Thursday, January 27, 2011

Mari Mengenal Taurat - Bhg. 6 (Bukti Penyelewengan Taurat)

Terdapat 39 Safar *mungkin macam juzuk dalam Al-Quran kot...wallahualam* di dalam Taurat dan terbahagi kepada 4 bahagian.

Bahagian Pertama dikenali sebagai Safar Musa dan terbahagi kepada 5 bahagian iaitu;
Safar Kejadian, Safar Keluaran, Safar Imamat, Safar Bilangan dan Safar Ulangan.

Hanya Bahagian Pertama sahaja ada diceritakan di dalam Al-Quran tentang kewujudannya...3 Bahagian lagi hanyalah penulisan dan rekaan manusia semata-mata *pandai-pandai korang je cipta kalam Allah*.

Terdapat 3 jenis Taurat *boleh ke wahyu Allah diturunkan dalam banyak versi?* iaitu;

1) Taurat Ibrani : Taurat yang dianggap paling benar oleh pengikut Yahudi dan Protestan.

2) Taurat Yunaniyyah : Taurat yang dianggap paling benar oleh pengikut Kristian Nasrani.

3) Taurat Samiriyyah : Taurat yang dianggap paling benar oleh pengikut Samiriyyah.


p/s : Sumber petikan YAHUDI Menurut Al-Quran, Hadis, Taurat dan Injil

Tuesday, January 25, 2011

Mari Mengenal Taurat - Bhg. 5 (Bukti Penyelewengan Taurat)


Taurat sebagaimana diwahyukan Allah kepada Nabi Musa banyak mengisahkan tentang perkara-perkara yang telah berlalu iaitu perkara-perkara sewaktu Nabi Musa masih hidup.

Namun, umpama ada orang ketiga yang menceritakan kisah Nabi Musa sehingga diwafatkan oleh Allah.

Antara petikan dari Taurat yang didakwa asli :

34:6 Beliau telah dikebumikan di suatu lembah di tanah Moab, berdekatan Bet-Peor. Tidak ada seorang pun yang tahu kuburnya sampai hari ini. * bagaimana penulis tahu kubur Nabi Musa? Sedangkan tertulis "...tiada seorang pun yang tahu kuburnya..." *

34:7 Ketika diwafatkan, Musa berumur seratus dua puluh tahun; matanya belum kabur dan masih kuat. * mungkinkah seorang Nabi yang juga manusia; tahu umur pada masa kematiannya? *

34:10 Sebagaimana Musa yang dikenal TUHAN dengan bertentang wajah, ketahuilah bahawa tidak ada lagi nabi yang akan bangkit antara orang Israel. * ramai nabi dari Bani Israel selepas Nabi Musa iaitu Nabi Harun, Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Nabi Zulkifli, Nabi Zakaria, Nabi Yahya dan Nabi Isa a.s. *

p/s : Sumber petikan YAHUDI Menurut Al-Quran, Hadis, Taurat dan Injil

Tuesday, January 18, 2011

Mari Mengenal Taurat - Bhg. 4 (Celaka Bagi Mereka yang Mengubah Taurat)

Sesungguhnya, Taurat telah diubah, ditokok-tambah oleh kaum Yahudi *subhanallah* sebagaimana Firman Allah yang bermaksud;


"Oleh kerana mereka mencabuli perjanjian setia, KAMI telah melaknat mereka. KAMI jadikan hati mereka keras agar tidak menerima kebenaran. Mereka sentiasa mengubah kalimah-kalimah yang ada di dalam Kitab Taurat dengan menukar dan mengubah maksudnya yang sebenar. Mereka lupa beberapa peringatan yang telah diberikan kepada mereka. Engkau (Muhammad) pasti sentiasa melihat perbuatan khianat yang mereka lakukan. Hanya sedikit dari mereka yang berlaku adil. Oleh itu, maafkanlah mereka jika mereka bertaubat dan janganlah hiraukan mereka. Ketahuilah, sesungguhnya ALLAH suka kepada orang-orang yang berusaha memperelokkan amalannya." - Surah Al-Maidah: 13

Juga sebagaimana Firman Allah yang bermaksud;

"Setelah engkau (Muhammad) dan pengikut-pengikut mu mengetahui tentang kerasnya hati orang-orang Yahudi itu, apakah kamu yakin mereka akan beriman dan menyahut seruan Islam yang kamu sampaikan itu? Padahal segolongan dari mereka yang pernah mendengar Kalamullah (Taurat), tetapi mereka mengubah dan menukar maksudnya walaupun mereka telah memahaminya. Sedangkan, mereka sedar perbuatan itu salah." - Surah Al-Baqarah: 75

Dan sebagaimana Firman Allah yang bermaksud;

"Kecelakaan bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka lalu mengubah Kalamullah. Kemudian mereka berkata: Ini adalah dari ALLAH. Mereka melakukan begitu semata-mata mencari keuntungan dunia yang sedikit. Kecelakaan bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka dan kecelakaan bagi mereka terhadap apa yang mereka usahakan itu." - Surah Al-Baqarah: 79


p/s : Sumber petikan YAHUDI Menurut Al-Quran, Hadis, Taurat dan Injil

Monday, January 17, 2011

Mari Mengenal Taurat - Bhg. 3 (Hilangnya Taurat untuk Selama-lamanya)

Sewaktu pemerintahan Nabi Daud, Tabut yang tersimpan di dalamnya Taurat telah berada di dalam simpanan harta takhta kerajaan.

