Kenalkah anda siapa di atas?? Looks familiar to me...hehehhehe.
Itu la Ariel Sharon...bekas Perdana Menteri Israel.
Satu ketika dulu pada 16-18 September 1982, semasa mamat ni jadi Menteri Pertahanan...mamat ni la yang melancarkan pembunuhan dan penyembelihan ke atas umat Islam di khemah pelarian Sabra dan Syatila. Anggaran seramai 3000 orang terkorban yang terdiri dari orang tua, wanita dan kanak2.
*...malangnya, hingga kini, ramai yang tak ingat peristiwa tu. Dan lebih sedih...peristiwa 11 September yang selalu dikenang2...*
Lain kali aku kongsikan Peristiwa Sabra dan Syatilla dengan sedetail2nya. Macamana diorang ceroboh kem tu, kepung selama 3 hari, macamana diorang belasah umat Islam dan sebagainya.
Arini aku cuma nak kongsikan apa yang berlaku selepas tertubuhnya negara haram Israel pada tahun 1948;
31 Mac 1948 - serangan ke atas kampung Abu Kabir oleh Yahudi Hajnah. Semua penduduk terkorban.
9 April 1948 - Yahudi Hajnah dan Argun diketuai Menachem Begin menyerang Dir Yasin. 250 orang terkorban.
* Menachem Begin dilantik sebagai Perdana Menteri pada 1977 *
Antara lain ungkapan mamat ni;
"Saya membunuh, maka saya terus hidup"
14 Mei 1948 - 50 penduduk Islam kampung Abu Syasyah dibunuh dengan senjata api dan dikapak di kepala.
11 Julai 1948 - 426 penduduk Islam kampung Al Lad dibunuh. 176 yang berlindung di masjid juga terkorban.
29 Oktober 1948 - Semua penduduk Albiyyun dikumpulkan di padang dan ditembak dari setiap penjuru.
31 Mei 1950 - 30 penduduk Wadi 'Arabah dibunuh.
14 Oktober 1953 - serangan 16 jam di Qabbiah membunuh 62 orang dan 56 buah rumah dirobohkan.
28 Oktober 1956 - pengganas Yahudi pimpinan Ariel Sharon di Kafru Qasim membunuh 57 orang.
3 November 1956 - 250 orang terbunuh di Mukhayyam Ar Ra'is, Khan Younis.
12 November 1956 - 375 orang terbunuh di Rafah.
13 November 1966 - Rejim Israel menyerang kampung As Sumu' dan membunuh 18 orang. 125 rumah dirobohkan.
21 Ogos 1969 - pendatang Yahudi dari Australia membakar Masjidil Aqsa.
8 April 1970 - pembunuhan beramai-ramai di Bahrul Baqar.
16-18 September 1982 - tentera Israel pimpinan Ariel Sharon membunuh lebih 3000 orang Islam di Sabra dan Syatilla.
Banyak lagi peristiwa di sekitar tahun 1990an dan 2000an yang akan aku kongsikan kemudian.
Yang nyata, keganasan Israel memang tahap gaban...dan tidak berperikemanusiaan.
Bak kata Ariel Sharon;
"Saya yakin, kita (kaum Yahudi) boleh hidup bersama umat Islam Palestin tetapi menerusi kaedah Sabra dan Syatilla".
Tak ke kurang ajar tu....
...Dan memang patut pun, semasa Ariel Sharon yang sehingga kini koma...didoakan oleh orang Palestin supaya Ariel Sharon tidak dicabut nyawanya. Biar terseksa dengan keadaan dia sekarang...