Monday, May 23, 2011

Lontong Oh Lontong

Waktu tengahari adalah waktu untuk makan. Tapi, hari ni aku kurang selera nak makan sebab 11pagi tadi aku dah balun ayam goreng dan ikan goreng. Rasa macam kenyang pulak.


Sempena dengan waktu makan ni...aku nak sharekan kepelbagaian yang dah dibuat dek orang Johor ni. Kepelbagaian LONTONG...bukan LOTONG tau.


Nah...inilah dia Lontong Darat, Lontong Basah dan Lontong Goreng. Yang mana Darat...Basah atau Goreng, korang renung-renungkan lah. Pilih la yang mana satu idaman kalbu.

p/s : Yum...yum...yum...semua sedap (terliuq la pulak!!!)

Monday, May 16, 2011

Pra-Perang Salib III - Bhg. 2


Perjanjian Arnat - Satu Perlanggaran Gencatan

Pada 1187 Masehi, Pasukan Salib telah melanggar perjanjian dengan menyekat kafilah Muslim yang membawa barang-barang dagangan dari Mesir ke Damsyiq.

Salahuddin meminta barang-barang dagangan dipulangkan dan dibalas dengan keangkuhan Arnat dengan berkata, "Beritahu kepada Muhammad (Nabi Muhammad SAW) agar membebaskan kamu semua".

Keangkuhan Arnat menimbulkan tekad kepada Salahuddin, berjanji kepada Allah SWT akan menghalalkan darah Arnat seandainya diberi kemenangan membebaskan Baitul Maqdis.


Perang Syufuriyyah

Perang berlaku susulan dari akibat keangkuhan Arnat melanggar Perjanjian Arnat.

Seruan jihad dilaungkan Salahuddin kepada seluruh umat Islam dan disambut seluruh wilayah Mesir, Damsyiq, Aleppo, Jazirah (Iraq Tengah), Mosul (Iraq Utara) dan Diyar Bakar (pergunungan Iraq diduduki bangsa Kurdi).

Pada 1187 Masehi, berlakulah perang di Tabariah dan kemenangan gemilang buat Tentera Salahuddin.

Selain dari kemenangan, Perang Syufuriyyah merupakan taktik perang yang sangat berkesan sebagai umpan kepada Tentera Salib keluar dari Jerusalem; dengan keluarnya Tentera Salib pimpinan Gay Louzgnan ke Tabariah bagi menghadapi Tentera Salahuddin.



p/s : sumber ; Rahsia Baitul Maqdis Palestine

Tuesday, May 10, 2011

Pra-Perang Salib III - Bhg. 1



Sebelum tercetus Perang Salib III, telah berlaku beberapa pertempuran antara Tentera Salahuddin dan Tentera Salib. Di pihak Salahuddin, cita-cita untuk membebaskan Baitul Maqdis telah tersemat sejak dari kecil...bertepatan dengan matlamat untuk menegakkan Syariat Agama. Di pihak Tentera Salib yang kufur kepada Allah, sudah pasti bermatlamat untuk menghancurkan Islam...agama yang diturunkan bagi menggantikan Kristian.


PERJANJIAN ARNAT

1182 Masehi - Pasukan Salib bernama Arnat yang menduduki Teluk Ilat dan sebahagian Laut Merah, merancang menguasai seluruh Laut Merah serta pantai yang menghubungkan Palestin dan Hijjaz (Arab Saudi). Bertujuan menguasai tempat suci Islam...Masjidil Aqsa dan Masjidil Haram serta memindahkan Makam Rasulullah SAW ke tempat lain untuk menarik cukai kepada sesiapa yang menziarah.

Sebelum daripada itu, Pasukan Salib telah berkali-kali menyekat kapal-kapal haji dari Afrika dan membunuh semua bakal-bakal haji *semoga roh-roh mereka ditempatkan di kalangan orang yang beriman...amin*.

Justeru Pasukan Salahuddin pimpinan Hisamuddin Lu'lu' menawan Pasukan Salib dan dibawa ke Mesir. Semua tawanan dibunuh sebagai peringatan kepada sesiapa yang berniat melakukan hal yang sama.

Sebahagian Pasukan Salib yang berundur sewaktu serangan Pasukan Salahuddin mengadakan perjanjian gencatan senjata selama 3 tahun dan dikenali sebagai Perjanjian Arnat.



p/s : Sumber; Rahsia Baitul Maqdis Palestine





Thursday, May 5, 2011

Sumpah "Lahanat" ....continues

p/s : ikhsan akhbar tempatan

A  :  "Bila la turn mamat ni pulak??"

B  :  "A'ah la...hal lebih kurang sama jugak!!!"

C :  "Eh...ada ke? Macam ada...macam takde. Ahhh...buat2 takde je la...korang lupakan je!!!"


p/s : Lariiiiiiiiiiiiiiiii.....!!!!  :-)

Tuesday, May 3, 2011

Odyssey Dawn - Part 2 (Perang Salib II)


Perang Salib I dimenangi oleh pihak Tentera Salib pada 1099 Masehi akibat perebutan ke atas Jerusalem dan daerah sekitar oleh 2 pusat pemerintahan Islam iaitu Fathimiyyah di Mesir dan Abbasiyyah di Baghdad.

Walaupun begitu, pada Perang Salib I, hanya kawasan selatan Mesir yang dikuasai Fathimiyyah sahaja dikuasai oleh Tentera Salib di dalam perang tersebut. Kerana kekuatan tentera Islam di kawasan utara masih belum mampu ditewaskan.

