Thursday, May 6, 2010

Like Father Like Son II

Semalam telinga aku berdesing!...darah aku berderau!
Pasal cerita anak aku dikatakan membuli budak sekolah sampai berdarah telinga.

Tapi, la ni aku dah kembali normal...heh heh heh.

Aku : "cikgu ada bagitau apa2 tak kat sekolah tadi?"

Haziq : "takde pun..."

Aku : "telinga budak tu ok tak?"

Hazig : "nampak ok je"

Aku : "telinga dia bole dengar tak?"

Haziq : "mana Ajiq tau dia dengar ke tak"

Aku : "cuba la jerit kat telinga dia...kalau dia buat tak tau, maknanya, telinga dia yang berdarah tu dah rosak la".


Kalau anak aku didapati bersalah....sah kena tuntut gantirugi.

Legaaaaa......

Wednesday, May 5, 2010

Like Father Like Son

Cikgu : "nama adik awak Mirza Nurhaziq kan?"

Haikal : "ye, cikgu"

Cikgu : "adik awak kelas mana?"

Haikal : "2 Ibnu Sina, cikgu"

Cikgu : "Hah, bagitau mak awak...adik awak buli budak sampai berdarah telinga"


Pehhh...berdesing telinga aku dengar bila wife tpon aku bgtau hal tu semalam. Berderau darah pun ye jugak.

Berdesing sebab anak aku jadi pembuli.
Berderau sebab kalau parah budak tu mcmana? Hilang daya pendengaran mcmana? Mau kena bg gantirugi ni...

Aku tunggu2 jugak kalau2 polis cari aku. Mana la tau jadi kes polis. Tapi, sampai la ni tak dapat apa2 berita. Tak serius kot (sedapkan hati).



Anak aku pembuli??? Mungkin ikut aku kot. Sebab dulu aku penah buli budak junior masa sekolah dulu...heh heh heh

Tapi, aku tau anak aku. Dia takkan kacau orang unless dia kena kacau. (Ikut aku jugak tu....like father like son).

Takpe2...tunggu dan lihat apa cerita esok.

Wahhh...sama la!!!

Malam tadi aku tgk bola kat tv. Bukan calang2 game tau...Liga Malaysia.
Kebetulan tengah lepak2 lepas balik keje terbukak channel tu. Bukan senang nak tgk game ni...lebih2 lagi yang melibatkan team pilihan aku. Kalau dah masuk tv sure best game ni...hehehehe. Best! Best! Best!

Memang best game tu. Sori la kalau aku cakap...best giler bergelak ketawa tgk game tu. Sampai tergolek2 aku kat sofa.

Bola sampai petak penalti je...sangkut. Sangkut bukan sebab back opponent power...tapi sebab attacker tak power. Dah dekat pintu gol pun nak gentel2 lagi. Member sebelah dah tunggu tak dikawal pun tak dipassnya. Bukan sekali dua...banyak kali pulak tu. Nak score sorang gamaknya...supaya terpampang nama kat scoreboard.

Lepas tu pulak, opponent main 10 orang...dapat score 2 bijik pulak tu (lagi ligat aku bergolek). Salah satu punca team pilihan aku ni kalah...aku rasa sebab player yang aku nampak sorang tu yang menyumbangkan punca.

Takpe la. Lipat gandakan usaha. Pasti akan berjaya satu hari nanti.

Abis game tu, aku tgk game lain pulak...LIVE SPANISH LEAGUE. Kali ni aku tak bergolek tengok. Tak mampu aku nak bergolek...walau dipaksa2.

Wahhhh...sama la dengan game tadi! Sama apanya? Game Quality ke?

Tak...BOLA SAMA BULAT!
Warghhh...warghhh...warghhh...

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

Tuesday, May 4, 2010

Salam....

Dari sumber-sumber yang ku perolehi, ku coretkan untuk tatapan semua.
Buat pengajaran anak2 dan cucu2 agar tidak leka.

Fikir2kanlah...

Wassalam...


BRITISH MANDATE 1922-1948
668000 Arabs owning 98% of the land.
84000 Jews owning 2% of the land.

1237000 Arabs owning 92% of the land.
608000 Jews owning less than 8% of the land.











UNITED UNION PARTITION PLAN 1947
Jewish State - 57% of total area of Palestine including the most fertile lands;
497000 Arabs
498000 Jews

Arab State - 42% of total area of Palestine mostly hilly & unproductive;
Jerusalem - 105000 Arabs
International Zone - 100000 Jews







1948 WAR
760000 Jews control three quarters of Palestine.
1350000 Palestinian Arabs dispersed :
- 120000 under alien rule in Israel
- 450000 in own homes under Arab rule
- 380000 refugees in Gaza & West Bank
- 400000 refugees in exile outside Palestine











1967 WAR
2365000 Jews in control of the whole Palestine (as well as parts of Egypt & Syria)
2525000 Palestinian Arabs dispersed :
- 313000 under alien rule in Israel
- 640000 in own homes under Israeli occupation
- 540000 refugees under Israel occupation
- 1032000 refugees in exile

...veni, vedi, vici 3...

Sebelum ni aku dah ceritakan cita-cita 'bangsa pilihan' untuk tubuhkan negara sendiri di bumi Palestin telah mendapat tentangan dari para Rabbi di Eropah.


Kenapa eh? Kan ke kata dalam kitab diaorang ada disebut bumi Palestin sebagai kurniaan kepada 'bangsa pilihan' ni (rujuk ...veni, vedi, vici 2...)