Haikal (istana ibadat) telah dibina dan Tabut diletakkan di tengah-tengah Haikal yang dinamakan 'Perbendaharaan yang Kudus'.

Tetapi, sewaktu Tabut dibuka, hanya sebahagian lauh/papan Taurat sahaja yang ada.

Benarlah Firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah: 248 : "....dan berisi sebahagian daripada apa yang telah ditinggalkan oleh keluarga Nabi Musa dan Harun...."
Hanya saki baki Taurat sahaja yang ditinggalkan oleh keluarga Musa dan Harun...bukannya kitab suci yang lengkap sebagaimana dakwaan Yahudi sekarang.

Kesimpulannya, Taurat telah terputus/hilang sejak awal lagi. Tiada naskhah Taurat yang asli sebagai pedoman untuk Bani Israel/Yahudi.

Jadi, kitab/buku apakah yang sebenarnya dibaca oleh penganut Yahudi semasa bersembahyang di Tembok Ratapan Baitul Maqdis?

Tuesday, January 4, 2011

Mari Mengenal Taurat - Bhg. 2

Pada Bhg. 1 sebelum ni, aku ada ceritakan tentang turunnya Taurat kepada Nabi Musa, diajar kepada kaumnya (Bani Israel/Yahudi) sehinggalah Nabi Musa diwafatkan.

Setelah kewafatan Nabi Musa, Yusaak Bin Nun telah dilantik dan memimpin Bani Israel.

Ketika berperang, Taurat yang diletakkan di dalam Tabut akan dibawa sebagai tanda penghormatan. Walau bagaimanapun, pada suatu ketika mereka tewas di dalam peperangan dengan bangsa Kana'aniyyun, Tabut ditinggalkan dengan tanggapan ianya merupakan beban dan tidak berfaedah. * betapa ingkar bangsa Yahudi yang tidak perihatin terhadap Taurat yang tertera kalimah Allah yang terdiri daripada asas keagamaan *

Sejak itu, Tabut yang terkandung di dalamnya Taurat telah hilang beratus-ratus tahun lamanya.

Pada zaman Nabi Saul, Bani Israel meminta dilantik seorang ketua untuk memimpin mereka. Maka, Tolut dipilih sebagai ketua dan raja Bani Israel. Namun, Bani Israel menolak berikutan kedudukan Tolut yang miskin dan dari keturunan Bunyamin (adik paling bongsu dari 12 orang anak-anak Nabi Ya'akob). Bani Israel orang yang layak menjadi ketua adalah dari keturunan Levi (anak sulung Nabi Ya'akob) atau keturunan Yahuza (anak ketiga Nabi Ya'akob).

Maksud Firman Allah :

"Nabi mereka berkata : Allah telah melantik Tolut sebagai raja kamu. Mereka menjawab : Bagaimana dia boleh menjadi raja kami sedangkan kami lebih berhak memegang jawatan itu. Bahkan dia juga bukan memiliki harta kekayaan. Nabi mereka berkata : Sesungguhnya Allah memilihnya (Tolut) menjadi raja kamu. Allah telah mengurniakan kepadanya kelebihan ilmu pengetahuan dan tubuh badan yang perkasa. Ingatlah, hak memberi kuasa pemerintahan hanyalah milik Allah. Dia berkuasa memberi kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Allah maha luas rahmat dan kurniaanNya serta maha luas ilmu pengetahuan Allah." - Surah al-Baqarah : 247

Bani Israel tetap ingkar dan tidak mahu menerima Tolut sebagai raja. * biadap sungguh Yahudi ni...melawan perintah Allah *

Namun, Bani Israel terpaksa akur setelah Allah mengurniakan mukjizat kepada Tolut...kembalinya Tabut yang terkandung Taurat di dalamnya setelah hilang selama 500 tahun.

Maksud Firman Allah :

"Nabi mereka berkata : (Bukti yang boleh menunjukkan bahawa Kerajaan Tolut benar-benar wahyu Allah) peti Tabut yang mengandungi sesuatu yang memberi ketenteraman jiwa dari Tuhan kamu dan berisi sebahagian daripada apa yang telah ditinggalkan oleh keluarga Nabi Musa dan Harun akan dikembalikan kepadamu. Ia akan dibawa oleh Malaikat. Sebenarnya, peristiwa itu mengandungi keterangan bagi kamu jika kamu benar-benar beriman." - Surah al-Baqarah : 248

* Itu lah Yahudi...awal-awal lagi dah nampak kebiadapan dan ke'kurang ajar'an *

p/s : Sumber petikan YAHUDI Menurut Al-Quran, Hadis, Taurat dan Injil

Saturday, January 1, 2011

1.1.11 - agak cantik pulak nombor ni...!!!

My first activity in 2011...g servis center.
servis kereta yg dh terlajak over 1000km.
patut la mcm x best je nk besit...mendak je!!!

Yg x bestnya...my first activity ni mendorong kpd perasaan boring di tahap gaban.
Dari tgahari smpi la ni...kul 2.30 ptg...tak siap2 lg kereta aku ni.

Anyway...hepi new year to all.
Semoga azam yg lepas dh tercapai dan buat azam baru demi kebahagiaan dan kesejahteraan hidup.