Tuesday, December 21, 2010

Tersebut Al-Kisah

"Mi, jangan lupa 18 Disember nanti...masa tu la kau tau asal-usul keturunan kau".

Awal Disember aritu pak cik aku kat Segamat pesan...supaya aku datang gathering sedara mara jauh dan dekat. Kalau yang dekat aku kenal la. Tapi yang jauh memang tak kenal. *kadang-kadang yang dekat pun x kenal...cheh!*

Ok jugak tu...at least aku dapat tau siapa nenek moyang aku. Katanya, bukan calang-calang orang.
Hahahahhahaha....tergelak dalam hati aku. Tapi tak sampai guling-guling la.

Lagipun, aku selalu baca n kaji tentang asal keturunan Yahudi...tang keturunan sendiri pulak tak tau!

Maka, sampai la aku kat kampung ayah aku kat Segamat.
Pehhhh....ramai sehhhh.
Then, aku tengok satu banner besar *mak aiii...jenuh nak trace*


*ni la rupa banner tu...tertulis salasilah asal keturunan aku*


*wahhhh...pangkal nama aku ada 'wan'???*


"ITU LAH ASAL KETURUNAN KAU MI...KETURUNAN RAJA TEMENGGUNG MUAR"

Aku terkebil-kebil...tercengang-cengang...betul ke ni...atau mimpi siang hari kat bandar Segamat.






Thursday, December 16, 2010

Hati Menangis Siapa Yang Tahu

TARIKH : 6 DISEMBER 2010

MASA : 8.30 am

LOKASI : HENTIAN SEBELAH KULAI, LEBUHRAYA UTARA-SELATAN

DESTINASI : SIMPANG RENGGAM

PERISTIWA :

Wira Cool Amber melalui laluan kanan dgn kelajuan 120km/j...bercadang memintas lori 10 tan tanpa muatan dgn kelajuan yg hampir sama. Sisa-sisa batu kerikil dari lori kelihatan jatuh melantun-lantun pada permukaan jalan.

Hati Wira Cool Amber berdetik..."nak potong ke tak"..."nak potong ke tak"... Bimbang dgn lantunan sisa kerikil..."kena cermin ni mau retak seribu kang". Setelah sisa kerikil kelihatan mula berkurangan..."potong je la".

Pecutan horsepower Wira Cool Amber ditingkatkan...mula menghampiri bontot lori... "Ting...ting...ting..."...sebijik sisa kerikil yg tak sebesar mana menghampiri Wira Cool Amber.
Pejam...celik...pejam...celik mata Wira Cool Amber sambil mengharapkan lantunan berhenti segera.

"Tam..." (kasar bunyinya tu!!!). Wira Cool Amber berdetik..."kena bumper je sikit. calar je la kot". Perjalanan diteruskan dgn hati yg mengharapkan..."jangan la calar...jangan la calar".

Sampai ke destinasi...pemeriksaan ke atas Wira Cool Amber dilakukan.

"WWWWAAAAAAAAAAAAA......."

"TENGOK LA NI...."

"HUHUHUHUHUHUHUHU..."


Wira Cool Amber menangis tak berlagu


Tuesday, December 14, 2010

Mari Mengenal Taurat - Bhg 1

Mungkin banyak persepsi yg timbul bila baca tajuk ni.
Terpulang pada diri masing2.
Tapi yang nyata, sebagai umat Islam...kita wajib mengimani Rukun Iman yang Enam.
Salah satu daripadanya adalah PERCAYA KEPADA TAURAT, ZABUR, INJIL dan AL-QURAN.
Yang merupakan kitab2 samawi (wahyu langit) yang diturunkan Allah.

Taurat diwahyukan kepada Nabi Musa a.s. sebagai pengajaran dan penjelasan setiap syariat dan hukum-hakam...sebagai pegangan dan amalan Bani Israel.

Nabi Musa a.s. menerima wahyu setelah bermunajat kepada Allah selama 40 hari di Bukit Thur Saina'.

"KAMI telah menulis pada Lauh-Lauh (Taurat atau papan batu) itu bagi Nabi Musa. Terkandung padanya pelbagai nasihat, pengajaran dan penjelasan setiap perkara (syariat dan hukum-hakam). Oleh itu, terimalah dan amalkanlah ia wahai Musa dengan bersungguh-sungguh. Suruhlah kaummu berpegang dan mengamalkannya sebaik mungkin. AKU akan perlihatkan kepada kamu sebuah negeri orang-orang yang fasik."
- Surah al-A'raf:145

Sekembali Nabi Musa a.s. kepada kaumnya, hanya sebahagian dari mereka bersama Nabi Harun a.s. (abang Nabi Musa a.s.) yang masih beriman kepada Allah. Mereka yang lain tidak lagi beriman tetapi menyembah patung anak lembu emas yang dibuat oleh kaum Yahudi yang bernama al-Samiri.

"Apabila Musa kembali kepada kaumnya, dia begitu marah dan amat kecewa (kerana mereka kembali kufur) lalu Musa berkata: Alangkah buruknya amalan yang telah kamu lakukan selepas pemergianku. Apakah kamu cuba mendahului janji Tuhan (tidak sabar menanti kepulanganku selepas bermunajat). Kemudian, Musa melempar Lauh-Lauh (papan batu atau Taurat) itu lalu memegang rambut saudaranya (Harun) sambil menarik ke arahnya. Harun berkata: Wahai anak ibuku! Sesungguhnya kaum ini menganggap aku seorang yang lemah dan mereka hampir membunuhku. Oleh itu, janganlah engkau menjadikan musuh-musuh gembira melihat engkau memperlakukan aku sebegini. Janganlah juga engkau menjadi seorang yang zalim." - Surah al-A'raf: 150

Setelah patung anak lembu dimusnahkan oleh Nabi Musa a.s., Bani Israel mula bertaubat kepada Allah. Lauh-Lauh (Taurat) dihimpun semula oleh Nabi Musa a.s. dan menyuruh kaumnya membuat Tabut (kotak) sebagai tempat menyimpan Lauh-Lauh (Taurat). Isi kandungan Lauh-Lauh (Taurat) diajar kepada Bani Israel.

Berikutan faktor alat-alat penulisan yang masih belum terkenal, itulah satu-satunya Taurat yang kekal ketulenan riwayatnya. Taurat kekal terpelihara di dalam Tabut sehinggalah Nabi Musa a.s. dan Nabi Harun a.s. wafat.
p/s : Sumber petikan YAHUDI Menurut Al-Quran, Hadis, Taurat dan Injil