Wednesday, September 22, 2010

JANGAN MAIN-MAIN DENGAN FATIHAH

Para Jumhur Ulama' telah memutuskan bahawa adalah haram dan berdosa untuk menukar atau mengubah tulisan Al-Quran kepada tulisan rumi.

Kerana tulisan rumi tidak dapat mengenengahkan hukum tajwid yang menjadi dasar kepada pembacaan Al-Quran yang betul.

Berhati-hati bila membaca Al-Fatihah.

Silap baca...secara tak sengaja kita akan sebut nama syaitan atau iblis.

Nama syaitan dan iblis yang dimaksudkan ialah :

dulillah, hirob, kiyaum, kana', kanas, ta'alaihim & bi'alaihim

Kat mana dalam Al-Fatihah kita boleh jumpa nama-nama ni???
Jom sama2 kita tengok...

Contoh pembacaan Al-Fatihah jika di'rumi'kan :
(tanda '/' menunjukkan tempat dimana kita biasanya memotong kalimah atau sukukata. Kalau di dalam jawi, tanda '/' adalah di kalimah atau sukukata yang berbeza) :

* Alham/dulilla/hirob/bil/a'lamin

* Mali/kiyaum/iddin

* Iyya/kana'/budu Waiyya/kanas/ta'in

* Sirotollazinaan'am/ta'alaihim

* Ghoirilmaghdu/bi'alaihim



p/s : Maklumat di atas adalah untuk tujuan kebaikan. Menggunakan nama-nama syaitan/iblis di atas sebagai nama band black/death metal adalah di luar tanggungjawab penulis.


* Alhamdu/lillahi/robbil/a'lamin

* Maliki/yaumiddin

* Iyyaka/na'budu Waiyyaka/nasta'in

* Sirotollazinaan'amta/'alaihim

* Ghoirilmaghdubi/'alaihim

INDAHNYA FATIHAH

Al-Fatihah mengandungi :

7 Ayat,
27 kalimah,
140 huruf

Hanya 7 huruf yang tidak kedapatan iaitu :

Tha,
Jim,
Kho,
Zai,
Fa,
Shin,
Za

Kerana 7 huruf ini mempunyai kaitan dengan nama Neraka :

Thabur,
Jahim/Jahannam,
Kholidin,
Zamharir,
Fariqoh,
Syaqowah,
Zulmah