Thursday, May 5, 2011

Sumpah "Lahanat" ....continues

p/s : ikhsan akhbar tempatan

A  :  "Bila la turn mamat ni pulak??"

B  :  "A'ah la...hal lebih kurang sama jugak!!!"

C :  "Eh...ada ke? Macam ada...macam takde. Ahhh...buat2 takde je la...korang lupakan je!!!"


p/s : Lariiiiiiiiiiiiiiiii.....!!!!  :-)

Tuesday, May 3, 2011

Odyssey Dawn - Part 2 (Perang Salib II)


Perang Salib I dimenangi oleh pihak Tentera Salib pada 1099 Masehi akibat perebutan ke atas Jerusalem dan daerah sekitar oleh 2 pusat pemerintahan Islam iaitu Fathimiyyah di Mesir dan Abbasiyyah di Baghdad.

Walaupun begitu, pada Perang Salib I, hanya kawasan selatan Mesir yang dikuasai Fathimiyyah sahaja dikuasai oleh Tentera Salib di dalam perang tersebut. Kerana kekuatan tentera Islam di kawasan utara masih belum mampu ditewaskan.

Semasa pendudukan Tentera Salib di Mesir, Salahuddin Al-Ayubi bersama bapa saudaranya, Asadudin telah berkali-kali bertempur memerangi Tentera Salib. Sehinggalah pada 1168 Masehi, Tentera Salib berjaya ditewaskan dengan mengepung Istana Fathimiyyah yang diduduki Tentera Salib. Penduduk Mesir kembali hidup aman setelah Salahuddin Al-Ayubi menjadi Perdana Menteri.

p/s : Ilustrasi Salahuddin Ai-Ayubi bersama Tentera Islam


PERANG SALIB II

Perang Salib II tercetus akibat dari kejayaan Salahuddin Al-Ayubi menawan kembali Istana Fathimiyyah dari Tentera Salib. Kegoyahan Tentera Salib mendorong kepada bantuan Perancis, Britain dan Poland untuk melancarkan Perang Salib II ke atas Mesir, dengan gabungan Tentera Salib dan Romawi Byzantium.

Tentera Salahuddin Al-Ayubi pula bergabung dengan bantuan yang dikirim oleh Sultan Nuruddin dari Damsyiq. Sultan Nuruddin sendiri memimpin tentera berasingan dengan memerangi Tentera Salib di bahagian utara Jerusalem. Dengan cara itu, tidak semua Tentera Salib dapat tertumpu di Mesir untuk memerangi Salahuddin Al-Ayubi.

Maka, Tentera Salib gagal untuk mempertahankan Mesir dan Perang Salib II memihak kepada Tentera Islam. 


nota kaki:Jangan gaduh sama sendiri...nanti senang musuh ambik peluang!!! 


p/s : sumber Rahsia Baitul Maqdis Palestine 

Sunday, May 1, 2011

Sumpah "Lahanat"



p/s : petikan akhbar 30 April 2011

Buat kali kedua dalam sejarah negara, seluruh rakyat sedia maklum tentang upacara Sumpah Laknat...kedua-duanya berkaitan dengan pemimpin pembangkang tersohor negara.

Mungkin Sumpah Laknat boleh digunapakai sebagai bukti untuk menjatuhkan hukuman kepada seseorang...sama ada bersalah atau tidak.

Kalau macam tu, ini satu peluang baik kepada bakal-bakal banduan terutamanya yang bakal dijatuhi hukuman berat, penjara seumur hidup contohnya. Sumpah je lah, "saya si polan si polan bersumpah dengan nama _____ bahawa saya tidak melakukan kesalahan bla bla bla...". Andainya tak ada apa yang berlaku kepada si pelafaz sumpah tu, maknanya, dia tak bersalah. Maka, bebaslah dari tuduhan. Andainya berlaku kifarah kepada si pelafaz sumpah pun tak kisah...sebab lebih baik mati daripada terkurung seumur hidup....fullstop!!!

