Wednesday, October 13, 2010

SINDIRAN SANG CARTOON

p/s : sindiran yang cukup baek punye *bak kata Dafi*

Hah...???
Tahun 201101 baru jumpe Osama Bin Laden...?? *dah kiamat kot masa tu*
Tu pun jumpe fosil je.

Awat lama sangat nak cari Osama ni.
Kalau tengok pada teknologi ketenteraan korang * sebagaimana korang war-warkan*
- teknologi korang la yang paling canggih.
- radar korang la yang paling tepat cari sasaran.
- senjata korang la yang paling tepat tuju sasaran.
- ...dan macam2 paling la yang korang ada.
Ni nak cari sorang pun tak jumpe2!!!
Apa cerite beb!!!

Aku rasa la kan...korang bedek je ni!!!
Kalau ikut hukum akal...tak logik kalau tak jumpe mamat sorang tu.
Hmmm...

Macamana kalau aku bagi pandangan aku pulak.

* Teknologi ketenteraan korang memang canggih...
...sebab korang nak jual segala macam senjata korang. Boleh untung besar maa...!!!

* Teknologi ketenteraan korang memang canggih...
...sebelum korang jual, korang kasi test la. Takkan nak test kat tempat korang kan...!!!

Terpikir pulak aku...
Entah2 Osama tu memang dah mati kot! *teknologi ketenteraan korang kan canggih*

Tapi korang saje je cakap *ikut sedap korang* tak jumpe lagi...
...sebab

kalau dah jumpe...
...korang kena balik kampung...tanam jagung. Kena keluar dari Afghanistan.

kalau korang balik kampung...
...tak tercapai la misi Israel nak bina Eretz Yizrail/Israel Raya (negara impian Israel menganjur dari Lembah Nil hingga Euphrates).
...tak dapat la korang nak duduk keliling Eretz Yizrail (untuk kawal Yahudi dari ancaman luar).

Pandai korang eh!!! *pandai membohong*
Bergeliga kepala otak...boleh buat batu cincin.

Patut korang ni dibaling bertubi-tubi secara berjemaah dengan buku je...

"KAU BOLEH...ORANG LAIN TAK BOLEH"

Baru-baru ni berita mengkhabarkan Israel menyatakan keberangannya di atas persetujuan kerajaan Russia untuk membekalkan 72 unit peluru berpandu P-800 Yakhont kepada kerajaan Syria.

Israel berpendapat, urusan penjualan berkaitan akan mengganggu kestabilan rantau Timur Tengah. *ye ke stabil skrg ni? rasa macam tak stabil je*

Kalau cerita pasal 'kestabilan'...
Aku rasa Israel lah yang buat Timur Tengah tu tak stabil.
Kalau semua negara Arab kat Timur Tengah tu ada senjata-senjata yang canggih...macam Negeri-negeri Bersatu Amerika (USA), baru lah masing-masing tak berani jadi 'hero'.

Yang Israel sibuk dengan urusan negara orang tu apasal!!!
Yang USA bekalkan senjata selama ni...kira macamana pulak???
Tak gugat kestabilan Timur Tengah???

Tup...tup...
USA pulak buat urusan dengan Israel untuk jual 20 jet F-50.


Dan, Israel cakap...
"urusan penjualan jet ini akan meningkatkan kestabilan rantau Timur Tengah".

"Ooo...kau buat boleh! Orang lain tak boleh!"

Yang nyata...
"urusan penjualan jet kepada Israel akan meningkatkan ketidakseimbangan kuasa di rantau Timur Tengah".

"Makin kuat la kau buli orang eh!!!"

Tuesday, October 12, 2010

FESYEN LEPAS RAYA

Syawal dah berlalu.
Macam biasa tempat aku line clear main mercun.
Heh...heh...heh...
Bapak dah macam anak.
Main mercun tak ingat dunia.
Lepas Penyimpan Mohor Besar isytihar "Esok Raya"...
...dum...dam...dum...dam...
Dah macam perang dah.
Asap penuh sampai ke tengah jalan...macam kabus di kala subuh je!

Alhamdulillah...
takde yang putus jari...
takde yang kudung tangan...
takde yang hilang telinga...

Tapi...
Awatnya lepas raya jadi lagu ni jang!!!


p/s : fesyen lepas raya anak sedara...bahana meriam buluh.
"Macam mumia dah aku tengok kau!"

gaya seorang bakal IR

Bila bekerja dalam bidang construction ni, perkara paling utama adalah SAFETY.
Tak kira kau ni kerja kat site ke...atau pun pelawat yang masuk ke site.

Cuba bayangkan tengah duk lalu kat building yang under construction...tiba2...berdebub...batu bata jatuh dari tingkat 5...timpa atas kepala!
Mau meninggal orang tu.
Jangan cakap batu bata la...plier jatuh atas kepala pun bole meninggal.
* tang ni kena mintak ahli fizik kira momentum plier tu bila kena kepala...dengan mengambilkira jarak, (h) tinggi bangunan dengan kepala, halaju, (v) angin dsb.*


So, bagi mereka2 yang pegi ke site...diingatkan...
SAFETY FIRST
Demi keselamatan anda.

Lihat contoh di bawah :
p/s : engineer muda melawat progress kerja di tapak.

Tapi...macam nak pecah perut pulak bila tengok gambar ni :

V
V
V
V
V
V
V


...macam tak kena pulak pesen nyer.

Anyway
SAFETY FIRST

Saturday, October 9, 2010

* JOM JADI FOLLOWER GADIS KAMPUNG *

Alamak...!!! Ada contest la...!!!
Hadiahnya RM101...
Ok la tu...siapa nk bagi kan.
Kalau RM1001 ke...RM1010 ke...lg best kot!
Hehehehehe...lebih2 pulak gua ni...!!!

Cuba je la masuk contest ni. Mana la tau Gadis Kampung berbesar hati nk bagi hadiah...ok gak tu.
Lagi pun Gadis Kampung dah jemput via http://nukilangadiskampung.blogspot.com/
Tak baik tolak jemputan orang...ye tak!

Contest Gadis Kampung ialah contest nk cari follower dia yg ke-1010...sempena anniversary dia.
Aduyai...aku follower ke-146 kot.
Takde chance la gamaknya nih...!!!
Takpe...takpe...join je contest ni. Bukan rugi pun.
At least...selalu jugak aku lepak kat blog dia.
Blog Gadis Kampung ni menarik...tak banyak gadget...tak lambat nak bukak blog dia nih...tak banyak cekadak * kalau banyak gadget, lama sehhh nak tunggu*.

p/s : dapat la hendaknya hadiah dari Gadis Kampung....Aminnnnnn.

Ehhh...mcmana nk copy banner Gadis Kampung nih...!!!!

Friday, October 8, 2010

BILA IDEA TAK MARI

Dah lama tak berblog * bz sgt la tu konon *.
Heh heh heh...tapi memang betul.
Lepas cuti-cuti raya ni...banyak pulak kerja nak di'settle'kan *elehhh...bulan puasa aritu kan dah banyak relax*.
Nak ber'blogging' pun tak sempat...tak larat nak pikir apa yang nak ditulis *tapi sempat surf blog follower & di'follow'*.
Aku merapu sekarang ni pun kira takde idea nak tulis la ni...

Ok la...
Aku nak solat maghrib dulu.
Malam kang tengok la nanti...kalau rajin, aku sambung.
Kalau rajin tido...
...aku ZZZZZ jek!!!