Tuesday, August 3, 2010

"KENGKAWAN, COULD U DO ME A FAVOUR PLS"


Aritu aku balik bpahat. Atuk pompuan (orang lain panggil nenek) kesayangan aku kembali ke rahmatullah. Maka, kurang la sorang warisan bugis dlm family tree aku.
Tp hal ni xde 'kene menenge' dgn tajuk di atas...mau pun gambo yg tertera nun.

Masa kt rumah atuk aritu, abg aku bluetooth gambo ular tedung selar kepala lima tu.

Dia pun dpt dari hpon mmbr dia via bluetooth.
Ceritanya macam ni....

"Empunya hpon (mmbr abg aku) dpt mimpi suruh datang rumah makcik dia (lokasi aku terpaksa rahsiakan).

Dlm mimpi tu...arahan diterima sebab nak tunjukkan sesuatu di belakang rumah makcik dia.

Mmbr ni pun pegi.
Sampai rumah...bagi salam...masuk...terus menonong bukak pintu dapur.

Zassss...makhluk tu kat atas penutup lurang najis. Snap sekali...berundur tanpa menoleh ke belakang. Agak2 selamat...toleh belakang nak panggil makcik dia. Toleh depan balik...makhluk tu dah takde."

Aku musykil dgn gambar tu.
Ni yang nak mintak tolong kat korang ni.

PLEASE REPLY/INFO KALAU2 KORANG PENAH TERIMA GAMBAR NI VIA EMAIL ATAU ANY OTHER SOURCES.

Aku macam susah nak percaya. Mana la tau...SUPERIMPOSE ke kan!

Wednesday, July 28, 2010

HAIL TO IRAN

Malam tadi aku rasa teruja sangat...tengok Astro 553-National Geographic.
Nak tau pasal apa?

Malam tadi segmen "Don't Tell My Mother" (jangan bagitau kat mak aku!)
...mengisahkan lawatan ke Iran, sebuah Republik Islam yang sehingga kini menjadi negara yang paling kuat memusuhi Israel.
Sehingga kini menjadi satu-satunya negara yang mempunyai visi yang cukup berani - MENGHANCURKAN ISRAEL.

Dalam segmen tu ada diselitkan tentang komuniti Yahudi yang menetap di Iran.
Apa yang aku terlopong ialah pasal komuniti Yahudi di Iran yang...
...hidup aman bersama bangsa lain tanpa gangguan dari kerajaan.
...bebas bergaul tanpa permusuhan.
...bebas beragama - terdapat 25 buah Synagogue (tempat ibadat Yahudi) di Iran.
...bebas berpolitik - ada kerusi di parlimen.

Sehinggakan penulis rancangan tu macam tak percaya dengan apa yang dia tengok di Iran.

p/s : salah sebuah Synagogue (bukan di Iran)

Kesimpulan yang aku dapat dari rancangan tu...

...Barat menggambarkan Iran sebagai negara Paksi Kejahatan kerana visi Iran untuk menghancurkan Israel atau Yahudi, hanyalah propaganda Barat supaya dunia melihat Iran sebagai amat merbahaya.

...komuniti Yahudi di Iran menolak tanggapan bahawa Iran sebagai memusuhi Yahudi secara keseluruhan. Iran hanya memusuhi Yahudi Zionis sahaja - yang mempunyai visi untuk menghancurkan semua bangsa dunia.



Kepada insan yang bernama Mahmoud Ahmadinejad dan Ayatollah Ali Khamenei...

"I SALUTE U...MAY ALLAH BLESS U...HAIL TO IRAN"

Tuesday, July 27, 2010

LU GUA PUNYE....

Mungkin kebanyakan daripada kita hanya tahu Zionis adalah satu2nya gerakan Yahudi yang bergerak untuk orang2 Yahudi.
Mungkin juga ada yang tahu bahawa Freemason juga gerakan Yahudi yang mempunyai tujuan yang sama.
Cuma kita tak biasa dengar Freemason.
Zionis tu memang selalu dengar.
Dalam kes ni, tak boleh nak salahkan sesiapa sebab;

1. Kat media massa kerap keluar berita tentang Zionis. Ada dengar berita tentang Freemason??
2. Zionis bergerak secara terang2an. Freemason secara sembunyi atau halus.

Secara kasar, Freemason dibahagi2kan kepada banyak pertubuhan yang bersifat kebajikan untuk mengaburi pergerakan gerakan itu sendiri.

Aku akan sharekan tentang Freemason. Tapi bukan sekarang. Cukup dengan info kat bawah ni dulu.


p/s : muka depan USD1


p/s : muka belakang USD1

Not US ni direkacipta oleh Pat Robertson.
Seorang anggota Freemasonry daripada Pertubuhan Illumanity.