Semasa pendudukan Tentera Salib di Mesir, Salahuddin Al-Ayubi bersama bapa saudaranya, Asadudin telah berkali-kali bertempur memerangi Tentera Salib. Sehinggalah pada 1168 Masehi, Tentera Salib berjaya ditewaskan dengan mengepung Istana Fathimiyyah yang diduduki Tentera Salib. Penduduk Mesir kembali hidup aman setelah Salahuddin Al-Ayubi menjadi Perdana Menteri.

p/s : Ilustrasi Salahuddin Ai-Ayubi bersama Tentera Islam


PERANG SALIB II

Perang Salib II tercetus akibat dari kejayaan Salahuddin Al-Ayubi menawan kembali Istana Fathimiyyah dari Tentera Salib. Kegoyahan Tentera Salib mendorong kepada bantuan Perancis, Britain dan Poland untuk melancarkan Perang Salib II ke atas Mesir, dengan gabungan Tentera Salib dan Romawi Byzantium.

Tentera Salahuddin Al-Ayubi pula bergabung dengan bantuan yang dikirim oleh Sultan Nuruddin dari Damsyiq. Sultan Nuruddin sendiri memimpin tentera berasingan dengan memerangi Tentera Salib di bahagian utara Jerusalem. Dengan cara itu, tidak semua Tentera Salib dapat tertumpu di Mesir untuk memerangi Salahuddin Al-Ayubi.

Maka, Tentera Salib gagal untuk mempertahankan Mesir dan Perang Salib II memihak kepada Tentera Islam. 


nota kaki:Jangan gaduh sama sendiri...nanti senang musuh ambik peluang!!! 


p/s : sumber Rahsia Baitul Maqdis Palestine 

Sunday, May 1, 2011

Sumpah "Lahanat"



p/s : petikan akhbar 30 April 2011

Buat kali kedua dalam sejarah negara, seluruh rakyat sedia maklum tentang upacara Sumpah Laknat...kedua-duanya berkaitan dengan pemimpin pembangkang tersohor negara.

Mungkin Sumpah Laknat boleh digunapakai sebagai bukti untuk menjatuhkan hukuman kepada seseorang...sama ada bersalah atau tidak.

Kalau macam tu, ini satu peluang baik kepada bakal-bakal banduan terutamanya yang bakal dijatuhi hukuman berat, penjara seumur hidup contohnya. Sumpah je lah, "saya si polan si polan bersumpah dengan nama _____ bahawa saya tidak melakukan kesalahan bla bla bla...". Andainya tak ada apa yang berlaku kepada si pelafaz sumpah tu, maknanya, dia tak bersalah. Maka, bebaslah dari tuduhan. Andainya berlaku kifarah kepada si pelafaz sumpah pun tak kisah...sebab lebih baik mati daripada terkurung seumur hidup....fullstop!!!

Tapi entri aku sebenarnya pasal gambar kat atas nun...
Ada sesiapa tak yang nak bagi dialog untuk si A, B dan C tu...???

Contoh;

A : Sms kepada ayah, "Abah, ni ke orangnya yang abah cakap dulu penah buat onar kat budak sekolah?"

B : "Nasib baik aku nyelit kat tengah ni. Kalau tak, problem jugak awek sebelah aku ni kang".

C : "Cara jugak awek belah kanan aku ni. Teringat zaman kegemilangan aku dulu".

p/s : sekadar gurauan jek!!!! Lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii......

Saturday, April 30, 2011

FATAH - HAMAS Berdamai : Boleh ke???


p/s : Presiden Palestin, Mahmoud Abbas (Fatah) dan Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh (Hamas) mengangkat tangan selepas menghadiri sessi perjanjian damai.


FATAH dan HAMAS : DUA GERAKAN BERBEZA yang memerintah SEBUAH NEGARA bernama Palestin.

Mahmoud Abbas mengetuai FATAH...Ismail Haniyeh mengepalai HAMAS

Macam janggal pulak aku dengar bunyinya : Presiden parti lain, Perdana Menteri parti lain. Umpama kalau kat Malaysia ni...Perdana Menteri parti "DACING", Timbalan Perdana Menteri parti "BULAN"! Tunggang-langgang jadiknya aku rasa. Sekarang ni pun, pemerintah hanya parti "dacing" pun dah haru-biru...pemerintah dan pembangkang tak henti-henti bertelagah. *sesama bangsa dan ugama pulak tu*. Kira dahsyat la kot Palestin ni...boleh sama-sama memerintah walaupun berlainan fahaman politik.

Bagi yang tak ambik kisah hal Palestin *itu yang Yahudi sedang lakukan*, memang nampak macam good je politik kat sana kan! Tapi hakikatnya, dah berdekad Fatah dan Hamas bertelagah *itu juga yang Yahudi lakukan*...bergaduh sesama sendiri...kononnya atas kepentingan membela rakyat Palestin yang dijajah dan ditindas di bumi sendiri oleh Yahudi.

Mana satu yang ikhlas membela nasib bangsa Palestin???
Mana satu yang benar-benar berjuang demi Palestin???
Mana satu yang jadi pecacai Yahudi???
Mana satu yang pentingkan tembolok sendiri???
FATAH atau HAMAS???
Mahmoud Abbas atau Ismail Haniyeh???

Insyallah aku sharekan in my next entry...