Tuesday, October 4, 2011

Hitler : Si Kambing Hitam Yahudi

*catatan ini berdasarkan maklumat dari pembacaan* 

Perang Dunia Kedua (1939-1945) menyaksikan Kuasa Paksi yang diketuai oleh Jerman kalah kepada Negara Bersekutu. Jerman pada ketika itu, diketuai oleh tak lain tak bukan...The Fuhrer, Adolf Hitler. Sehingga kini, majoriti dunia beranggapan Hitler adalah diktator yang paling kejam. Pembunuhan Yahudi dilakukan sepanjang tempoh perang dalam jumlah yang amat mengerikan jika dihitung, pembunuhan yang dikenali sebagai Peristiwa Holocaust.

Hitler sebagai diktator? Ya, benar.
Hitler adalah kejam? Ya, benar. (diktator memang kejam). 

Tetapi, pernahkah kita tanya kenapa Hitler menjadi diktator yang kejam? 


FLASHBACK
Pada Perang Dunia Pertama (1914-1918), Jerman dibawah Kaiser Wilhem II menyerah kalah kepada Negara Bersekutu pada 11 November 1918. Hitler merupakan anggota tentera pada ketika itu. Sebagai ketua Kuasa Paksi, Jerman dipaksa mengaku salah dan dipertanggungjawabkan untuk membayar sebahagian besar perbelanjaan perang dan ganti rugi kemusnahan kepada negara-negara yang menang perang di bawah Perjanjian Versailes (dirangka pembiaya perang Yahudi; bukan negara yg berperang).

* Yahudi menjadi mastermind dalam perancangan Perang Dunia Pertama, Kedua dan Ketiga yg bakal menyusul ~ dengan tujuan utama; merampas/menduduki Palestin *

Antara terma di dalam perjanjian tersebut, Jerman perlu membayar pampasan perang berjumlah US32billion beserta cas 26%. Beerti, Jerman perlu membayar sebanyak US630 juta setahun. (pembiaya Yahudi mengaut untung sambil menekan Jerman). Jumlah hutang Jerman melebihi perolehan negara. Akibatnya, Jerman muflis, matawang jatuh, tiada pekerjaan, rakyat menderita kebuluran. Jerman terpaksa membuat pinjaman luar untuk membayar hutang (sekali lagi pembiaya Yahudi menjadi pemberi hutang ~ Jerman terus ditekan).


Di sinilah munculnya The Fuhrer, yang tidak tahan melihat penderitaan rakyat Jerman. Rakyat dan negara Jerman akan terus mundur, menderita dan terus dipijak-pijak tanpa ada peluang untuk bangun semula. The Fuhrer muncul untuk menamatkan penderitaan rakyat Jerman. The Fuhrer tahu Yahudi lah yang menyebabkan segala kemusnahan negara dan kesengsaraan rakyat Jerman. Yahudi perlu membayar balik apa yang telah dilakukan.

Pinjaman disalur pembiaya Yahudi kepada Jerman. Untuk beberapa ketika, hutang dibayar Jerman sebagaimana terma Perjanjian Versailes. Tetapi, hingga suatu ketika, Jerman menghentikan bayaran balik. Saluran pembiayaan diguna Jerman untuk pembangunan ketenteraan. Peluang diambil pembiaya Yahudi untuk terus menyalur pinjaman. Yahudi tahu perang seterusnya akan berlaku. Rancangan Perang Dunia Kedua Yahudi akan meletus sebagaimana dirancang. Matlamat merampas Palestin kian hampir. Kantung pembiaya Yahudi kian kembung.

Perasaan marah yang teramat sangat The Fuhrer terhadap pembiaya Yahudi tidak dapat lagi dibendung ekoran Yahudi sebagai punca kehancuran Jerman khasnya dan negara-negara Eropah amnya. Perang Dunia Kedua bermula dengan penaklukan Poland pada 1939. Perasaan marah dilepaskan kepada setiap bangsa Yahudi di negara-negara Eropah yang ditakluk Jerman. Ibarat "tak dapat tangan, telinga dipulas". Propaganda Negara Bersekutu menggambarkan Adolf Hitler sebagai diktator yang amat kejam.

