
'Bangsa pilihan' menganuti salah satu agama samawi (Yahudi, Kristian & Islam). Agama yang diturunkan Tuhan. Bukan agama ciptaan manusia.
Mengikut Kitab Perjanjian Lama (Old Testament); agama adalah faktor utama yang membawa kaum mereka berhijrah beramai-ramai ke bumi Palestin. Kebanyakan diaorang percaya bahawa Palestin adalah janji Tuhan Yahweh kepada bangsa diaorang melalui Nabi Ibrahim a.s. Tanah yang dijanjikan pada ketika Nabi Ibrahim a.s. berdiri di atas bukit berdekatan Bethel;
"...All the land which thou seest to thee will I give it and to thy seed forever..." - Genesis 13:15
yang bermaksud;
"...Seluruh tanah ini yang dapat kamu lihat sehingga kepadaKU akan AKU berikan kepada keturunanmu selama-lamanya..." - Genesis 13:15

"...Unto thy seed have I given this land, from the river of Egypt unto great river Euphrates..." - Genesis 15:18
yang bermaksud;
"...Untuk keturunanmu AKU telah berikan tanah ini dari sungai Mesir (Nil) sehinggalah ke sungai besar Euphrates..." - Genesis 15:18

Walau bagaimanapun, idea ini mendapat tentangan yang hebat dari para rabbi (ulama agama).
Wahhhh...tadi kata idea nak tubuhkan negara berdasarkan agama, ni ulama diaorang sendiri yang tentang idea tu. Macamana pulak ni?? Confuse aku...
Hehehehehe....korang tunggu la sambungan cerita aku ni ye!!!!
No comments:
Post a Comment