Wednesday, August 18, 2010

BERANGAN JE LE KAU NI...

Sesuai sangat la tajuk entri ni dgn aku...
Bukan calang-calang punye berangan...tapi berangan tahap gaban!!!
Memang tahap gaban kategori tak ingat dunia...
Heh heh heh...
Pasal ni ha...!!!

Kan aku dah cakap berangan tahap gaban!!!
Gaban pun tak berangan macam tu.

Ni satu lagi...!!!




Yang sebenornya, aritu aku drive nak pegi keje...
ikut highway...ikut lane kanan...lari 150km/j (kire abih laju la tu konon).

Tengah syok2 memotong sambil dengar lagu Amr Diab...tengok cermin pandang belakang.

"Hisss...laju semacam jek kereta dari belakang aku ni".
Kejap je nampak besor kat cermin.
Aku terus masuk lane kiri.

Perrrghhhh....
Vroom...vroom...vroom...
Ada la lebih kurang 20 bijik Ferrari tengah konvoi.
F40...Modena...Testa Rossa...semua model ada.
Plat no. JFF1...QMH11...BKU6...dan macam2 no. sikit yg menandakan bukan calang2 orang yg drive kereta tu.
Agaknya harga plat no. tu sama dgn harga kereta aku ni.

Kena kawen dgn anak sultan baru aku bole pakai kereta ni kot???
Memang sah kau berangan Mi....

Friday, August 13, 2010

BULAN PUASA...ENTRI PUN PUASA KE...

Bulan puasa ni takde idea pulak nk buat entri apa...
Actually ada...tp malas nk penatkan kepala memikir what to write.
Salah tulis...lari fakta...naya je!!!
Jalan2 pegi blog kengkawan pun ok la.
Dapat la baca entri kengkawan...buat ilangkan ngantuk.

Dah kul 6.05 petang...
Sejam lg nk berbuka.
Arini x yah pikir apa nk beli kt bazaar.
Ada orang sponsor...

Nk makan apa ek???
"Chocolate Lover"
"Spaghetti"
"Lamb Chop"


Hmmmm...duk kt sana la baru pikir nk makan apa!!!

Wednesday, August 4, 2010

ANAK SAPA LA NI EK?


Jam pukul 3 pagi...konkrit x abis lg.
Bosan pulak menunggu.
Lastly, buat la entri yg x sepertinya ni.

Balik kampung atuk kat batu pahat.
Jumpa pulak gambar dolu-dolu.
Dah nampak tanda-tanda nak rosak...nasib baik tak koyak.
So...aku snap je. Bole simpan dlm pc.
Tak pun simpan kat arkib negara.

Keh...keh...keh...
Gambar masa umur aku 7 tahun (rasa2nya la kot!)
Anyway, cute gak :)

Tuesday, August 3, 2010

"KENGKAWAN, COULD U DO ME A FAVOUR PLS"


Aritu aku balik bpahat. Atuk pompuan (orang lain panggil nenek) kesayangan aku kembali ke rahmatullah. Maka, kurang la sorang warisan bugis dlm family tree aku.
Tp hal ni xde 'kene menenge' dgn tajuk di atas...mau pun gambo yg tertera nun.

Masa kt rumah atuk aritu, abg aku bluetooth gambo ular tedung selar kepala lima tu.

Dia pun dpt dari hpon mmbr dia via bluetooth.
Ceritanya macam ni....

"Empunya hpon (mmbr abg aku) dpt mimpi suruh datang rumah makcik dia (lokasi aku terpaksa rahsiakan).

Dlm mimpi tu...arahan diterima sebab nak tunjukkan sesuatu di belakang rumah makcik dia.

Mmbr ni pun pegi.
Sampai rumah...bagi salam...masuk...terus menonong bukak pintu dapur.

Zassss...makhluk tu kat atas penutup lurang najis. Snap sekali...berundur tanpa menoleh ke belakang. Agak2 selamat...toleh belakang nak panggil makcik dia. Toleh depan balik...makhluk tu dah takde."

Aku musykil dgn gambar tu.
Ni yang nak mintak tolong kat korang ni.

PLEASE REPLY/INFO KALAU2 KORANG PENAH TERIMA GAMBAR NI VIA EMAIL ATAU ANY OTHER SOURCES.

Aku macam susah nak percaya. Mana la tau...SUPERIMPOSE ke kan!

Wednesday, July 28, 2010

HAIL TO IRAN

Malam tadi aku rasa teruja sangat...tengok Astro 553-National Geographic.
Nak tau pasal apa?

Malam tadi segmen "Don't Tell My Mother" (jangan bagitau kat mak aku!)
...mengisahkan lawatan ke Iran, sebuah Republik Islam yang sehingga kini menjadi negara yang paling kuat memusuhi Israel.
Sehingga kini menjadi satu-satunya negara yang mempunyai visi yang cukup berani - MENGHANCURKAN ISRAEL.

Dalam segmen tu ada diselitkan tentang komuniti Yahudi yang menetap di Iran.
Apa yang aku terlopong ialah pasal komuniti Yahudi di Iran yang...
...hidup aman bersama bangsa lain tanpa gangguan dari kerajaan.
...bebas bergaul tanpa permusuhan.
...bebas beragama - terdapat 25 buah Synagogue (tempat ibadat Yahudi) di Iran.
...bebas berpolitik - ada kerusi di parlimen.