* Adolf Hitler dipercayai membunuh diri setelah kalah di dalam Perang Dunia Kedua. Kesahihan masih diragui hingga kini. Mungkin juga Hitler dibunuh agen Yahudi kerana Hitler tahu rancangan jahat Yahudi * 

Persoalannya...
...kenapa Hitler menjadi kejam??
...apa yang menyebabkan Hitler menjadi kejam??
...siapa yang menyebabkan Hitler menjadi kejam??

* Bagi para patriotik sekelian, andainya negara dan bangsa anda dipijak, adakah anda akan hanya berpeluk tubuh? *

Adolf Hitler - mangsa kambing hitam Yahudi

p/s : Sumber "Konspirasi Yahudi : Peperangan dan Penaklukan" & Sumber Internet

Monday, October 3, 2011

WW2 - Yahudi Buat Jepun Mengganas...BANZAI

Jepun @ Japan @ Nippon...cukup sinonim dengan keganasan semasa Perang Dunia Kedua. "Potong Kepara!!!"...hukuman kepada Prisoner Of War atau sesiapa sahaja dianggap musuh. Tanyalah dengan orang-orang dulu yang hidup pada zaman penjajahan Jepun...tak kira di Malaya, Filipina atau China. Sampai hari ni disumpahnya Jepun (sambil memandu Toyota Estima 3.0 G-Package).

Apa yang kita mungkin tak terfikir...kenapa Jepun jadi macam tu. Tentu ada sebab. Orang-orang tua ada berkata, "kalau takde angin, masakan pokok bergoyang".

John D. Rockefellar - Founder of Standard Oil

Penglibatan Jepun di dalam Perang Dunia Kedua dirancang kelompok elit Yahudi demi mengaut keuntungan bagi menebalkan kantung.


China telah memberi kontrak carigali minyak kepada Standard Oil milik jutawan Yahudi, John D. Rockefellar. Minyak kemudian dijual kepada China dengan harga yang sangat tinggi. Akibatnya, China memberi kontrak carigali kepada Jepun. Pada 1920an, medan minyak besar yang telah dijumpai oleh Jepun mampu mengurangkan harga minyak di China.

Bertepatan dengan sikap Yahudi yang tamak, Standard Oil mengarahkan China menghalau Jepun bagi memonopoli pengeluaran dan perdagangan minyak di China. Standard Oil juga menemui Pengerusi League of Nation (sekarang dikenali sebagai PBB); Frederick Delano Roosevelt, untuk mengisytiharkan perang ke atas Jepun dan melindungi harta Standard Oil. Sebagai imbalan, kemelesetan ekonomi Amerika akibat Perang Dunia Pertama akan ditamatkan.


General Hideki Tojo - Prime Minister of Japan (1941-1944)


Berasa tertipu dan tanpa mengetahui China tersepit dengan kontrak Standard Oil, Jepun melancarkan perang ke atas China...dengan tekad mengambil semula setiap sen yang dilaburkan di China dan memusnahkan segala harta Standard Oil. Kemarahan Jepun dilepaskan sepuas-puasnya kepada rakyat China sehingga berlaku "pembunuhan beramai-ramai paling mengerikan dalam sejarah manusia" iaitu peristiwa The Nanking Massacre.

Dalam pada itu, bertekad mengundurkan Jepun dari Indo-China dan Manchuria, Amerika membekukan aset Jepun di Amerika dan membatalkan perjanjian perdagangan yang telah ditandatangani pada 1911. Berasa tertekan, Jepun menawarkan rundingan dengan Amerika tetapi ditolak mentah-mentah.

Maka, bermulalah penglibatan Jepun di dalam Perang Dunia Kedua dengan serangan Jepun ke atas Pearl Harbour oleh 350 pesawat pejuang Jepun pada 7 Disember 1941. 17 kapal perang Amerika musnah, 1000 tentera Amerika terkorban dan lebih 2000 orang awam tercedera. (Serangan Pearl Harbour diberitakan telah diketahui lebih awal tetapi tidak dihiraukan White House supaya menjadi penyebab Perang Jepun-Amerika).

