Arini aku sambung kongsikan dengan korang tentang keganasan Israel; satu kenyataan yang menjadi sebab mengapa Israel patut ditentang.
25 Februari 1994 - pengganas Yahudi membunuh 60 jemaah yang sedang bersembahyang subuh di Masjid Nabi Ibrahim pada bulan Ramadhan.
18 April 1996 - Kem PBB di Qana yang menempatkan perlindungan orang awam Lubnan diserang dengan senjata berat tentera Israel. 160 terbunuh.
27 September 1996 - tentera Israel membunuh 70 orang Islam kerana dikatakan menghalang mereka membuka terowong di bawah Masjidil Aqsa.
28 Oktober 2001 - tentera Israel menyerang kampung2 di Bait Rima dan membunuh 49 orang Islam.
10 Jun 2003 - cubaan bunuh Dr. Abdul Aziz Rantisi dengan helikopter Apache gagal setelah beberapa bedilan peluru berpandu tidak mengenai sasaran.
21 Ogos 2003 - tentera Israel menembak Syed Ismail Abu Syanab dan 2 rakannya dengan helikopter Apache. Ketiga2nya syahid.
10 September 2003 - jet F16 tentera Israel menggugurkan bom ke atas rumah Syeikh Dr. Mahmud Zihar di Gaza. Anak dan rakannya syahid. Dr. Mahmud, isteri dan anak perempuan mereka cedera.
22 Mac 2004 - tiga roket dari helikopter Apache tentera Israel mengorbankan Syeikh Ahmad Yassin dan 9 pengikut setianya di Gaza. Selepas menunaikan solat subuh.
17 April 2004 - dengan cara yang sama, Dr. Abdul Aziz Rantisi (pengganti Syeikh Ahmad Yassin) dan 3 pengikut syahid di Gaza.
Pehhh...bermaharajalela diaorang dan bersungguh2 diaorang nak rampas tanah Palestin dengan cara membunuh pemimpin2 Palestin yang menentang mereka.
Makin naik lemak diaorang bila PBB cuma mengutuk serangan2 diaorang. Takde tindakan lain...mengutuk...mengutuk...mengutuk!!! Senyum sinis je le diaorang. Pasal PBB backing diaorang.
Next entry...aku kongsikan siapa di dalam PBB pulak.
No comments:
Post a Comment