Showing posts with label Crusade. Show all posts
Showing posts with label Crusade. Show all posts

Tuesday, May 24, 2011

Pra-Perang Salib III - Battle of Hattin 1187

Salahuddin Al-Ayubi


Susulan Perang Shufuriyyah, Raja Tentera Salib - Gay Louzgnan telah bergerak dari Jerusalem ke Tabariah bagi menghadapi Tentera Salahuddin. Memang menjadi taktik Salahuddin untuk memastikan Tentera Salib keluar dari Jerusalem...untuk ditentang habis-habisan.

Walau bagaimanapun, Tentera Salib tidak dapat mara ke Tabariah kerana taktik Tentera Salahuddin yang bermarkas di tebing sungai. Tentera Salib terpaksa berhenti di Hattin berhari-hari sehingga kehabisan bekalan air.

Tanggal 4 Julai 1187, berlakulah pertempuran yang ditunggu-tunggu Salahuddin setelah hampir 50 tahun mempersiapkan kekuatan.

Kekalahan teruk kepada Tentera Salib dengan tertawannya Raja Tentera Salib serta Arnat yang halal darah nya berikutan kecabulan menghina Nabi Muhammad SAW.



Kingdom of Heaven - a non-bias film ever



p/s : Sumber - Rahsia Baitul Maqdis Palestine

Monday, May 16, 2011

Pra-Perang Salib III - Bhg. 2


Perjanjian Arnat - Satu Perlanggaran Gencatan

Pada 1187 Masehi, Pasukan Salib telah melanggar perjanjian dengan menyekat kafilah Muslim yang membawa barang-barang dagangan dari Mesir ke Damsyiq.

Salahuddin meminta barang-barang dagangan dipulangkan dan dibalas dengan keangkuhan Arnat dengan berkata, "Beritahu kepada Muhammad (Nabi Muhammad SAW) agar membebaskan kamu semua".

Keangkuhan Arnat menimbulkan tekad kepada Salahuddin, berjanji kepada Allah SWT akan menghalalkan darah Arnat seandainya diberi kemenangan membebaskan Baitul Maqdis.


Perang Syufuriyyah

Perang berlaku susulan dari akibat keangkuhan Arnat melanggar Perjanjian Arnat.

Seruan jihad dilaungkan Salahuddin kepada seluruh umat Islam dan disambut seluruh wilayah Mesir, Damsyiq, Aleppo, Jazirah (Iraq Tengah), Mosul (Iraq Utara) dan Diyar Bakar (pergunungan Iraq diduduki bangsa Kurdi).

Pada 1187 Masehi, berlakulah perang di Tabariah dan kemenangan gemilang buat Tentera Salahuddin.

Selain dari kemenangan, Perang Syufuriyyah merupakan taktik perang yang sangat berkesan sebagai umpan kepada Tentera Salib keluar dari Jerusalem; dengan keluarnya Tentera Salib pimpinan Gay Louzgnan ke Tabariah bagi menghadapi Tentera Salahuddin.



p/s : sumber ; Rahsia Baitul Maqdis Palestine

Tuesday, May 10, 2011

Pra-Perang Salib III - Bhg. 1



Sebelum tercetus Perang Salib III, telah berlaku beberapa pertempuran antara Tentera Salahuddin dan Tentera Salib. Di pihak Salahuddin, cita-cita untuk membebaskan Baitul Maqdis telah tersemat sejak dari kecil...bertepatan dengan matlamat untuk menegakkan Syariat Agama. Di pihak Tentera Salib yang kufur kepada Allah, sudah pasti bermatlamat untuk menghancurkan Islam...agama yang diturunkan bagi menggantikan Kristian.


PERJANJIAN ARNAT

1182 Masehi - Pasukan Salib bernama Arnat yang menduduki Teluk Ilat dan sebahagian Laut Merah, merancang menguasai seluruh Laut Merah serta pantai yang menghubungkan Palestin dan Hijjaz (Arab Saudi). Bertujuan menguasai tempat suci Islam...Masjidil Aqsa dan Masjidil Haram serta memindahkan Makam Rasulullah SAW ke tempat lain untuk menarik cukai kepada sesiapa yang menziarah.

Sebelum daripada itu, Pasukan Salib telah berkali-kali menyekat kapal-kapal haji dari Afrika dan membunuh semua bakal-bakal haji *semoga roh-roh mereka ditempatkan di kalangan orang yang beriman...amin*.

Justeru Pasukan Salahuddin pimpinan Hisamuddin Lu'lu' menawan Pasukan Salib dan dibawa ke Mesir. Semua tawanan dibunuh sebagai peringatan kepada sesiapa yang berniat melakukan hal yang sama.

