Tuesday, May 11, 2010

Siapa Penduduk Asal

Sebelum ni aku pernah ceritakan pasal 'bangsa pilihan' berjumpa dengan Sultan Abdul Hamid II (Khalifah Kerajaan Uthmaniah), untuk dapatkan Palestin.

Ada sorang kawan aku tanya, "Khalifah tu ke yg bukak Palestin?"

Jawapannya...TIDAK.

Now aku nk ceritakan pasal penduduk asal bumi Palestin. Sama la jugak mcm atuk nenek moyang kita yg teroka tanah...then, duduk kat tanah tu sampai la cucu cicitnya apply geran.

Sejarah telah menceritakan;

Bangsa Kan'an yang berasal dari Semenanjung Tanah Arab, merupakan bangsa yang terawal berhijrah dan duduk di bumi Palestin sejak 4500 tahun dulu (kemudian dikenali sebagai bangsa Palestin)...iaitu 1500 tahun sebelum Bani Israel menetap di bumi Palestin. Walaupun di dalam beberapa tempoh bumi Palestin diperintah oleh berbagai kerajaan, mereka tetap duduk kat situ. Berbeza dengan Bani Israel yang berpindah randah. Sama ada dihalau atau memang nak pindah.



2500 Sebelum Masehi
Bangsa Kan'an menempati dan menduduki Baitul Maqdis - dikenali sebagai Salem, Jerusalem atau Urusalem di bawah Raja Sadek. Pada masa ini, Nabi Ibrahim a.s. datang berhijrah dari Babylon (Iraq).

2000 Sebelum Masehi
Bangsa Amorites dan Phonicia datang berhijrah.

1200 Sebelum Masehi
Bani Israel yang keluar dari Mesir tanpa Nabi Musa a.s. dan Nabi Harun a.s. berhijrah ke bahagian timur Jerusalem dengan cara mendesak penduduk bangsa Kan'an.

1025-586 Sebelum Masehi
Tempoh kekuasaan Raja-raja Bani Israel; Syaul, David, Soloman, Israel & Judea.

1010 Sebelum Masehi
Bangsa Palestin mengalahkan Raja Syaul.

722 & 586 Sebelum Masehi
Kerajaan Assyria & Babylonia mengalahkan Raja Israel & Judea. Pada masa ini, Raja Nebuchadnezzar II melakukan penawanan besar2an terhadap 'bangsa pilihan' dan dibawa ke Babylon. Pada masa ini juga 'bangsa pilihan' menulis kitab mereka (Old Testament).

539 - 331 Sebelum Masehi
Kerajaan Parsi mengalahkan Kerajaan Babylonia seterusnya menduduki Jerusalem. Pada masa ini, 'bangsa pilihan' yang ditawan di Babylonia diizinkan kembali ke Jerusalem. Walau macamanapun, tawaran tu ditolak.

332 Sebelum Masehi
Kerajaan Macedonia menduduki Jerusalem setelah mengalahkan Kerajaan Parsi.

166 - 37 Sebelum Masehi
Tempoh Yahudi Maccabean mendirikan kerajaan di Jerusalem.

70 Masehi
Raja Titus dari Kerajaan Romawi menduduki Jerusalem dan membakar rumah ibadat Yahudi dan membunuh orang Yahudi.

117 - 138 Masehi
Uryanus dari Kerajaan Romawi membunuh hampir semua orang Yahudi. Tidak ada satu bangunan pun yang tidak musnah.

313 Masehi
Jerusalem di bawah Kerajaan Byzantium. Gereja Al-Kiyamah didirikan di atas Bukit Jiljalah.

614 Masehi
Kerajaan Parsi menduduki Jerusalem. Bangunan suci dihancurkan dan 90 ribu orang Kristian dibunuh dengan bantuan orang Yahudi.

627 Masehi
Kerajaan Byzantium merampas Jerusalem dari Kerajaan Parsi.

636 Masehi
Kerajaan Byzantium meninggalkan Jerusalem setelah tewas kepada tentera Islam di dalam Perang Yarmuk.

Dari catatan sejarah di atas ni, dapat la kita tahu siapa penduduk asal Palestin. Iaitu bangsa Kan'an yang dikenali sebagai bangsa Palestin. Bangsa-bangsa lain datang kemudian dari bangsa Palestin ni.

Tak tau la pendapat korang macamana pulak.

Bak kata Nabil..."LU PIKIR LAH SENDIRI...ASSALAMUALAIKUM".

3 comments: