Wednesday, May 25, 2011

Misi Yahudi Berjaya Lagi


Berakhirlah riwayat Osama Bin Laden *dakwaan USA*, hanya seorang individu yang amat digeruni kelompok kufur. Hanya seorang individu yang menggegar dunia dengan Peristiwa 11 September *dakwaan USA*. Hanya seorang individu yang mampu menggugat misi dan visi Yahudi Laknatullah.

Maka, terlaksanalah langkah berjaga-jaga Yahudi di dalam usaha memerangi dan melenyapkan individu yang memiliki karakter-karakter sebagaimana gambaran Imam Mahadi. Senasib dengan individu-individu yang berjaya dilenyapkan...juga memiliki karakter yang sama - Saddam Hussein, Syeikh Ahmed Yassin dan Abdel Aziz al-Rantissi. Mungkin, Mahmoud Ahmadinejad, Muammar Gaddafi dan Bashar al-Assad juga menjadi sasaran seterusnya.

Al-Syahid Dalam kenangan - Al-Fatihah

Seperti biasa, tanpa pengiktirafan sebagai Polis Dunia *tak malu!!!...lantik diri sendiri* pencerobohan ke atas kedaulatan sesebuah negara, Osama Bin Laden dibunuh. Secara peribadi, ianya satu tindakan yang langsung tidak menghormati dasar kemanusiaan.


"Tindakan AS bukan satu keadilan kerana keadilan bermakna membawa suspek ke mahkamah,mensabitkan kesalahan berdasarkan bukti kukuh dan menjatuhkan hukuman" - Geoffrey Robertson


"AS bertindak seperti polis, hakim dan pelaksana hukuman mati ke atas Osama dan tindakan itu jelas melanggar undang-undang antarabangsa"
- Helmut Schmidt

"Amerika menggalakkan hukuman rimba di mana-mana sahaja, sama ada di Afghanistan, Iraq, Pakistan atau Libya"
- Syed Ahmed Bukhari

p/s : Sumber - Akhbar Tempatan

No comments:

Post a Comment