Menurut Rabbi-rabbi ni (kaum Ortodoks);
kitab mereka telah mengharamkan kepulangan mereka ke Palestin, setelah mereka semua diusir ke Babylon dari bumi Palestin di zaman Nebuchadnezar.

Dan menurut ajaran Talmud (huraian kepada Old Testament), kaum mereka tidak boleh kembali ke bumi Palestin sehingga datangnya Messiah di akhir zaman, yang akan membawa mereka pulang dan memimpin mereka. Selagi Messiah tidak muncul, kaum mereka haram untuk pulang ke bumi Palestin.

Atas dasar ini, Rabbi-rabbi di Eropah telah mengeluarkan fatwa bahawa pengasas gerakan telah murtad dan sesat serta terkeluar dari agama.

Oooo...patut la golongan agama diaorang pun tak sebulu dengan gerakan ni.

Dek kerana tekanan dari para Rabbi ni, ramai jugak ahli gerakan dah mula goyang. Nampaknya, penubuhan negara sendiri di Palestin bertentangan dengan akidah diaorang. Sampaikan pengasas gerakan tu sendiri, sebelum meninggal dunia, mengubah pendirian penubuhan negara sendiri ke Ghana.

Macam buat lawak pulak diaorang ni!!!

Walau macamana pun, cita-cita diaorang untuk tubuhkan negara di Palestin tetap diteruskan. "Terlajak perahu boleh gostan, terlajak kata..."(korang la sambung). Wallahualam...aku pun tak pasti kenapa.

Cuma pada pendapat aku...sebab 'bangsa pilihan' ni memang terkenal dengan ego dan sombong...dioarang je best. Kaum mana yang khianat Nabi Musa a.s.?? Kaum mana yang bunuh Nabi Yahya a.s., Nabi Zakaria a.s. dan Nabi Isa a.s.??

Lepas ni aku akan kongsikan pulak kat korang tentang...SIAPA YANG BERHAK KE ATAS BUMI PALESTIN.

Wassalam....

Monday, May 3, 2010

adusss...rindunya!!!!

Dah masuk minggu ke2 aku berpisah dengan dia.
Dah hampir 10 tahun aku tak pernah berpisah dengan dia.
Kemana saja aku pergi...dia akan ada sama.
Lain la kalau aku pegi outstation ke...pegi bercuti ke.
Kena la tinggal, tak boleh ikut.

Tapi kali ni terpaksa jugak berpisah.
Berpisah bukan kerana benci...tapi kerana sayang.
Aku macam terasa sayang aku pada dia dah makin kurang.
Aku dah macam tak ambik berat pasal dia lagi.
Sebab tu la, kita terpaksa berpisah.
Berpisah atas sebab2 tertentu.
Kau akan bertambah anggun.

Mungkin, dalam tempoh 1 minggu lagi kita akan ditemukan semula.
Macam lama pulak tempoh 1 minggu tu.
Tapi aku percaya...
Lepas ni aku akan bertambah sayang pada dia.

Tunggu kedatanganku...
Wahai sang PROTON WIRA ku...ADUSSS RINDUNYA!!!

...veni, vedi, vici 2...

Before this, aku dah ceritakan cita-cita besar 'bangsa pilihan' untuk tubuhkan negara sendiri. Option diaorang...Uganda, Cyprus, Argentina, Ghana dan Palestin. Apa agaknya alasan diaorang untuk ambik tanah orang??? Hmmmm...TAK ADA!!! Hanya satu je alasan yang diaorang boleh buat...AGAMA. So, diaorang pilih Palestin. Waduhhhh...kalau ikut alasan tu, memang diaorang boleh ambik la Palestin tu ek???

Kejap...kejap...kejap. Kita renung-renungkan dulu kisah agama diaorang ni.

'Bangsa pilihan' menganuti salah satu agama samawi (Yahudi, Kristian & Islam). Agama yang diturunkan Tuhan. Bukan agama ciptaan manusia.

Mengikut Kitab Perjanjian Lama (Old Testament); agama adalah faktor utama yang membawa kaum mereka berhijrah beramai-ramai ke bumi Palestin. Kebanyakan diaorang percaya bahawa Palestin adalah janji Tuhan Yahweh kepada bangsa diaorang melalui Nabi Ibrahim a.s. Tanah yang dijanjikan pada ketika Nabi Ibrahim a.s. berdiri di atas bukit berdekatan Bethel;

"...All the land which thou seest to thee will I give it and to thy seed forever..." - Genesis 13:15

yang bermaksud;

"...Seluruh tanah ini yang dapat kamu lihat sehingga kepadaKU akan AKU berikan kepada keturunanmu selama-lamanya..." - Genesis 13:15


"...Unto thy seed have I given this land, from the river of Egypt unto great river Euphrates..." - Genesis 15:18

yang bermaksud;

"...Untuk keturunanmu AKU telah berikan tanah ini dari sungai Mesir (Nil) sehinggalah ke sungai besar Euphrates..." - Genesis 15:18

Berdasarkan huraian inilah dijadikan panduan oleh pengasas Zionis untuk menubuhkan negara sendiri. Palestin la yang jadi mangsa...sebelum negara-negara lain yang bakal dirampas.

Walau bagaimanapun, idea ini mendapat tentangan yang hebat dari para rabbi (ulama agama).

Wahhhh...tadi kata idea nak tubuhkan negara berdasarkan agama, ni ulama diaorang sendiri yang tentang idea tu. Macamana pulak ni?? Confuse aku...

Hehehehehe....korang tunggu la sambungan cerita aku ni ye!!!!