Armageddon Movie Poster |
Bagi para movieholic, mungkin ramai yang dah tengok filem "Armageddon". Filem yang box-office sedikit masa dulu. Tapi aku tak tengok le...sebab aku tak gemor sangat cerita-cerita outer space ni.
Apa yang aku nak kongsikan (mungkin ramai pun dah tahu), apa sebenarnya maksud "Armageddon" tu sendiri.
Armageddon adalah terjemahan dari Bible versi King James yang berasal dari sukukata Hebrew kuno. "Har" bermaksud "bukit" dan "megiddo" merupakan "nama tempat di Israel", 15km ke selatan Haifa, di dalam Lembah Jezreel.
Megiddo, Israel |
Mount of Megiddo, Megiddo, Israel |
Kefahaman bangsa Yahudi bahawa Armageddon membawa maksud "sebuah tempat yang akan menghimpunkan seluruh tentera Yahudi-Zionis dan sekutunya dalam perang akhir zaman". Peperangan yang membawa kemenangan kepada Yahudi dan terbentuk negara Israel Raya, Eretz Yizrael.
Dari kitab Talmud karangan pendeta Yahudi yang telah memesongkan kitab asal Taurat;
"The hearts of the Jewish people-warmed toward God because of His intervention-will fully turn to their true God. In the moment, Israel will look upon her Messiah with recognition..., the true Messiah...shall rule and reign forever from the city of Jerusalem, the city of God".
Atas kepercayaan ini, segala usaha dilakukan dengan memperlengkapkan kekuatan tentera yang didalangi Amerika Syarikat dan membawa masuk bangsa Yahudi yang berselerak di serata dunia. Disamping, memburu setiap pemimpin Islam (hanya Islam yang tahu hal ini merujuk kepada Al-Quran) yang dijangka akan mampu memberi tentangan apabila tiba waktunya. Tak hairanlah, Saddam Hussin, Yasser Arafat dan Syeikh Ahmad Yassin dibunuh. Dan kini, Mahmoud Ahmadinejad serta Bashar Al-Assad menjadi mangsa propaganda.
p/s : "Fitnah 2012 - Konspirasi Galaktik" & sumber internet