Pandangan peribadi ; "Andai bukan kerana sikap Yahudi Laknatullah...Jepun tak akan mengganas".


p/s : Sumber "Konspirasi Yahudi : Perang dan Penaklukan" & Sumber Internet


Wednesday, May 25, 2011

Misi Yahudi Berjaya Lagi


Berakhirlah riwayat Osama Bin Laden *dakwaan USA*, hanya seorang individu yang amat digeruni kelompok kufur. Hanya seorang individu yang menggegar dunia dengan Peristiwa 11 September *dakwaan USA*. Hanya seorang individu yang mampu menggugat misi dan visi Yahudi Laknatullah.

Maka, terlaksanalah langkah berjaga-jaga Yahudi di dalam usaha memerangi dan melenyapkan individu yang memiliki karakter-karakter sebagaimana gambaran Imam Mahadi. Senasib dengan individu-individu yang berjaya dilenyapkan...juga memiliki karakter yang sama - Saddam Hussein, Syeikh Ahmed Yassin dan Abdel Aziz al-Rantissi. Mungkin, Mahmoud Ahmadinejad, Muammar Gaddafi dan Bashar al-Assad juga menjadi sasaran seterusnya.

Al-Syahid Dalam kenangan - Al-Fatihah

Seperti biasa, tanpa pengiktirafan sebagai Polis Dunia *tak malu!!!...lantik diri sendiri* pencerobohan ke atas kedaulatan sesebuah negara, Osama Bin Laden dibunuh. Secara peribadi, ianya satu tindakan yang langsung tidak menghormati dasar kemanusiaan.


"Tindakan AS bukan satu keadilan kerana keadilan bermakna membawa suspek ke mahkamah,mensabitkan kesalahan berdasarkan bukti kukuh dan menjatuhkan hukuman" - Geoffrey Robertson


"AS bertindak seperti polis, hakim dan pelaksana hukuman mati ke atas Osama dan tindakan itu jelas melanggar undang-undang antarabangsa"
- Helmut Schmidt

"Amerika menggalakkan hukuman rimba di mana-mana sahaja, sama ada di Afghanistan, Iraq, Pakistan atau Libya"
- Syed Ahmed Bukhari

p/s : Sumber - Akhbar Tempatan

Tuesday, May 24, 2011

Pra-Perang Salib III - Battle of Hattin 1187

Salahuddin Al-Ayubi


Susulan Perang Shufuriyyah, Raja Tentera Salib - Gay Louzgnan telah bergerak dari Jerusalem ke Tabariah bagi menghadapi Tentera Salahuddin. Memang menjadi taktik Salahuddin untuk memastikan Tentera Salib keluar dari Jerusalem...untuk ditentang habis-habisan.

Walau bagaimanapun, Tentera Salib tidak dapat mara ke Tabariah kerana taktik Tentera Salahuddin yang bermarkas di tebing sungai. Tentera Salib terpaksa berhenti di Hattin berhari-hari sehingga kehabisan bekalan air.

Tanggal 4 Julai 1187, berlakulah pertempuran yang ditunggu-tunggu Salahuddin setelah hampir 50 tahun mempersiapkan kekuatan.

Kekalahan teruk kepada Tentera Salib dengan tertawannya Raja Tentera Salib serta Arnat yang halal darah nya berikutan kecabulan menghina Nabi Muhammad SAW.



Kingdom of Heaven - a non-bias film ever



p/s : Sumber - Rahsia Baitul Maqdis Palestine

Monday, May 23, 2011

Lontong Oh Lontong

Waktu tengahari adalah waktu untuk makan. Tapi, hari ni aku kurang selera nak makan sebab 11pagi tadi aku dah balun ayam goreng dan ikan goreng. Rasa macam kenyang pulak.


Sempena dengan waktu makan ni...aku nak sharekan kepelbagaian yang dah dibuat dek orang Johor ni. Kepelbagaian LONTONG...bukan LOTONG tau.


