Mungkin ramai yang sedia maklum tentang siapa itu Yahudi...satu bangsa yang cukup terkenal dengan berbagai kekejaman yang telah dan sedang dilakukan ke atas bangsa Arab (Palestin). Satu bangsa yang terkenal dengan kejayaan menubuhkan sebuah negara haram di atas tanah milik bangsa Arab. Mungkin juga ramai yang beranggapan semua bangsa Yahudi adalah sama iaitu dari susur galur Bani Israel...dari susur galur Nabi Yaakob a.s. Percaya atau tidak, bukan semua Yahudi datang dari susur galur Nabi Yaakub? Bukan semua Yahudi itu Bani Israel.
Empayar Khazaria |
Over a thousand years ago, the far east of Europe was ruled by Jewish kings who presided over numerous tribes, including their own tribe: the Turkic Khazars. After their conversion, the Khazar people used Jewish personal names, spoke and wrote in Hebrew, were circumcised, had synagogues and rabbis, studied the Torah and Talmud, and observed Hanukkah, Pesach, and the Sabbath. The Khazars were an advanced civilization with one of the most tolerant societies of the medieval period. It hosted merchants from all over Asia and Europe. On these pages it is hoped that you may learn more about this fascinating culture. - Khazaria.com : The American Center of Khazar Studies
Sekitar tahun 740 Masihi, Raja, pembesar-pembesar dan ketua-ketua tentera Empayar Khazar serta rakyat yang berbangsa Turki Khazar telah memeluk agama Yahudi. Di antara sebab mengapa mereka memilih agama Yahudi adalah kerana faktor politik. Empayar Khazar diapit oleh Empayar Byzantine yang beragama Kristian dan Empayar Umaiyyah. Untuk bersifat neutral, mereka memilih agama Yahudi.
Sejak dari itu, ramai bangsa Yahudi yang tinggal di Empayar Byzantine lari dan memasuki Empayar Khazar akibat dari penyiksaan dari pemerintah Byzantine. Empayar Khazar yang baru memeluk agama Yahudi menerima pelarian Yahudi atas sebab agama dan merasakan mereka sebagai pelindung kepada bangsa dan agama Yahudi. Empayar Khazar menjadi taksub dengan agama dan bangsa Yahudi sehingga mereka menjadi penyebar agama Yahudi keatas setiap wilayah jajahannya. Cara hidup dan bahasa yang digunakan juga adalah sebagaimana bangsa Yahudi. Tempoh yang panjang menyebabkan bangsa Khazar telah menjadi sebahagian dari bangsa Yahudi. Mereka menjadi "lebih Yahudi dari Yahudi".
Pada kurun ke-12 dan ke-13, Empayar Khazar menjadi lemah atas sebab pepecahan dalaman pemerintahan. Kesempatan ini diambil oleh Empayar Rus (Viking) dan Empayar Mongol. Maka berakhirlah Empayar Khazar. Penjajahan ini menyaksikan penyeksaan ke atas bangsa Yahudi dan bangsa Khazar sehinggakan mereka bertebaran ke serata Eropah terutamanya Hungary, Poland, Ukraine dan Russia.
Sebagaimana dunia maklum, Perang Dunia Kedua menyaksikan bagaimana penghapusan bangsa Yahudi secara besar-besaran berlaku di Eropah Timur. Dunia juga maklum dan bersimpati dengan penindasan ke atas bangsa Yahudi.
PERSOALANNYA : ADAKAH MEREKA ITU YAHUDI ATAU KHAZAR?
Sumber :
- Travelog Misteri : Israel Kuasai Dunia
- Khazaria.com : The American Center of Khazar Studies
No comments:
Post a Comment