Kat belakang not ni ada lambang piramid dan tulisan2 lain.
Keseluruhan lambang dan tulisan2 ini merupakan lambang Pertubuhan Illumanity.

v
v
v
v
v
v
v

Lambang piramid merujuk kepada "The Great Pyramid" di Giza, Mesir.
Piramid adalah lambang ilmu sihir dan diketahui berdasarkan batu2 piramid yang disusun di dalam 13 barisan.
Lambang piramid juga merujuk kepada piramid yang terdapat di Segitiga Bermuda yang menjadi tempat tinggal Dajjal laknatullah, yang merupakan pusat pemerintahan Iblis.

Tarikh pada tapak piramid menunjukkan tarikh penubuhan secara rasmi Pertubuhan Illumanity oleh Adam Weishaupt pada 1 Mei 1776. Bukannya merujuk kepada tahun kemerdekaan Amerika Syarikat pada 4 Julai 1776.

Simbol air yang mengelilingi piramid adalah air laut di sekitar Segitiga Bermuda.

Simbol mata di puncak piramid melambangkan mata tuhan Lucifer (Iblis) yang sedang memerhatikan seluruh alam semesta.
---- (maknanya...bila USD sebagai tukaran utama wang, "mata" ada dimana-mana).

Perkataan "NOVUS ORDO, SECLORUM" bermaksud "ORDER BARU SEKULAR".

Perkataan "ANNUIT COEPTIS" bermaksud "PERJUANGAN (PAKATAN SULIT) KITA UNTUK ORDER BARU SEKULAR".

Nanti aku sharekan dengan korang tentang pertubuhan2 lain yang mempunyai agenda atau hala tuju yang sama dengan Zionis.

Tak perasan kita semua dah dikuasai Yahudi secara halus hingga susah nak menidakkannya.
Dan, Yahudi ketawa terbahak-bahak ibarat Lucifer...

..."Lu orang kutuk kita orang pun kita orang tak kisah punye. Lu orang kita dah pegang maa...!!!"

Friday, July 23, 2010

NI GRAFITI @ VANDALISME NI...

Tengah duk ronda2...jumpa pulak hasil seni mat-mat indon.
Ni kira Grafiti ke Vandalisme ni???


Patut la aku tengok terhegeh-hegeh buat keje.
Rupa2nya korang belum dapat gaji la ye...
Kesian korang.
Aku nak tegur cara korang buat keje pun rasa macam tak sampai hati pulak.
Abistu nak buat macamana?
Kalau aku tak tegur korang...aku pulak yang kena tegur.
Aku kena jaga periuk nasik aku jugak.

Macam ni lah!!!
Korang buat mogok la...
Biar Main Contractor kelam kabut sikit.
No Money No Talk

:
:
:
:
:
:



Tapi yang ni aku sangat-sangat tak setuju!!!
Amende pulak Salary First???
Safety First la...!!!
Kalau tak safe...korang tak dapat pegang salary jugak...
Dah mati katak jatuh dari tingkat 8...macamana nak pegang duit salary tu!!!

Thursday, July 22, 2010

BOSAN TAHAP GABAN

Now ni aku kat Nissan Service Center Johor Jaya.
Customer terawal adalah aku...Helmi Sulaiman.
8.25am dah terconggok kat waiting room...center bukak 8.30am.
Kira kereta aku yang the first masuk dock.
Tapi start digodeh pukul 9am...sampai la ni tak siap2 lagi.
Staff n foremen datang lambat coz hujan melanda JB...jammed teruk.
Waduhhhh...bosan sehhh.
Aircond pulak tu sejuk macam kat kutub utara...ditambah hujan pulak kat luar nun.
Warghhh...bosan menunggu!

:( :( :( :( :( :( :( :( :(

Nasib baik awek receptionist ni cun!
:) :) :) :) :) :) :) :) :)

MUSIM RAMAI ORANG DEMAM

Sekarang ni musim ramai org demam.
Tak kira org dewasa atau budak kecik. Kalau org dewasa demam bole la control sikit...tang budak kecik yang ada rumit sikit.
Nak layan kerenah dia.
Apa bole buat...dah tanggungjawab.
Pandai 'bikin'...pandai la jaga!!!
(kira aku ni category bertanggungjawab la ni....warghh...warghh...warghh...puji diri sendiri!)

Minggu ni 2 org anak aku demam sekaligus.
The only 5 years old girl and the youngest 3 years old boy.

