Friday, May 14, 2010

ni yang paling aku tak gemor ni...!!!

First of all...syabas kepada para penyokong skuad Thomas Cup negara. Semangat, sokongan dan sorakan yg korang tunjukkan memang cukup membanggakan aku...membangkitkan semangat aku. Lebih2 lagi masa semi final. Dan aku percaya, skuad negara pun akan rasa macam tu. Syabas sekali lagi.

Cuma satu ni je yang paling aku tak gemor. Bila aku tengok game kat tv...

Mesti Malaysia kalah!!! Kalau aku tak tengok...boleh menang pulak!!! Atau aku ni bawak suwey kot??? Tak mungkin...tak mungkin. Aku tak percaya benda2 khurafat macam ni.

Anyway, this is my comment to the semi final game. Bukan untuk mengutuk tapi sekadar buat renungan bersama (kalau berguna la pandangan aku ni).

Aku tengok...player kita macam tak boleh main betul2. Macam gugup je...tertekan sebab tengok ramai sangat supporter kot?? Come on beb...you are professional maa...!!! Top world ranking tu...

Paling aku tak puas hati...time tengok 1st game.

Boleh dikira dengan jari berapa kali player kita kasi smash ball kat opponent. Setakat drop shot?? Kacang je bagi opponent tu.
Semua orang tau...smash akan membuatkan opponent tertekan dari segi mental dan tenaga. Sebab kena guna otak nak placing balik shuttle dan kerah tenaga untuk bertindak aggresif untuk sambut shuttle tu.

Kalau takde smashing...rilek je la opponent main. Tak tertekan langsung. Dan secara mental, mungkin opponent akan pikir..."penat kot lawan aku ni". Opponent pun sempat pikir nak guna teknik apa untuk kalahkan player kita.

Takpe lah...
Lain kali bole cuba lagi. Mungkin lepas ni opponent pulak yang tak terlawan dengan player kita. Dan, tak lah suwey bila aku tengok game kat tv nanti.

Insyallah....

2 comments:

  1. Ala, our players cam tak cukup makan je.

    P/S: Malaysia ni kaya dengan makanan yang macam-macam!

    ReplyDelete
  2. Dibagi makan imbuhan lain2 dh byk rasanya. Duit rakyat tu...cukai, income tax etc.
    Rasanya dh terlalu selesa kot.

    ReplyDelete