Tapi entri aku sebenarnya pasal gambar kat atas nun...
Ada sesiapa tak yang nak bagi dialog untuk si A, B dan C tu...???

Contoh;

A : Sms kepada ayah, "Abah, ni ke orangnya yang abah cakap dulu penah buat onar kat budak sekolah?"

B : "Nasib baik aku nyelit kat tengah ni. Kalau tak, problem jugak awek sebelah aku ni kang".

C : "Cara jugak awek belah kanan aku ni. Teringat zaman kegemilangan aku dulu".

p/s : sekadar gurauan jek!!!! Lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii......

Saturday, April 30, 2011

FATAH - HAMAS Berdamai : Boleh ke???


p/s : Presiden Palestin, Mahmoud Abbas (Fatah) dan Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh (Hamas) mengangkat tangan selepas menghadiri sessi perjanjian damai.


FATAH dan HAMAS : DUA GERAKAN BERBEZA yang memerintah SEBUAH NEGARA bernama Palestin.

Mahmoud Abbas mengetuai FATAH...Ismail Haniyeh mengepalai HAMAS

Macam janggal pulak aku dengar bunyinya : Presiden parti lain, Perdana Menteri parti lain. Umpama kalau kat Malaysia ni...Perdana Menteri parti "DACING", Timbalan Perdana Menteri parti "BULAN"! Tunggang-langgang jadiknya aku rasa. Sekarang ni pun, pemerintah hanya parti "dacing" pun dah haru-biru...pemerintah dan pembangkang tak henti-henti bertelagah. *sesama bangsa dan ugama pulak tu*. Kira dahsyat la kot Palestin ni...boleh sama-sama memerintah walaupun berlainan fahaman politik.

Bagi yang tak ambik kisah hal Palestin *itu yang Yahudi sedang lakukan*, memang nampak macam good je politik kat sana kan! Tapi hakikatnya, dah berdekad Fatah dan Hamas bertelagah *itu juga yang Yahudi lakukan*...bergaduh sesama sendiri...kononnya atas kepentingan membela rakyat Palestin yang dijajah dan ditindas di bumi sendiri oleh Yahudi.

Mana satu yang ikhlas membela nasib bangsa Palestin???
Mana satu yang benar-benar berjuang demi Palestin???
Mana satu yang jadi pecacai Yahudi???
Mana satu yang pentingkan tembolok sendiri???
FATAH atau HAMAS???
Mahmoud Abbas atau Ismail Haniyeh???

Insyallah aku sharekan in my next entry...


Tuesday, April 26, 2011

dah lama dah.....!!!

V
V
V
V
V


LAMA TAK BUKAK BLOG....
AARRRGGGHHH...BANYAK KEJE!!!!

V
V
V
V
V

Wednesday, March 23, 2011

Odyssey Dawn - Part 1

Bersempena dengan Kempen Odyssey Dawn yang dilancarkan oleh 'Kutu2 Salib' ke atas negara Islam Libya...aku nak sharekan something berkaitan perang yang aku lebih suka namakan sebagai Perang Salib.
Perang yang merupakan dendam golongan kuffar ke atas golongan muslim yang tak akan padam...tak akan berkesudahan sejak dari zaman dahulu lagi.

PERANG SALIB 1 (1099 Masehi)

Kota Jerusalem menjadi wilayah Islam melalui Perjanjian Perdamaian Umariyah pada tahun 636 Masehi. Bersama 4000 tentera Islam, Khalifah Umar r.a. memasuki Jerusalem tanpa sebarang pertumpahan darah...sesuai dengan syarat perjanjian.

Nama Jerusalem ditukar kepada Baitul Maqdis atau al-Kudus Syarif. Umat Islam dan Kristian hidup aman berdampingan dengan mengerjakan ibadah masing-masing. Kecuali Yahudi dilarang tinggal di Baitul Maqdis (juga bersesuaian dengan syarat perjanjian) berikutan sikap Yahudi yang memusuhi Islam dan Kristian.