Nah...inilah dia Lontong Darat, Lontong Basah dan Lontong Goreng. Yang mana Darat...Basah atau Goreng, korang renung-renungkan lah. Pilih la yang mana satu idaman kalbu.

p/s : Yum...yum...yum...semua sedap (terliuq la pulak!!!)

Monday, May 16, 2011

Pra-Perang Salib III - Bhg. 2


Perjanjian Arnat - Satu Perlanggaran Gencatan

Pada 1187 Masehi, Pasukan Salib telah melanggar perjanjian dengan menyekat kafilah Muslim yang membawa barang-barang dagangan dari Mesir ke Damsyiq.

Salahuddin meminta barang-barang dagangan dipulangkan dan dibalas dengan keangkuhan Arnat dengan berkata, "Beritahu kepada Muhammad (Nabi Muhammad SAW) agar membebaskan kamu semua".

Keangkuhan Arnat menimbulkan tekad kepada Salahuddin, berjanji kepada Allah SWT akan menghalalkan darah Arnat seandainya diberi kemenangan membebaskan Baitul Maqdis.


Perang Syufuriyyah

Perang berlaku susulan dari akibat keangkuhan Arnat melanggar Perjanjian Arnat.

Seruan jihad dilaungkan Salahuddin kepada seluruh umat Islam dan disambut seluruh wilayah Mesir, Damsyiq, Aleppo, Jazirah (Iraq Tengah), Mosul (Iraq Utara) dan Diyar Bakar (pergunungan Iraq diduduki bangsa Kurdi).

Pada 1187 Masehi, berlakulah perang di Tabariah dan kemenangan gemilang buat Tentera Salahuddin.

Selain dari kemenangan, Perang Syufuriyyah merupakan taktik perang yang sangat berkesan sebagai umpan kepada Tentera Salib keluar dari Jerusalem; dengan keluarnya Tentera Salib pimpinan Gay Louzgnan ke Tabariah bagi menghadapi Tentera Salahuddin.



p/s : sumber ; Rahsia Baitul Maqdis Palestine

Tuesday, May 10, 2011

Pra-Perang Salib III - Bhg. 1



Sebelum tercetus Perang Salib III, telah berlaku beberapa pertempuran antara Tentera Salahuddin dan Tentera Salib. Di pihak Salahuddin, cita-cita untuk membebaskan Baitul Maqdis telah tersemat sejak dari kecil...bertepatan dengan matlamat untuk menegakkan Syariat Agama. Di pihak Tentera Salib yang kufur kepada Allah, sudah pasti bermatlamat untuk menghancurkan Islam...agama yang diturunkan bagi menggantikan Kristian.


PERJANJIAN ARNAT

1182 Masehi - Pasukan Salib bernama Arnat yang menduduki Teluk Ilat dan sebahagian Laut Merah, merancang menguasai seluruh Laut Merah serta pantai yang menghubungkan Palestin dan Hijjaz (Arab Saudi). Bertujuan menguasai tempat suci Islam...Masjidil Aqsa dan Masjidil Haram serta memindahkan Makam Rasulullah SAW ke tempat lain untuk menarik cukai kepada sesiapa yang menziarah.

Sebelum daripada itu, Pasukan Salib telah berkali-kali menyekat kapal-kapal haji dari Afrika dan membunuh semua bakal-bakal haji *semoga roh-roh mereka ditempatkan di kalangan orang yang beriman...amin*.

Justeru Pasukan Salahuddin pimpinan Hisamuddin Lu'lu' menawan Pasukan Salib dan dibawa ke Mesir. Semua tawanan dibunuh sebagai peringatan kepada sesiapa yang berniat melakukan hal yang sama.

Sebahagian Pasukan Salib yang berundur sewaktu serangan Pasukan Salahuddin mengadakan perjanjian gencatan senjata selama 3 tahun dan dikenali sebagai Perjanjian Arnat.



p/s : Sumber; Rahsia Baitul Maqdis Palestine