Wednesday, April 28, 2010

...veni, vedi, vici...

Entah kenapa aku minat sangat nak tau cerita pasal Palestine ni. Mungkin sebab cerita ni lama sangat...tak habis2...entah bila 'ending'nya. Aku cuba la cari sumber2 dari bookstore (tak banyak yang aku dapat). Dalam paper ada tp cuma cerita pasal apa yang sedang berlaku. Aku nak tau asal cerita (mula tau hal ni sekitar 1988).

At last, aku jumpa sumber2 yang aku nak. Lepas satu buku...jumpa lg yang lain. Best...puas hati aku!!!!



Hah...!!! Mamat mana pulak ni? Ni la seorang 'bangsa pilihan'...punca apa yang sedang berlaku di Palestine sana.

Al-kisahhhhhhh...cerita bermula sekitar abad ke-19 apabila mamat ni yg juga seorang jutawan, menulis buku yg antara lain meliputi cita-cita besar utk menubuhkan sebuah negara sendiri utk bangsanya (sure buku ni takde jual kt bookstore...sebab agenda yg terlalu extreme dan tak boleh diterima masyarakat dunia).

Antara lain sebab nk tubuhkan negara sendiri dapat diringkaskan macam ni;

1) pada waktu itu, semua bangsa ada tanah sendiri. Cth; bangsa Inggeris, Rom dll. Takkan 'bangsa pilihan' takde tanah sendiri kot??

2) sejak dari dulu, bangsa ni ditindas, dihina...tak kira ke mana diaorang pegi. (Makna nama bangsa ni pun...'berpindah-randah').

Sikit lebih kurang, tujuan nk tubuhkan negara sendiri adalah kerana...DENDAM.

Susulan dari tu, mamat ni menubuhkan GERAKAN untuk mencapai impian bangsanya. Banyak la meeting & discussion yang diaorang buat untuk atur strategi. Bermula dengan tanah mana nk dijadikan negara. Antara tempat pilihan adalah Uganda, Cyprus, Argentina, Ghana & Palestin. Walau macamanapun, diaorang mesti ada alasan yang kukuh untuk duduk tempat tu. At last, diaorang pilih PALESTIN.

Antara rancangan yang diaorang buat adalah untuk membeli tanah Palestin yang pada ketika itu di bawah pemerintahan Kerajaan Uthmaniah yang berpusat di Turki. Maka, dengan selambanya...mamat ni pegi jumpa Sultan Abdul Hamid II dengan berbagai tawaran termasuk 100 juta nilai emas. Dan dengan lantang ditolak oleh sultan....


"Palestin bukan milikku, bukan milik bangsa Turki tetapi milik bangsa Arab. Baitul Maqdis pula bukan milik bangsa Arab tetapi milik umat Islam seluruhnya. Aku tidak akan sesekali menyerahkan bumi Palestin walaupun sejengkal setelah bangsaku berjihad bermati-matian mempertahankan dan menyuburkan tanahnya dengan darah-darah mereka. Simpanlah wang kamu yang berjuta itu kerana sekiranya suatu hari nanti Khilafah Islamiyah ini tumbang, kamu boleh mengambilnya tanpa sebarang wang tukaran. Adapun sekiranya aku masih hidup, aku lebih rela diriku dicincang daripada melihat bumi Palestin dikeluarkan dari Daulah Islamiyah dan perkara itu selama-lamanya tidak akan berlaku. Adakah kami akan membenarkan diri kami ini semua dipisah-pisahkan sedangkan kami masih hidup?"

Perrghhh...bera je muka kan??

This is Part 1...nanti aku sambung lagi dengan cerita yang lebih world...!!!

1 comment:

  1. gambo atas skali tu...Theodore Hetzel - pengasas Zionis. yg gambo bawah...Khalifah Uthmaniah; yg control Tanah Arab.

    nnt aku share tentang tanah Palestine - siapa penduduk asal dsb. byk lg hal2 yg kita x tau seblum ni.

    terjadinya world war 1 adalah salah satu strategi zionis nk msuk Palestine.

    ReplyDelete