Tuesday, February 8, 2011

Sebesar-besar Penyelewengan terhadap Taurat : Tuduhan terhadap Rasul


Sebesar-besar penyelewengan yang terdapat di dalam Taurat adalah penghinaan/tuduhan terhadap para RASUL *nauzubillah*

NABI LUT sebagai seorang peminum ARAK dan BERZINA dengan anak sendiri sehingga melahirkan dua keturunan yang besar iaitu Bani Moab dan Bani Amon.

19:30 Lut telah keluar dari Zoar lalu menetap di pergunungan bersama-sama dengan kedua-dua anak perempuannya. Ini kerana, beliau tidak berani tinggal di Zoar. Oleh itu, Lut terpaksa tinggal di dalam sebuah gua dengan anak-anaknya.

19:31 Anak perempuannya yang paling tua berkata: Ayah kita telah tua. Sekarang ini, tidak ada seorang lelaki pun yang mampu menghampiri kita seperti kebiasaan orang di luar sana.

19:32 Marilah kita beri ayah kita minum anggur (arak) supaya dia mabuk dan kita dapat menidurinya. Dengan ini, kita dapat menyambung zuriat keturunan ayah kita.

19:33 Pada malam itu, mereka telah memberi ayah mereka minum anggur (arak). Kemudian, anak perempuan sulungnya telah meniduri ayahnya. Sedangkan, ayahnya tidak sedarkan diri dan tidak tahu perbuatan anaknya itu. Apabila bangun dari tidur,

19:34 Keesokan harinya, kakaknya berkata kepada adiknya: Malam tadi aku telah tidur bersama ayah. Eloklah pada malam ini kita lakukan seperti semalam. Berilah ayah minum arak itu supaya kita dapat menyambung zuriat keturunannya.

19:35 Pada malam itu, mereka sekali lagi memberi ayah mereka minum arak. Kemudian, adiknya terus masuk meniduri ayahnya. Ayahnya juga tidak mengetahui perbuatan anaknya itu hingga dia terjaga dari tidur.

19:36 Lalu kedua-dua anak Lut itu mengandung anak hasil dari benih ayah mereka.

19:37 Yang lebih tua melahirkan seorang anak lelaki lalu dinamakan sebagai Moab. Dialah bapa Bani Moab yang ada sekarang ini.

19:38 Yang lebih muda juga melahirkan seorang anak lelaki lalu menamakannya Ben-Ami. Dialah bapa Bani Amon yang ada sekarang ini.

p/s : Sumber petikan YAHUDI Menurut Al-Quran, Hadis, Taurat dan Injil