Wednesday, July 28, 2010

HAIL TO IRAN

Malam tadi aku rasa teruja sangat...tengok Astro 553-National Geographic.
Nak tau pasal apa?

Malam tadi segmen "Don't Tell My Mother" (jangan bagitau kat mak aku!)
...mengisahkan lawatan ke Iran, sebuah Republik Islam yang sehingga kini menjadi negara yang paling kuat memusuhi Israel.
Sehingga kini menjadi satu-satunya negara yang mempunyai visi yang cukup berani - MENGHANCURKAN ISRAEL.

Dalam segmen tu ada diselitkan tentang komuniti Yahudi yang menetap di Iran.
Apa yang aku terlopong ialah pasal komuniti Yahudi di Iran yang...
...hidup aman bersama bangsa lain tanpa gangguan dari kerajaan.
...bebas bergaul tanpa permusuhan.
...bebas beragama - terdapat 25 buah Synagogue (tempat ibadat Yahudi) di Iran.
...bebas berpolitik - ada kerusi di parlimen.

Sehinggakan penulis rancangan tu macam tak percaya dengan apa yang dia tengok di Iran.

p/s : salah sebuah Synagogue (bukan di Iran)

Kesimpulan yang aku dapat dari rancangan tu...

...Barat menggambarkan Iran sebagai negara Paksi Kejahatan kerana visi Iran untuk menghancurkan Israel atau Yahudi, hanyalah propaganda Barat supaya dunia melihat Iran sebagai amat merbahaya.

...komuniti Yahudi di Iran menolak tanggapan bahawa Iran sebagai memusuhi Yahudi secara keseluruhan. Iran hanya memusuhi Yahudi Zionis sahaja - yang mempunyai visi untuk menghancurkan semua bangsa dunia.



Kepada insan yang bernama Mahmoud Ahmadinejad dan Ayatollah Ali Khamenei...

"I SALUTE U...MAY ALLAH BLESS U...HAIL TO IRAN"

2 comments: