Perang Salib I dimenangi oleh pihak Tentera Salib pada 1099 Masehi akibat perebutan ke atas Jerusalem dan daerah sekitar oleh 2 pusat pemerintahan Islam iaitu Fathimiyyah di Mesir dan Abbasiyyah di Baghdad.
Walaupun begitu, pada Perang Salib I, hanya kawasan selatan Mesir yang dikuasai Fathimiyyah sahaja dikuasai oleh Tentera Salib di dalam perang tersebut. Kerana kekuatan tentera Islam di kawasan utara masih belum mampu ditewaskan.
Semasa pendudukan Tentera Salib di Mesir, Salahuddin Al-Ayubi bersama bapa saudaranya, Asadudin telah berkali-kali bertempur memerangi Tentera Salib. Sehinggalah pada 1168 Masehi, Tentera Salib berjaya ditewaskan dengan mengepung Istana Fathimiyyah yang diduduki Tentera Salib. Penduduk Mesir kembali hidup aman setelah Salahuddin Al-Ayubi menjadi Perdana Menteri.
p/s : Ilustrasi Salahuddin Ai-Ayubi bersama Tentera Islam
PERANG SALIB II
Perang Salib II tercetus akibat dari kejayaan Salahuddin Al-Ayubi menawan kembali Istana Fathimiyyah dari Tentera Salib. Kegoyahan Tentera Salib mendorong kepada bantuan Perancis, Britain dan Poland untuk melancarkan Perang Salib II ke atas Mesir, dengan gabungan Tentera Salib dan Romawi Byzantium.
Tentera Salahuddin Al-Ayubi pula bergabung dengan bantuan yang dikirim oleh Sultan Nuruddin dari Damsyiq. Sultan Nuruddin sendiri memimpin tentera berasingan dengan memerangi Tentera Salib di bahagian utara Jerusalem. Dengan cara itu, tidak semua Tentera Salib dapat tertumpu di Mesir untuk memerangi Salahuddin Al-Ayubi.
Maka, Tentera Salib gagal untuk mempertahankan Mesir dan Perang Salib II memihak kepada Tentera Islam.
nota kaki:Jangan gaduh sama sendiri...nanti senang musuh ambik peluang!!!
p/s : sumber Rahsia Baitul Maqdis Palestine