereka?

Yang pasti...kita kerja dan terus kerja dan terus kerja
Sehingga al-Aqsa kembali menjadi milik kita
SHALOM Urshalem...
SHALOM Al-Aqsa...

MASZLEE, 8 Februari 2001
Malam al-Quds, MMC,
Quranic Language Department,
Pusat Matrikulasi UIA,
Petaling Jaya