Thursday, January 27, 2011

Mari Mengenal Taurat - Bhg. 6 (Bukti Penyelewengan Taurat)

Terdapat 39 Safar *mungkin macam juzuk dalam Al-Quran kot...wallahualam* di dalam Taurat dan terbahagi kepada 4 bahagian.

Bahagian Pertama dikenali sebagai Safar Musa dan terbahagi kepada 5 bahagian iaitu;
Safar Kejadian, Safar Keluaran, Safar Imamat, Safar Bilangan dan Safar Ulangan.

Hanya Bahagian Pertama sahaja ada diceritakan di dalam Al-Quran tentang kewujudannya...3 Bahagian lagi hanyalah penulisan dan rekaan manusia semata-mata *pandai-pandai korang je cipta kalam Allah*.

Terdapat 3 jenis Taurat *boleh ke wahyu Allah diturunkan dalam banyak versi?* iaitu;

1) Taurat Ibrani : Taurat yang dianggap paling benar oleh pengikut Yahudi dan Protestan.

2) Taurat Yunaniyyah : Taurat yang dianggap paling benar oleh pengikut Kristian Nasrani.

3) Taurat Samiriyyah : Taurat yang dianggap paling benar oleh pengikut Samiriyyah.


p/s : Sumber petikan YAHUDI Menurut Al-Quran, Hadis, Taurat dan Injil

No comments:

Post a Comment