Wednesday, February 16, 2011

Terima Kasih Mohd. Zubir Zakaria

Gua salute sama lu Bro Zubir sebab menyuarakan pendapat lu dalam artikel Utusan Malaysia.
Bagi yang tak suka kenyataan Bro Zubir...is up to you.
Bagi yang suka pun...is up to you.
Walau macamanapun, kenyataan is kenyataan...fact is fact.
Sekurang-kurangnya, artikel ni sedikit sebanyak berupa nasihat sesama kita.

Gua pun ada Hari Kekasih yang gua sambut...
...birthday dan anniversary wife gua...heh heh heh!!!

p/s : sumber Utusan Malaysia

Nasihat Sang Cartoon

Sempena dengan so called 'perayaan' nih...jom tgk cartoon ni kejap.

Gua ambik dari paper Utusan Malaysia...sentap beb...kih...kih...kih!!!!


p/s : JANGAN MARE AAAAA.....

Monday, February 14, 2011

Sebesar-besar Penyelewengan terhadap Taurat : Tuduhan terhadap Rasul 2





"Yahudi memfitnah Nabi Daud sebagai seorang kaki perempuan walaupun sudah tua". *nauzubillah*




1:1 Ketika Raja Daud telah tua dan usianya telah lanjut, walaupun badannya sentiasa diselimuti, badannya tetap kesejukan.

p/s : sekadar hiasan je...

1:2 Lalu, para pegawainya berkata : "Sebaik-baiknya hendaklah dicari seorang anak dara yang masih muda untuk Tuanku supaya dapat melayani dan merawat Tuanku. Biarlah dia berbaring di sebelah Tuanku sehingga badan Tuanku menjadi panas".

1:3 Dengan itu, dia memerintahkan agar dicari seorang gadis yang cantik di seluruh daerah Israel. Lalu mereka menemui Abisag (gadis Sunem) dan dibawa menghadap kepada Raja Daud.

1:4 Gadis itu amat cantik dan dia menjadi jururawat raja serta melayani baginda.

p/s : Sumber petikan YAHUDI Menurut Al-Quran, Hadis, Taurat dan Injil dan Israelimages

Tuesday, February 8, 2011

Sebesar-besar Penyelewengan terhadap Taurat : Tuduhan terhadap Rasul


Sebesar-besar penyelewengan yang terdapat di dalam Taurat adalah penghinaan/tuduhan terhadap para RASUL *nauzubillah*

NABI LUT sebagai seorang peminum ARAK dan BERZINA dengan anak sendiri sehingga melahirkan dua keturunan yang besar iaitu Bani Moab dan Bani Amon.

19:30 Lut telah keluar dari Zoar lalu menetap di pergunungan bersama-sama dengan kedua-dua anak perempuannya. Ini kerana, beliau tidak berani tinggal di Zoar. Oleh itu, Lut terpaksa tinggal di dalam sebuah gua dengan anak-anaknya.

19:31 Anak perempuannya yang paling tua berkata: Ayah kita telah tua. Sekarang ini, tidak ada seorang lelaki pun yang mampu menghampiri kita seperti kebiasaan orang di luar sana.

19:32 Marilah kita beri ayah kita minum anggur (arak) supaya dia mabuk dan kita dapat menidurinya. Dengan ini, kita dapat menyambung zuriat keturunan ayah kita.

19:33 Pada malam itu, mereka telah memberi ayah mereka minum anggur (arak). Kemudian, anak perempuan sulungnya telah meniduri ayahnya. Sedangkan, ayahnya tidak sedarkan diri dan tidak tahu perbuatan anaknya itu. Apabila bangun dari tidur,

19:34 Keesokan harinya, kakaknya berkata kepada adiknya: Malam tadi aku telah tidur bersama ayah. Eloklah pada malam ini kita lakukan seperti semalam. Berilah ayah minum arak itu supaya kita dapat menyambung zuriat keturunannya.

19:35 Pada malam itu, mereka sekali lagi memberi ayah mereka minum arak. Kemudian, adiknya terus masuk meniduri ayahnya. Ayahnya juga tidak mengetahui perbuatan anaknya itu hingga dia terjaga dari tidur.

19:36 Lalu kedua-dua anak Lut itu mengandung anak hasil dari benih ayah mereka.

19:37 Yang lebih tua melahirkan seorang anak lelaki lalu dinamakan sebagai Moab. Dialah bapa Bani Moab yang ada sekarang ini.