Sehinggakan penulis rancangan tu macam tak percaya dengan apa yang dia tengok di Iran.

p/s : salah sebuah Synagogue (bukan di Iran)

Kesimpulan yang aku dapat dari rancangan tu...

...Barat menggambarkan Iran sebagai negara Paksi Kejahatan kerana visi Iran untuk menghancurkan Israel atau Yahudi, hanyalah propaganda Barat supaya dunia melihat Iran sebagai amat merbahaya.

...komuniti Yahudi di Iran menolak tanggapan bahawa Iran sebagai memusuhi Yahudi secara keseluruhan. Iran hanya memusuhi Yahudi Zionis sahaja - yang mempunyai visi untuk menghancurkan semua bangsa dunia.



Kepada insan yang bernama Mahmoud Ahmadinejad dan Ayatollah Ali Khamenei...

"I SALUTE U...MAY ALLAH BLESS U...HAIL TO IRAN"

Tuesday, July 27, 2010

LU GUA PUNYE....

Mungkin kebanyakan daripada kita hanya tahu Zionis adalah satu2nya gerakan Yahudi yang bergerak untuk orang2 Yahudi.
Mungkin juga ada yang tahu bahawa Freemason juga gerakan Yahudi yang mempunyai tujuan yang sama.
Cuma kita tak biasa dengar Freemason.
Zionis tu memang selalu dengar.
Dalam kes ni, tak boleh nak salahkan sesiapa sebab;

1. Kat media massa kerap keluar berita tentang Zionis. Ada dengar berita tentang Freemason??
2. Zionis bergerak secara terang2an. Freemason secara sembunyi atau halus.

Secara kasar, Freemason dibahagi2kan kepada banyak pertubuhan yang bersifat kebajikan untuk mengaburi pergerakan gerakan itu sendiri.

Aku akan sharekan tentang Freemason. Tapi bukan sekarang. Cukup dengan info kat bawah ni dulu.


p/s : muka depan USD1


p/s : muka belakang USD1

Not US ni direkacipta oleh Pat Robertson.
Seorang anggota Freemasonry daripada Pertubuhan Illumanity.

Kat belakang not ni ada lambang piramid dan tulisan2 lain.
Keseluruhan lambang dan tulisan2 ini merupakan lambang Pertubuhan Illumanity.

v
v
v
v
v
v
v

Lambang piramid merujuk kepada "The Great Pyramid" di Giza, Mesir.
Piramid adalah lambang ilmu sihir dan diketahui berdasarkan batu2 piramid yang disusun di dalam 13 barisan.
Lambang piramid juga merujuk kepada piramid yang terdapat di Segitiga Bermuda yang menjadi tempat tinggal Dajjal laknatullah, yang merupakan pusat pemerintahan Iblis.

Tarikh pada tapak piramid menunjukkan tarikh penubuhan secara rasmi Pertubuhan Illumanity oleh Adam Weishaupt pada 1 Mei 1776. Bukannya merujuk kepada tahun kemerdekaan Amerika Syarikat pada 4 Julai 1776.

Simbol air yang mengelilingi piramid adalah air laut di sekitar Segitiga Bermuda.

Simbol mata di puncak piramid melambangkan mata tuhan Lucifer (Iblis) yang sedang memerhatikan seluruh alam semesta.
---- (maknanya...bila USD sebagai tukaran utama wang, "mata" ada dimana-mana).

Perkataan "NOVUS ORDO, SECLORUM" bermaksud "ORDER BARU SEKULAR".

Perkataan "ANNUIT COEPTIS" bermaksud "PERJUANGAN (PAKATAN SULIT) KITA UNTUK ORDER BARU SEKULAR".

Nanti aku sharekan dengan korang tentang pertubuhan2 lain yang mempunyai agenda atau hala tuju yang sama dengan Zionis.

Tak perasan kita semua dah dikuasai Yahudi secara halus hingga susah nak menidakkannya.
Dan, Yahudi ketawa terbahak-bahak ibarat Lucifer...

..."Lu orang kutuk kita orang pun kita orang tak kisah punye. Lu orang kita dah pegang maa...!!!"

Friday, July 23, 2010

NI GRAFITI @ VANDALISME NI...

Tengah duk ronda2...jumpa pulak hasil seni mat-mat indon.
Ni kira Grafiti ke Vandalisme ni???


Patut la aku tengok terhegeh-hegeh buat keje.
Rupa2nya korang belum dapat gaji la ye...
Kesian korang.
Aku nak tegur cara korang buat keje pun rasa macam tak sampai hati pulak.
Abistu nak buat macamana?
Kalau aku tak tegur korang...aku pulak yang kena tegur.
Aku kena jaga periuk nasik aku jugak.

Macam ni lah!!!
Korang buat mogok la...
Biar Main Contractor kelam kabut sikit.
No Money No Talk

:
:
:
:
:
:



Tapi yang ni aku sangat-sangat tak setuju!!!
Amende pulak Salary First???
Safety First la...!!!
Kalau tak safe...korang tak dapat pegang salary jugak...
Dah mati katak jatuh dari tingkat 8...macamana nak pegang duit salary tu!!!