Pada Bhg. 1 sebelum ni, aku ada ceritakan tentang turunnya Taurat kepada Nabi Musa, diajar kepada kaumnya (Bani Israel/Yahudi) sehinggalah Nabi Musa diwafatkan.
Setelah kewafatan Nabi Musa, Yusaak Bin Nun telah dilantik dan memimpin Bani Israel.
Ketika berperang, Taurat yang diletakkan di dalam Tabut akan dibawa sebagai tanda penghormatan. Walau bagaimanapun, pada suatu ketika mereka tewas di dalam peperangan dengan bangsa Kana'aniyyun, Tabut ditinggalkan dengan tanggapan ianya merupakan beban dan tidak berfaedah. * betapa ingkar bangsa Yahudi yang tidak perihatin terhadap Taurat yang tertera kalimah Allah yang terdiri daripada asas keagamaan *
Sejak itu, Tabut yang terkandung di dalamnya Taurat telah hilang beratus-ratus tahun lamanya.
Pada zaman Nabi Saul, Bani Israel meminta dilantik seorang ketua untuk memimpin mereka. Maka, Tolut dipilih sebagai ketua dan raja Bani Israel. Namun, Bani Israel menolak berikutan kedudukan Tolut yang miskin dan dari keturunan Bunyamin (adik paling bongsu dari 12 orang anak-anak Nabi Ya'akob). Bani Israel orang yang layak menjadi ketua adalah dari keturunan Levi (anak sulung Nabi Ya'akob) atau keturunan Yahuza (anak ketiga Nabi Ya'akob).
Maksud Firman Allah :
"Nabi mereka berkata : Allah telah melantik Tolut sebagai raja kamu. Mereka menjawab : Bagaimana dia boleh menjadi raja kami sedangkan kami lebih berhak memegang jawatan itu. Bahkan dia juga bukan memiliki harta kekayaan. Nabi mereka berkata : Sesungguhnya Allah memilihnya (Tolut) menjadi raja kamu. Allah telah mengurniakan kepadanya kelebihan ilmu pengetahuan dan tubuh badan yang perkasa. Ingatlah, hak memberi kuasa pemerintahan hanyalah milik Allah. Dia berkuasa memberi kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Allah maha luas rahmat dan kurniaanNya serta maha luas ilmu pengetahuan Allah." - Surah al-Baqarah : 247
Bani Israel tetap ingkar dan tidak mahu menerima Tolut sebagai raja. * biadap sungguh Yahudi ni...melawan perintah Allah *
Namun, Bani Israel terpaksa akur setelah Allah mengurniakan mukjizat kepada Tolut...kembalinya Tabut yang terkandung Taurat di dalamnya setelah hilang selama 500 tahun.
Maksud Firman Allah :
"Nabi mereka berkata : (Bukti yang boleh menunjukkan bahawa Kerajaan Tolut benar-benar wahyu Allah) peti Tabut yang mengandungi sesuatu yang memberi ketenteraman jiwa dari Tuhan kamu dan berisi sebahagian daripada apa yang telah ditinggalkan oleh keluarga Nabi Musa dan Harun akan dikembalikan kepadamu. Ia akan dibawa oleh Malaikat. Sebenarnya, peristiwa itu mengandungi keterangan bagi kamu jika kamu benar-benar beriman." - Surah al-Baqarah : 248
* Itu lah Yahudi...awal-awal lagi dah nampak kebiadapan dan ke'kurang ajar'an *
p/s : Sumber petikan YAHUDI Menurut Al-Quran, Hadis, Taurat dan Injil
No comments:
Post a Comment