Selama lebih 400 tahun Baitul Maqdis aman di bawah pemerintahan Dinasti Fathimiyyah...

...sehinggalah rancangan Raja Byzantium; Alexius Cominus Urban II untuk memerangi Islam.

Rancangan terdetik berikutan perebutan kuasa sesama kerajaan Islam ke atas Baitul Maqdis iaitu Dinasti Fathimiyyah di Mesir dan Dinasti Abbasiyyah di Baghdad.

Pertelingkahan diambil kesempatan 150,000 Tentera Salib dari kerajaan Kristian Eropah menyerang Baitul Maqdis pada 7 Jun 1099 Masehi.

Baitul Maqdis jatuh ke tangan Tentera Salib dengan lebih 70,000 umat Islam dibunuh...tak kira lelaki, wanita atau kanak-kanak. Umat Islam yang lari ke Masjidil Aqsa dikejar dan dibunuh tanpa belas ikhsan. Kesemua tempat ibadah Islam dijadikan gereja.

Perang Salib 1 memihak kepada Tentera Salib berikutan pertelingkahan sesama Islam.

Begitulah apa yang terjadi ke atas Libya...yang merupakan negara Islam ketiga yang diinjak Barat, selepas Iraq dan Afghanistan.

p/s : sumber Rahsia Baitul Maqdis Palestine


Monday, March 21, 2011

Perang Salib - Tentera Salib vs Libya

Tanggal 20 Mac 2011, awal pagi waktu tempatan Libya, Tentera Bersekutu (aku lebih suka cakap Tentera Salib...bukan Tentera Bersekutu) US, Britain & Perancis telah menyerang Libya...dengan dakwaan untuk melemahkan tentera kerajaan Muammar Gaddafi daripada menyerang pemberontak anti-kerajaan iaitu rakyat Libya sendiri.

Hasil kesepakatan Majlis Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (badan induk Yahudi untuk mengawal dunia)...bergeraklah Tentera-tentera Salib ke Libya melepaskan sebanyak 110 Tomahawk ke arah Libya. Diberitakan seramai 48 orang terbunuh (tak pasti sama ada tentera kerajaan Libya atau anggota pemberontak anti-kerajaan yang maut tu). Itu tak penting bagi Tentera Salib...yang penting yang terbunuh adalah orang Islam.

Mungkin ramai yang beranggapan tindakan tentera bersekutu adalah benar dan tepat demi keselamatan manusia sejagat dan demi nama hak asasi manusia.

Tapi, bagaimana dengan Palestin????
Mereka diserang, dibunuh sewenang-wenangnya di negara sendiri oleh negara lain...oleh negara Israel...oleh bangsa Yahudi laknatullah. Bukan oleh bangsa mereka sendiri.
Bukankah Israel jugak layak diserang tentera bersekutu demi keselamatan manusia sejagat dan demi nama hak asasi manusia!!!

Sedarlah bahawa sejak dari dulu pernah berlaku sebanyak 8 kali Perang Salib. Dan, hanya Perang Salib Pertama memihak kepada Tentera Salib. Selebihnya, 7 Perang Salib memihak kepada Tentera Islam. Tiada mana-mana kuasa dunia dapat menumbangkan Kerajaan Islam yang tertegak berdiri demi menegakkan syariat Islam.

Kesan daripada itu, berbagai cara digunakan demi menumbangkan Islam sehinggalah idea tercetus dengan kejayaan menjatuhkan Kerajaan Uthmaniyyah. Idea kejayaan diteruskan dengan jatuhnya banyak lagi kerajaan pemerintahan Islam.

Mungkin, Libya yang terbaru dalam mencapai matlamat Perang Salib - "emas dan kuasa".