Sebahagian Pasukan Salib yang berundur sewaktu serangan Pasukan Salahuddin mengadakan perjanjian gencatan senjata selama 3 tahun dan dikenali sebagai Perjanjian Arnat.



p/s : Sumber; Rahsia Baitul Maqdis Palestine





Tuesday, May 3, 2011

Odyssey Dawn - Part 2 (Perang Salib II)


Perang Salib I dimenangi oleh pihak Tentera Salib pada 1099 Masehi akibat perebutan ke atas Jerusalem dan daerah sekitar oleh 2 pusat pemerintahan Islam iaitu Fathimiyyah di Mesir dan Abbasiyyah di Baghdad.

Walaupun begitu, pada Perang Salib I, hanya kawasan selatan Mesir yang dikuasai Fathimiyyah sahaja dikuasai oleh Tentera Salib di dalam perang tersebut. Kerana kekuatan tentera Islam di kawasan utara masih belum mampu ditewaskan.

Semasa pendudukan Tentera Salib di Mesir, Salahuddin Al-Ayubi bersama bapa saudaranya, Asadudin telah berkali-kali bertempur memerangi Tentera Salib. Sehinggalah pada 1168 Masehi, Tentera Salib berjaya ditewaskan dengan mengepung Istana Fathimiyyah yang diduduki Tentera Salib. Penduduk Mesir kembali hidup aman setelah Salahuddin Al-Ayubi menjadi Perdana Menteri.

p/s : Ilustrasi Salahuddin Ai-Ayubi bersama Tentera Islam


PERANG SALIB II

Perang Salib II tercetus akibat dari kejayaan Salahuddin Al-Ayubi menawan kembali Istana Fathimiyyah dari Tentera Salib. Kegoyahan Tentera Salib mendorong kepada bantuan Perancis, Britain dan Poland untuk melancarkan Perang Salib II ke atas Mesir, dengan gabungan Tentera Salib dan Romawi Byzantium.

Tentera Salahuddin Al-Ayubi pula bergabung dengan bantuan yang dikirim oleh Sultan Nuruddin dari Damsyiq. Sultan Nuruddin sendiri memimpin tentera berasingan dengan memerangi Tentera Salib di bahagian utara Jerusalem. Dengan cara itu, tidak semua Tentera Salib dapat tertumpu di Mesir untuk memerangi Salahuddin Al-Ayubi.

Maka, Tentera Salib gagal untuk mempertahankan Mesir dan Perang Salib II memihak kepada Tentera Islam. 


nota kaki:Jangan gaduh sama sendiri...nanti senang musuh ambik peluang!!! 


p/s : sumber Rahsia Baitul Maqdis Palestine 

Wednesday, March 23, 2011

Odyssey Dawn - Part 1

Bersempena dengan Kempen Odyssey Dawn yang dilancarkan oleh 'Kutu2 Salib' ke atas negara Islam Libya...aku nak sharekan something berkaitan perang yang aku lebih suka namakan sebagai Perang Salib.
Perang yang merupakan dendam golongan kuffar ke atas golongan muslim yang tak akan padam...tak akan berkesudahan sejak dari zaman dahulu lagi.

PERANG SALIB 1 (1099 Masehi)

Kota Jerusalem menjadi wilayah Islam melalui Perjanjian Perdamaian Umariyah pada tahun 636 Masehi. Bersama 4000 tentera Islam, Khalifah Umar r.a. memasuki Jerusalem tanpa sebarang pertumpahan darah...sesuai dengan syarat perjanjian.

Nama Jerusalem ditukar kepada Baitul Maqdis atau al-Kudus Syarif. Umat Islam dan Kristian hidup aman berdampingan dengan mengerjakan ibadah masing-masing. Kecuali Yahudi dilarang tinggal di Baitul Maqdis (juga bersesuaian dengan syarat perjanjian) berikutan sikap Yahudi yang memusuhi Islam dan Kristian.

Selama lebih 400 tahun Baitul Maqdis aman di bawah pemerintahan Dinasti Fathimiyyah...

...sehinggalah rancangan Raja Byzantium; Alexius Cominus Urban II untuk memerangi Islam.

Rancangan terdetik berikutan perebutan kuasa sesama kerajaan Islam ke atas Baitul Maqdis iaitu Dinasti Fathimiyyah di Mesir dan Dinasti Abbasiyyah di Baghdad.

Pertelingkahan diambil kesempatan 150,000 Tentera Salib dari kerajaan Kristian Eropah menyerang Baitul Maqdis pada 7 Jun 1099 Masehi.

Baitul Maqdis jatuh ke tangan Tentera Salib dengan lebih 70,000 umat Islam dibunuh...tak kira lelaki, wanita atau kanak-kanak. Umat Islam yang lari ke Masjidil Aqsa dikejar dan dibunuh tanpa belas ikhsan. Kesemua tempat ibadah Islam dijadikan gereja.

Perang Salib 1 memihak kepada Tentera Salib berikutan pertelingkahan sesama Islam.

Begitulah apa yang terjadi ke atas Libya...yang merupakan negara Islam ketiga yang diinjak Barat, selepas Iraq dan Afghanistan.

p/s : sumber Rahsia Baitul Maqdis Palestine