Monday, February 7, 2011

Mari Mengenal Taurat - Bhg. 7 (Bukti Penyelewengan Taurat)


Sebagaimana entri Bukti Penyelewengan Taurat Bhg. 7, terdapat 3 bahagian Taurat iaitu;
  • Taurat Ibrani
  • Taurat Yunaniyyah
  • Taurat Samiriyyah
Percanggahan fakta antara 3 Taurat :

Jarak waktu antara zaman Nabi Adam hingga peristiwa taufan Nabi Nuh a.s. :
  • Taurat Ibrani - 1656 tahun
  • Taurat Yunaniyyah - 2262 tahun
  • Taurat Samiriyyah - 1308 tahun
p/s : mana satu yang betul daa...

Jarak waktu antara peristiwa taufan Nabi Nuh a.s. sehingga kelahiran Nabi Ibrahim a.s. :
  • Taurat Ibrani - 292 tahun
  • Taurat Yunaniyyah - 1972 tahun
  • Taurat Samiriyyah - 942 tahun
p/s : lagi sekali....mana satu yang betul daa...

Jumlah angkatan tentera yang diberitahu oleh Yoab kepada raja :

24:9 Lalu Yoab memberitahu kepada raja hasil pendaftaran rakyat. Orang Israel ada 800, 000 orang yang boleh keluar berperang dan orang Yahuda seramai 500, 000.

21:5 Lalu Yoab memberitahu kepada Daud hasil pendaftaran rakyat. Jumlah keseluruhan Bani Israel ialah seramai 1,100,000 orang yang boleh keluar berperang dan orang Yahuda seramai 470, 000 orang yang dapat keluar berperang.

p/s : dan lagi sekali....mana satu yang betul daa...

p/s : Sumber petikan YAHUDI Menurut Al-Quran, Hadis, Taurat dan Injil