Wednesday, April 28, 2010

...veni, vedi, vici...

Entah kenapa aku minat sangat nak tau cerita pasal Palestine ni. Mungkin sebab cerita ni lama sangat...tak habis2...entah bila 'ending'nya. Aku cuba la cari sumber2 dari bookstore (tak banyak yang aku dapat). Dalam paper ada tp cuma cerita pasal apa yang sedang berlaku. Aku nak tau asal cerita (mula tau hal ni sekitar 1988).

At last, aku jumpa sumber2 yang aku nak. Lepas satu buku...jumpa lg yang lain. Best...puas hati aku!!!!



Hah...!!! Mamat mana pulak ni? Ni la seorang 'bangsa pilihan'...punca apa yang sedang berlaku di Palestine sana.

Al-kisahhhhhhh...cerita bermula sekitar abad ke-19 apabila mamat ni yg juga seorang jutawan, menulis buku yg antara lain meliputi cita-cita besar utk menubuhkan sebuah negara sendiri utk bangsanya (sure buku ni takde jual kt bookstore...sebab agenda yg terlalu extreme dan tak boleh diterima masyarakat dunia).

Antara lain sebab nk tubuhkan negara sendiri dapat diringkaskan macam ni;

1) pada waktu itu, semua bangsa ada tanah sendiri. Cth; bangsa Inggeris, Rom dll. Takkan 'bangsa pilihan' takde tanah sendiri kot??

2) sejak dari dulu, bangsa ni ditindas, dihina...tak kira ke mana diaorang pegi. (Makna nama bangsa ni pun...'berpindah-randah').

Sikit lebih kurang, tujuan nk tubuhkan negara sendiri adalah kerana...DENDAM.

Susulan dari tu, mamat ni menubuhkan GERAKAN untuk mencapai impian bangsanya. Banyak la meeting & discussion yang diaorang buat untuk atur strategi. Bermula dengan tanah mana nk dijadikan negara. Antara tempat pilihan adalah Uganda, Cyprus, Argentina, Ghana & Palestin. Walau macamanapun, diaorang mesti ada alasan yang kukuh untuk duduk tempat tu. At last, diaorang pilih PALESTIN.

Antara rancangan yang diaorang buat adalah untuk membeli tanah Palestin yang pada ketika itu di bawah pemerintahan Kerajaan Uthmaniah yang berpusat di Turki. Maka, dengan selambanya...mamat ni pegi jumpa Sultan Abdul Hamid II dengan berbagai tawaran termasuk 100 juta nilai emas. Dan dengan lantang ditolak oleh sultan....


"Palestin bukan milikku, bukan milik bangsa Turki tetapi milik bangsa Arab. Baitul Maqdis pula bukan milik bangsa Arab tetapi milik umat Islam seluruhnya. Aku tidak akan sesekali menyerahkan bumi Palestin walaupun sejengkal setelah bangsaku berjihad bermati-matian mempertahankan dan menyuburkan tanahnya dengan darah-darah mereka. Simpanlah wang kamu yang berjuta itu kerana sekiranya suatu hari nanti Khilafah Islamiyah ini tumbang, kamu boleh mengambilnya tanpa sebarang wang tukaran. Adapun sekiranya aku masih hidup, aku lebih rela diriku dicincang daripada melihat bumi Palestin dikeluarkan dari Daulah Islamiyah dan perkara itu selama-lamanya tidak akan berlaku. Adakah kami akan membenarkan diri kami ini semua dipisah-pisahkan sedangkan kami masih hidup?"

Perrghhh...bera je muka kan??

This is Part 1...nanti aku sambung lagi dengan cerita yang lebih world...!!!

Tuesday, April 27, 2010

Hmmmmm....

Dah lama aku tak pegi meeting kat Putrajaya.
At last 26 April pegi meeting.
Syok gak kalau dapat pegi...bole jalan2 skali maa!!!

Satu lagi sebab...
...dapat menikmati keselesaan dan ke'power'an kereta opis.
Jadi jakun la kejap. Al-maklum, naik kereta mewah sikit.

Best beb...dapat memecut dgn 2.0 i-vtec.
Tak sedar sekejap je cecah 150km/j (tp tak la macam sesetengah kereta tu...jejak 100km/j in 4 seconds. Power sangat tu).

Then, kitaorang terpikir...
kereta bole jejak 200km/j tapi speed limit cuma 110km/j.
Ada sesetengah tempat tu...90km/j je.

Maknanya...kalau nk drive over speed limit;
...kena la bersedia untuk diSAMAN.
...atau tak payah PRODUCE/IMPORT kereta yang power2.

Hmmmmmmmm.....

Friday, April 23, 2010

Most Relaxing Moment

Dah lama tak pegi bercuti.
Rehatkan otak dan badan...jauh dari pikirkan hal keje.
At last, dapat gak pegi bercuti ke Pulau Redang....BEST!!!!





Anak2 la yang paling happy...
Gambar aku pulak takde...depa duk seronok sangat.



Thursday, April 22, 2010

masih ada harapan nak settle ke...?





"...kembalikan lah kami ke jalan yang Kau berkati, anak dunia kini tak putus disengsarai di sana sini..." ~ Pengasih - Iwan ~

Sejak akhir2 ni...aku kerap ulang play lagu ni dari hpon aku. Terasa nak bawak kat karaoke je. Mcm biase...sebelum 'beraksi' kena ambik feel dulu. Tapi, makin kerap aku dengar lagu ni, makin sayu pulak terasa. Lebih2 lagi kat lirik "anak dunia" tu. Sayu sebab terbayang keadaan kat timur tengah nun - diaorang (siapa lagi kalau tak 'bangsa terpilih' dengan orang Palestine) tengah 'perang'...yang ramai jadi mangsa...kanak2.

Umum waimah satu dunia tahu, keadaan tu tak pernah sepi dari dipertontonkan media massa. Macam jadi kemestian pulak jadi slot2 utama berita kat tv, radio atau surat khabar.

Pernah ke kita terpikir (bagi yang berfikirlah...yang tak ambik port memang la buat tak tau je)....kenapa hal ni berlaku, apa puncanya, pihak mana yang mulakan dan.................mungkinkah ada penyelesaian konflik atau sudah tertulis, tiada noktah sehingga penghujung usia dunia???

Mungkin you all ada knowledge atau pendapat tentang perkara ni yang boleh kita kongsi bersama. Sekadar untuk ambik tau apa yang berlaku di sekeliling kita sekarang ni. Dan aku akan cuba kongsikan apa yang aku tau (tak banyak la...) untuk sama-sama kita renungkan sejenak...mungkin berguna untuk kita jadikan iktibar. TUNGGUUUUUUU....!!!!!!