Monday, January 17, 2011

Mari Mengenal Taurat - Bhg. 3 (Hilangnya Taurat untuk Selama-lamanya)

Sewaktu pemerintahan Nabi Daud, Tabut yang tersimpan di dalamnya Taurat telah berada di dalam simpanan harta takhta kerajaan.

Haikal (istana ibadat) telah dibina dan Tabut diletakkan di tengah-tengah Haikal yang dinamakan 'Perbendaharaan yang Kudus'.

Tetapi, sewaktu Tabut dibuka, hanya sebahagian lauh/papan Taurat sahaja yang ada.

Benarlah Firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah: 248 : "....dan berisi sebahagian daripada apa yang telah ditinggalkan oleh keluarga Nabi Musa dan Harun...."
Hanya saki baki Taurat sahaja yang ditinggalkan oleh keluarga Musa dan Harun...bukannya kitab suci yang lengkap sebagaimana dakwaan Yahudi sekarang.

Kesimpulannya, Taurat telah terputus/hilang sejak awal lagi. Tiada naskhah Taurat yang asli sebagai pedoman untuk Bani Israel/Yahudi.

Jadi, kitab/buku apakah yang sebenarnya dibaca oleh penganut Yahudi semasa bersembahyang di Tembok Ratapan Baitul Maqdis?

2 comments:

  1. interesting ni..mungkin disebabkan kesempurnaan alQuran maka penganut Yahudi selalu dengki dengan agama lain..

    ReplyDelete
  2. yup...
    nnt sy sharekan apa yg tokok tambah dlm Taurat...tguuuuuu!!!

    ReplyDelete