Yang boy ok la jugak...degree 38.9 (celsius ke fahrenheit ek?)
Tapi lasak sikit dia ni.
Jumpa doktor...backside insertion je...dah ok.
Siap bole panjat2 dalam bilik doktor.



Yang girl ni pulak...degree tinggi...40.0
Terperanjat beruk aku.
Patut la lemah je dia.
Lebih2 lagi dia ni ada manja lebih (girl la katakan!)
Kena pasang mask, dah gembeng.
Hahaha...girl...girl...

Hopefully, semuanya ok arini.
Aku pun rasa macam nk demam ni. Ongkosnya tinggi sehhhh!!!
Lebih2 lg kereta pun nak demam ni.
Sebelum kreta ni demam...baik aku gi hantar klinik.

MAINTENANCE ORANG TINGGI TAKPE...
JANGAN MAINTENANCE KERETA YANG TINGGI...

Tuesday, July 20, 2010

SHALOM URSHALEM

Pagi tadi terdengar lagu Zubir Ali...tak ingat pulak tajuknya.
"...Munir ditembak penuh luka tapi ajalnya belum tiba..."
Lagu pasal Peristiwa Sabra dan Shatilla...17 September 1982.

(sure ramai tak ingat...11 September 2002 ingat pulak tu!!!)

Disebabkan tak ingat lirik lagu tu...aku share puisi ni...

Shalom Urshalem, Shalom Al-Aqsa

1400 tahun lalu kau dibebaskan dek cengkaman salib-salib Romanise Tiranis
Oleh Khalid dan Umar al-Farooq

800 tahun lalu pula kau diselamatkan oleh Qutz
Dari digigit dan dimamah oleh Tatar al-Barbarik

Sejurus itu juga kau dibebaskan dan disucikan
Sekali lagi dari tangan-tangan najis Solibiyyin
Oleh Sallahuddin

Namun kini
tika Sang Khakham, Rabi-rabi, pengganas dan pemalsu Taurat
Menajisi dataranmu
Merancangkan keruntuhanmu
Seinci demi seinci

Dimana Khalid!!!
Dimana Umar!!!
Dimana Qutz!!!
Dimana Sallahuddin!!!

Hanya darah hangat si Khalid-Khalid yang kerdil mengalir
Dan membasahi tanah suburnya
Membajai benih-benih syuhada
Yang bakal melahirkan ratusan Khalid, ribuan Umar dan jutaan Sallahuddin
Di serata dunia, menyahut seruan
INTIFADA kali kedua

Namun
Apakah Khalid yang dinanti...
Bertangan kanankan Coca Cola dan Pepsi, di kirinya ayam KFC?
BerT-shirtkan Black Metal, Thrash dan juga artis-artis seksi?
Berseluar gengsi?
Bercukur keningnya?
Berambut dye perang?
Ber'contact lens'kan biru laut?
Berzikirkan West Life, Madonna, KRU, Awie dan Erra Fazira?
Hollywood kiblatnya?
Hip hop, Punk, Rap, Metal, Thrash, Liberalisme syariatnya?
Britney Spears idolanya?
Disko, panggung wayang, shopping complex dan gym masjidnya?
Seks bebas amalan hidupnya?
Pergaulan bebas ikutannya?
Alkohol zam-zamnya?
Superstar-superstar para anbiyanya?
Celebrity-celebrity para rasulnya?
FHM, URTV, Mangga, Ujang dan majalah-majalah hiburan Qurannya?

Mana mungkin ini Khalid kita!
Mana mungkin ini Umar kita!
Mana mungkin ini Sallahuddin kita!

Tapi...
Bagaimana pula janji Allah?!!

"Tidak akan datang hari kiamat sehinggalah kamu!!! Berperang, mengganyang, membantai, memusnahkan kaum Yahudi, lantas mereka bersembunyi di balik kayu dan batu. Sehinggalah batu dan kayu berkata: Wahai...muslim, wahai...Abdullah, ayuh kemari, di belakangku ada Yahudi...Bunuhnya!!!"

Janji Allah pasti benar
Janji Rasul juga benar
AlQuran itu benar
Al-Sunnah juga benar

Tapi bila?
Bagaimana? Dimana? Siapa?
Aku, atau kamu, atau mereka?

Yang pasti...kita kerja dan terus kerja dan terus kerja
Sehingga al-Aqsa kembali menjadi milik kita
SHALOM Urshalem...
SHALOM Al-Aqsa...

MASZLEE, 8 Februari 2001
Malam al-Quds, MMC,
Quranic Language Department,
Pusat Matrikulasi UIA,
Petaling Jaya