19:38 Yang lebih muda juga melahirkan seorang anak lelaki lalu menamakannya Ben-Ami. Dialah bapa Bani Amon yang ada sekarang ini.

p/s : Sumber petikan YAHUDI Menurut Al-Quran, Hadis, Taurat dan Injil



Monday, February 7, 2011

Mari Mengenal Taurat - Bhg. 7 (Bukti Penyelewengan Taurat)


Sebagaimana entri Bukti Penyelewengan Taurat Bhg. 7, terdapat 3 bahagian Taurat iaitu;
  • Taurat Ibrani
  • Taurat Yunaniyyah
  • Taurat Samiriyyah
Percanggahan fakta antara 3 Taurat :

Jarak waktu antara zaman Nabi Adam hingga peristiwa taufan Nabi Nuh a.s. :
  • Taurat Ibrani - 1656 tahun
  • Taurat Yunaniyyah - 2262 tahun
  • Taurat Samiriyyah - 1308 tahun
p/s : mana satu yang betul daa...

Jarak waktu antara peristiwa taufan Nabi Nuh a.s. sehingga kelahiran Nabi Ibrahim a.s. :
  • Taurat Ibrani - 292 tahun
  • Taurat Yunaniyyah - 1972 tahun
  • Taurat Samiriyyah - 942 tahun
p/s : lagi sekali....mana satu yang betul daa...

Jumlah angkatan tentera yang diberitahu oleh Yoab kepada raja :

24:9 Lalu Yoab memberitahu kepada raja hasil pendaftaran rakyat. Orang Israel ada 800, 000 orang yang boleh keluar berperang dan orang Yahuda seramai 500, 000.

21:5 Lalu Yoab memberitahu kepada Daud hasil pendaftaran rakyat. Jumlah keseluruhan Bani Israel ialah seramai 1,100,000 orang yang boleh keluar berperang dan orang Yahuda seramai 470, 000 orang yang dapat keluar berperang.

p/s : dan lagi sekali....mana satu yang betul daa...

p/s : Sumber petikan YAHUDI Menurut Al-Quran, Hadis, Taurat dan Injil


Thursday, January 27, 2011

Mari Mengenal Taurat - Bhg. 6 (Bukti Penyelewengan Taurat)

Terdapat 39 Safar *mungkin macam juzuk dalam Al-Quran kot...wallahualam* di dalam Taurat dan terbahagi kepada 4 bahagian.

Bahagian Pertama dikenali sebagai Safar Musa dan terbahagi kepada 5 bahagian iaitu;
Safar Kejadian, Safar Keluaran, Safar Imamat, Safar Bilangan dan Safar Ulangan.

Hanya Bahagian Pertama sahaja ada diceritakan di dalam Al-Quran tentang kewujudannya...3 Bahagian lagi hanyalah penulisan dan rekaan manusia semata-mata *pandai-pandai korang je cipta kalam Allah*.

Terdapat 3 jenis Taurat *boleh ke wahyu Allah diturunkan dalam banyak versi?* iaitu;

1) Taurat Ibrani : Taurat yang dianggap paling benar oleh pengikut Yahudi dan Protestan.

2) Taurat Yunaniyyah : Taurat yang dianggap paling benar oleh pengikut Kristian Nasrani.

3) Taurat Samiriyyah : Taurat yang dianggap paling benar oleh pengikut Samiriyyah.


p/s : Sumber petikan YAHUDI Menurut Al-Quran, Hadis, Taurat dan Injil

Tuesday, January 25, 2011

Mari Mengenal Taurat - Bhg. 5 (Bukti Penyelewengan Taurat)


Taurat sebagaimana diwahyukan Allah kepada Nabi Musa banyak mengisahkan tentang perkara-perkara yang telah berlalu iaitu perkara-perkara sewaktu Nabi Musa masih hidup.

Namun, umpama ada orang ketiga yang menceritakan kisah Nabi Musa sehingga diwafatkan oleh Allah.

Antara petikan dari Taurat yang didakwa asli :

34:6 Beliau telah dikebumikan di suatu lembah di tanah Moab, berdekatan Bet-Peor. Tidak ada seorang pun yang tahu kuburnya sampai hari ini. * bagaimana penulis tahu kubur Nabi Musa? Sedangkan tertulis "...tiada seorang pun yang tahu kuburnya..." *

34:7 Ketika diwafatkan, Musa berumur seratus dua puluh tahun; matanya belum kabur dan masih kuat. * mungkinkah seorang Nabi yang juga manusia; tahu umur pada masa kematiannya? *

34:10 Sebagaimana Musa yang dikenal TUHAN dengan bertentang wajah, ketahuilah bahawa tidak ada lagi nabi yang akan bangkit antara orang Israel. * ramai nabi dari Bani Israel selepas Nabi Musa iaitu Nabi Harun, Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Nabi Zulkifli, Nabi Zakaria, Nabi Yahya dan Nabi Isa a.s. *

p/s : Sumber petikan YAHUDI Menurut Al-Quran, Hadis, Taurat dan Injil